Lepas menyanyi main baca-baca berita, main teka teki semua cukup! Bapak suka jerk nak tolak-tolak I dari belakang. Dia duduk belakang. Jadik bos. Pasal dia cakap dia bos, tak boleh duduk depan nanti gatal-gatal badan. Belagak tu! Hehe. Perjalanan ambik masa selama lebih kurang 8 jam. Sangat hebat rasanya, sampai tongkeng Sazli pond ah kebas-kebas.
Mak mertua tak ikut pasal dia pergi Dubai. Terima kasih untuk untuk semua yang Mak belikan sebanyak lapan helai itu. Hehe. Bapak dengan Sazli pon dapat sorang sehelai, I pulak dapat lapan semuanya. Inilah untungnya kalau menantu cuma seorang!
Hari Ahad tu, bapak bawak I pergi Penang. Sekejap sangat dari rumah Tok Chak. I semestilah excited kerana sebelum ni cuma nampak Feri dan Jambatan Pulau Pinang dalam Tv, harini dapat rasa sendiri pengalaman kesana. Tapi tak singgah mana-mana pun. Cuma ronda-ronda jerk.
Driver yang berhemah. Bawak pon tak pernah laju. Pasal jalan sentiasa jem, mana boleh nak laju. Haha. Padan muka.
Jambatan Pulau Pinang baby! Jakun jakun. Kesian I… Masa atas jambatan ni, dalam hati I, ni kalau tetiba jambatan ni runtuh, agak-agak I mati tak?? Choi…!!!
Pesat membangun jugak Penang ni. Apartment-apartment dia sama hebat macam dekat KL. Terus mintak bapak belikan satu sebagai hadiah suka-suka. Tapi tidak dilayan. Eleh.
Nak yang ni, nak yang ni..!!!!
Tengah ronda-ronda, tetiba I sakit perut pulak. Mintak Sazli berenti dekat stesyen minyak, tapi kata bapak, pergi toilet dekat hotel jerk. Kiter kena tinggalkan kenangan dan buat investment dekat tempat-tempat yang hebat sahaja.
Maka, singgah di Hydro Hotel. Bapak cakap, bila Sazli berenti depan Lobi, I kena jalan straight and buat muka kompiden and terus carik toilet. Ok bapak! Paling best ada jockey siap nak bukakan pintu, haha. Padahal I cuma nak pinjam jamban.
Jamban bersih, cuma dinding lutsinar. Boleh nampak bayang-bayang. So, I buat investment sekadarnya sahaja. Tak senang hati woh! Takot ada orang nampak dari luar. Cis!
Nanti next time nak tidur kat Penang, semestinya pilih Hard Rock Hotel. Kena plan betul-betul Dapat tidur sehari pon cukup, the rest, lepak kat rumah Tok Chak. Kazen Saz yang nama Irah plan macam-macam kalau kami pergi sana. TQ Irah!
Singgah dekat tepi laut, makan jagung bakar yang dicelup dengan susu cair dan madu… Sedapnyer! Kena pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa….
Dua lelaki hebat dalam hidup saya. Sazli dan bapak yang berkongsi kasih sayang sampai air kelapa pon dikongsi bersama. Siap main suap-suap. Gelik jerk. Manja sangat!
Ok! Masa untuk balik… Naik Feri. Bestnyer…!! I rasa jakun dan excited sampai nak muntah jagung. Sazli dengan bapak relex jerk.
Terima kasih Bapak pasal bawak Su jalan-jalan ke Penang. I had a very good time here. Dapat borak dengan Tok Chak yang baik hati tu dan jugak dapat spend a quality time sama-sama dengan family belah Bapak. Irah bawak I pergi ke Sungai Petani hari Isnin tu, tapi tak sempat nak ambik gambar.
-EnD-
No comments:
Post a Comment