Thursday, March 4, 2010

Asam Pedas Memikat Jiwa Lara

Baru semalam dulu cakap no more entry makan-makan, tapi hari ini entry makan-makan kembali lagi. Hehe. Kali ni, saya akan bawak anda semua menikmati masakan kampong iaitu Asam Pedas di Asam Pedas Restaurant berdekatan dengan Jalan Jelatek dan Office KRU. Ceh. Apa ini? Bunyik macam intro Jalan-Jalan Cari Makan jerk?

Kami order set. Murah jerk. Nasik, asam pedas (daging, pari atau tenggiri) dengan sayur/ulaman, telur masin dan ikan kering kurus berharga cuma RM9.00. Kami order lain-lain supaya ‘aku pau kau punyer, kau pau aku punyer’ Ni asam pedas ikan pari, asam pedas ikan tenggiri dan paling sedap asam pedas daging. Sedap pasal dia bubuh daun limau purut.

I kalau makan asam pedas, suka bubuh kuah banyak-banyak, lepas tu makan dengan kicap manis… gaul semua… Sedap! Terliur tak?


ide order. Telur dadar yang masak dalam kuali, lepas tu serve terus. Ni kalau buat kat rumah ni, kena baling dah kot dengan mak aku. Apa la tak senonoh sangat serve telur dalam kuali? Haha.


aklong order air apple kasturi. Pastu komplen cakap kt Secret recipe lagi sedap. Intan dengan I pulak order ice lemon tea dalam cawan comel ni. Unik jugak cawan dia ni eh? Next time kalo beli jem and dah habes, nak guna bekas dia untuk buat minum. Pastu terus rasa diri miskin hina pasal tak mampu nak beli cawan yang semenggah sikit.

Ok. Peace No War. Tamao gaduh-gaduh. Lagi-lagi depan rezeki. Berdosa tau?

P/s : Dah lama tak buat entry baru, pasal minggu ni bizi sikit… Bizi dengan FB, bizi dengan Farmville. Hehe.

-EnD-

3 comments:

Mimy Hamid said...

selera asam pedas ko mcm aku le....mesti gaul campur ngan kicap manis...br umphhhhhhhhh

delyla said...

haku tokleh blah la ng telur 'dada' dlm kuali tuh... adoiii

ps:kuali leh tapau balik x? haha

Chooyaya! said...

mimie : musti letak kicap mie... baru kick! kicap kipas udang merah tau? tp kalo nak makan ngan ikan goreng, kena guna kicap abc

delyla : tu la! tak senonoh betul serve dalam kuali..