Friday, February 19, 2010

Ayam Penyet?


Jumaat lepas, waktu lunch I dengan Intan dan Kak Tonah makan dekat Wong Solo. Haih. I rasa blog I sekarang tak habes-habes cerita pasal makan jerk. Mungkin lepas ni I patut ubah blog ni kepada tajuk, ‘Mari makan bersama Suraya Sulatin setiap hari’, boleh?

Inilah Restoran Wong Solo cawangan Ampang. Sepatutnya dekat jerk dari office, tapi pasal Intan lupa jalan and terpaksa meredah jem sampai ke WaterFront Ampang, maka jadik jauh pulak tempat ni.



Kak Tonah gembira menayang menu Wong Solo. Macam-macam air pelik I jumpa. Ada jus Poligami, Jus Semangka dan jugak Soda Gembira. Soda gembira ni kalau kiter minum, otomatik jadik gembira macam menang loteri 18 juta ker haper entah. Jus Poligami pulak kalau minum, InsyaAllah anda akan dimadukan. So, jangan minum. Ini I sengaja buat cerita, jangan percaya


Cerita disebalik Jus Semangka – I confident jerk bila Kak Tonah tanya, apa air semangka ni. I cakap… ‘Ooooo.. Kak Tonah, air semangka tu, air nangka tau? Wah bestnyer kat sini, ada air macam-macam sama macam kedai buah gelas besar la! Skali bila tengok gambar, air semangka tu sebenarnya air tembikai. Giler jauh semangka dengan tembikai. Kalau air sembikai I boleh jugak terima. Ceh! Bahasa Padang ni suka jerk buat I keliru. Lepas tu, kerana diri sendiri orang Jawa, harus poyo macam tau semua, padahal salah. Siot jerk.




Intan dah naik tensen pasal order lambat sampai.


Oleh itu, mari kiter main selotep purse Intan dulu, pasal dah tak boleh tutup, maka guna solotep yang ada pada air mineral. Hina jugak eh purse Intan, bulan depan dapat bonus 5 bulan, harap beli yang baru.


Ok. Boleh jugak mencari kutu’s dan uban.


Air dah sampai! Dari kiri, air Kak tonah. Air jagung. Sedap tapi ada sikit-sikit rasa macam minum sup jagung jugak. Tapi demi menjaga hati tuan punyer badan, terpaksa cakap air tu sedap. Yang tengah tu, koktel buah-buahan and paling tepi, I punyer. Jus mangga pure. Sedap lagi kalau I buat sendirik dekat rumah.


Selepas 40 menet, akhirnya makanan sampai. Sikit lagik I nak bertukar menjadik otromen biru. Pasal lapar giler. Yang ni set Ikan Keli atau dalam bahasa padang, Pecel Lele.


Intan punyer – Daging penyet



Tuan tanah punyer – Ayam penyet. I mintak peha, tapi kasik kepak. Next time mintak kepak, kasik dada.



Kepada sesiapa yang terasa macam nak tapau, makesure sebelum balik check dulu isi kandungan nasik tu pasal Kak Tonah dapat set yang tak complete. Sambal and tempe+tauhu tak ada. Siot jerk. Patut sebelum makan baca Bismillah bertukar dengan caci maki.

Tapi yang best kat sini, tadek gov tax and service charge. Bagus bukan?

-EnD-

2 comments:

Unknown said...

ok sue..nak tukar nama blog silakan
tp jgn tukar link..nanti susah nak smpai sini..hehehe
semangka tu tembikai la
org johor panggil tembikai semangka..
tak tau lak bhs padang rupanya

Admin said...

trima kasih atas infonya..!
kalo semangka itu tembikai..
kalo sembikai di johor ada gak artinya?