Tuesday, February 2, 2010

Main Masak-Masak -Version 1

Masa minggu lepas, Saz takmao makan nasik. Maklumlah diet. Diet tahik kucheng! So, I pon buat la 2 jenis respi bodoh yang sedap jugak la dimakan dan simple serta tak banyak guna masa. Bahan-bahan yang digunakan pun sama jerk.

I berjaya buat 2 resepi.

1) Roti Ereb gulung popia gemuk lagi belagak berinti daging burger
2) Roti John Johny Janadem.. Haha.

Bahan-Bahan

1. Daging burger
2. Roti Ereb / Roti sandwich
3. Tomato
4. Bawang Besar
5. Timun
6. Tulur
7. Mayo, sos, lada putih/hitam, sos tiram, seasoning

Ala, main taram jerk buat. Bukan ikut resepi pon... Janji sedap and laki I kenyang. Bila kenyang, kurang sikit merepek. Hehe


Memula masak daging burger yang dicincang kasar macam biasa, pastu masukkan la sedikit sos tiram, seasoning, lada putih and sedikit sos cili/tomato... Bila dah sebati semua, masukkan la bawang besar. I suka yang kaler putih tu. Baru nampak western sikit. Cey!
Kalo nak buat Roti Ereb Gulung Popia Gemuk Lagi belagak Berinti Daging Burger, timun dan tomato potong dadu, tapi kalo nak buat roti John Johny Janadem, tomato dengan timun slice nipis-nipis jerk...
Bentangkan roti ereb tu, pastu lumur dengan thousand island dekat roti tu, or kalo tadek, campurkan jerk mayo dengan sos cili, dah jadik thousand island. Magic kan? Padahal dah ramai yang tahu, tapi I tak kira, I nak cakap magic jugak.


Bubuh ler burger tadi tu, taburkan tomato dengan timun. Kalo nak lagi badan bertambah gemuk, tuang la lagi thousand island atas tu. Kalo nak pedas, taruk la sos cili. Pastu gulung ikut suka hati. Nak gulung macam rokok daun pon boleh, nak gulung macam popia pun boleh. Tapi pasal I terbeli roti yang liat, lepas makan, lengoh mulut. Roti besar bagak satu hal, roti liat satu hal. Haha
Tetiba kalo ada belen. Daging burger goreng tadi tu, campurkan dengan telur, pastu celup la roti sandwich ni. Goreng dengan minyak yang sedikit. Dah siap masak, lumur la dengan mayo + sos, pastu bubuh slice tomato dengan timun. Dah jadik roti john. Hebat bukan?
Sekian segmen masak-masak version 1. Kiter kembali ke angkasapuri. Terima Kasih.
-EnD-

5 comments:

Mimy Hamid said...

one word...TERUJAAAAAAAAAAAA

:: Miss Naddy :: said...

perghhhhh kelihatan mgiurkan....perhh stim siot!~...hebat sgt2~!!!

Chooyaya! said...

Mimy / Diha : resepi ni senang giler nak buat. ada jugak orang teruja yang aku tak tahan tu. kelakar giler. hahahahah

Nadia Bayu said...

waaaa... gile sedappp.secara otomatik, lapa balik walau sudah makan senambun nasik. uhuh. waa. nak try arrr. *air liur meleleh abes bsh lappy* haish

Chooyaya! said...

nadia : buat ler.. senang jerk nadia... makan sikit takkan gemuk punyer. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...