Tuesday, February 2, 2010

Main Masak-Masak -Version 2

I kan, semenjak tengok blog Rima Rashidi, Dah pandai nak masak guna sos ikan... The best thing is, makanan yang kiter biasa makan kat Thai Restaurant akan rasa sama macam kiter masak sendirik kat rumah tau kalau guna nampla/sos ikan ni tau?

Ekteli tak la sama 100%, tapi ada la rasa macam masakan Thai sikit-sikit, tengok kepada kepakaran masing-masing ler. Tapi kalau I yang masak, memang sama la rasa dia, maklumla, I kan hebat

Hari Ahad, I kidnap resepi masakan Thai dari Majalah Wanita yang depan dia gambar Sheikh Muzaffar bertunang tu dekat rumah mak mertua. Bila tengok ada resepi kerabu sotong yang bahan-bahan dia ada dekat rumah, terus I cuba. Tapi macam biasa, I ngada-ngada ubah sikit-sikit. Hehe.

Kerabu Sotong

1. Sotong size ikut suka, bersihkan dan rebus
2. Bawang besar dihiris
3. Lada kecik dihiris
4. Lobak disagat
5. Tomato dihiris nipis jugak, tapi pasal pisau kat rumah jenis gigi-gigi, I potong dadu jerk
6. Sos ikan / gula / sos cili - secukupnya. Rasa la sendiri ikut citarasa masing-masing
7. Daun sup & daun bawang dipotong kasar
8. Limau nipis 2 bijik diambil jusnya sahaja. Jangan ngada-ngada nak masukkan kulit dia ker haper, nanti pahet
9. Pastu I memandai tambah daun limau purut dimayang halus dengan serai dihiris nipis

Lepas rebus sotong, campurkan kesemua bahan ni. Sebelum tu, buat la sos dia dulu. Sos ikan, sos cili, air limau nipis, gula semua tu dicampur... Pastu leburkan semua dalam bekas, gaul dan siap! Rasa dia, superb! Giler vavi sama macam makan kat Kak Mah Tomyam weh! Vangga vangga.


Inilah hasilnya baby! Mangkuk besar, isi nun lesap kedalam. Miahahaha


Ni favorite Yatie. Kailan, cendawan & tauhu cina. I guna sos tiram dengan sos ikan. Memang sedap. Bukan sedap pasal I pandai masak, tapi pasal guna sos ikan :) Cey, merendah diri..
Telur dadar pun nak masuk blog jugak ker? Haha. Kali ni I campur pes tomyam dengan sos tiram dalam telur dadar tu. Kelainan yang lazat!

I masak ayam air mata macam biasa tu, tapi I ngengada tambah pes tomyam dengan campur cendawan tiram. Macam biasa la, gambar memang stok-stok hina punyer. Maklumlah pakai henpon jerk. Tumbuk cili padi, halia, bawang merah, bawang putih, serai. Tumis. Pastu masukkan pes tomyam. Tambah gula sikit dengan sos ikan, pastu kicap sikit. Masukkan ayam goreng separuh masak dengan bawang besar. Siap!
Haha. Masa bebudak Dan Dan datang makan kat rumah hari Ahad lepas, I buatkan dorang cendawan goreng tepung dengan tempe goreng cicah dengan sambal kicap, menanges sorang-sorang. Lepas siap masak semua, teringat pulak lauk semua jenis kering, apa lagi, call jerk SunShine Cafe dekat bawah apartment ni pastu suruh dorang delivery sup daging ni. Hehe. Kira aci tak?
Dah, tu jerk la yang I masak sepanjang 3 hari ni. Sajer suka-suka nak cuba menu baru. Asyik masak sambal air mata jerk, takot laki aku lama-lama jadik buasir pulak. Hehe. I suka kalo ada orang nak share masakan simple-simple tapi sedap. Macam Sazli, dia suka kalau makan kering-kering, tadek kuah. Dah la kat rumah tu pakai nasik yang tadek kanji (kunon nak diet), sedia dah keras, makan pulak tadek kuah, mau tercekik I.
-EnD-

5 comments:

Filla said...

weh citer pasal sos ikan nie..abg aku dulu chef kat ritz carlton gitew..dia yg ajo..katanye sos ikan mesti sentiasa adaaaa..hehe.. dia ckp masak kene campur sikit sos ikan.. mcm nasi goreng ke.. dll..tp tak leh byk 1 sudu kecik cukup..nanti masin! tp mmg sodap kan???? lauk ko ni mengganas giler jek.... rajin koooooo!!!

Chooyaya! said...

kalo guna sos ikan, dah tak payah guna garam pasal dah sedia masin.. tp rasa mmg lain and sedap la wei, aku rasa ko kena try. lagi bagus, lepas tu kirim kt aku pulak.

Naddy said...

wah...sgt bgus ni..nak cube la krabu sotong ni..jejaka tinggi kata dia da suka makan..so ape lagi..nak jugak bgi die rasa air tgn daku ni..hahahaah mekasih kak su....tgk pic pun da meleleh...hahahaah

delyla said...

dgr ko cite cm menyelerakan la beb tp leh x ko tolong potong kasik cantik sket... daun2 hiasan bagai sume tuh kasik seni halus sket...
tentu lg uummpphhh nk mkn pum leh bukak mulut kecik2 comey lotey...hehe

Chooyaya! said...

diha : cuba cuba! senang jerk. kasik dia impress. haha

delyla : tak kuasa. kalo ko nak comel2, ko buat sendirik