Tuesday, February 23, 2010

Mari Bermain Badminton

Adoi, sekarang ni badan I masih rasa sengal-sengal lagi. Ni la akibat dari main badminton haritu. I dah lama tak bersukan, rasanya sejak dari kawen, ni la first time main. Takper, at least badan berpeluh. Tapi I rasa, I penat bukan pasal main, tapi pasal gelak sampai rasa nak terkucil dalam seluar and krem perut. Macam-macam aksi ada. Akrobatik, tangkap ayam, dikir barat pon ada.

Dorang pulak, mementang I dengan Ayang tak berapa nak pandai, asyik attack kitorang jerk. I ambik bola sampai terduduk-duduk. Bola jatuh atas dahi pun ada!


Partner dengan Sazli lawan Ayang and Kaklong. Memula dah lead 7-1, lepas tu selamba jerk kalah 21-11. Haha.


Kalo nak menang, partner dengan Kaklong. Pasal dia paling terror main.


Kaseh pon sebok nak main jugak. Dia bawak reket kecit dia tu. Lepas tu nak minum, nak berak… Semua cukup.


Terima kasih jerawat kerana tumbuh betul-betul kat tengah dahi and bagi I nampak macam anak kel.


Macam-macam aksi ada…. Terbaring…


Terbang….


Dan jugak dikir barat rock.


Sebelum balik, kitorang singgah minum dulu dekat NZ. Kaklong teringin nak try Sisha. Belasah la kak. Sampai terbatuk-batuk dia. Yang kelakar si Kaseh la. Mama dia cakap, ‘Aceh, nah try sisha’ (corrupt anak ko kak, haha) Pastu Kaseh jawab dengan muka serious, ‘Mama… Kaseh tak boleh, Kaseh sakit gatal, nanti Kaseh demam….’ Haha.

Sangat enjoy. Kitorang nak buat main badminton ni as a weekly aktiviti. Next week Along dah tadek. Dah balik kem. So kitorang ajak Abang Yut… Ok la tu bang, at least ko ada aktiviti dari duduk rumah dan tidur…

-EnD-

No comments: