Thursday, March 4, 2010

Sehari di Shah Alam

Hari Selasa baru-baru ni, I pergi Karangkraf di Shah Alam untuk satu sesi fotografi. Walaupun admit diri semakin tembam, tetapi kerana sifat jatidiri dan kompiden yang melangkau langit ketujuh, tetap gagah jugak pergi. Hehe.

Kerana kurang pandai dengan jalan dekat Shah Alam, I mintak Wana dan Apiz temankan. I naik train dari KL Central. Kompiden cakap kt Wana I naik Star. Yang si Wana pulak, redha jerk.. Tadek la nak betulkan ker apa.. Bagitau la Star tadek, kena naik Komuter. Kalau tak, sah-sah la I tak sampai kat Shah Alam.

Bapak yang hantar ke KL Central. Terima kasih bapak! Bapak hensem sangat pakai sunglass Donna Karan tu. (Bodek bodek).

Nak tau tak? Masa dalam train kan, I nampak seorang wanita yang biasa-biasa jerk, tapi dia pakai handphone Blackberry. Terus I kutuk diri sendirik, tu la.. Tadi macam sipi-sipi nak cakap awek sebelah ni ala-ala rempit, skali pakai BB.. Tapi sekali tu, bila dia dok sebelah I, I nampak dia tulis Blueberry... Terus I gelak dalam hati.

Ya Allah.. Jahatnyer aku.. Ok aper Blueberry? Atleast dia ada. Dari I ni, masih jugak pakai handphone yang tadek 3G. Haha. But Intan please... Tolong batalkan niat nak pakai Blueberry tu eh? Kelakar sangat nampak.

Ok, berbalik pada sesi fotografi dan mekap-mekap tersebut. Kat bawah ni ialah hasilnya...



Entah kenapa bila buat rambut gulung-gulung macam ni, I terasa macam Mek Saidah Salam Pantai Timur. Ok, abaikan la pasal rambut, mari tengok hasil make up sahaja. Sesaper yang berminat nak ambik Aida untuk make up for any function, email I eh eh?


Habis semua kerja, kitorang lepak minum dekat Plaza Masalam. Masa ni Apiz dengki tengok bulu mata pelsu I, terus suruh I lekas-lekas tanggal pasal dia nak pinjam untuk pakai nak pergi Singapore esok.


Tengok la bebudak ni. Kaya-kaya. Handphone kalau bukan Blackberry memang tak sah. Bila masing-masing update FB dekat BB, I nganga jerk. Kecik hati I. Tapi kecik hati secara pemalu dan diam-diam.


Dah kebetulan ada kat Shah Alam, kitorang jumpa la dengan Syikin & Ghofur serta baby comel, Ucop... Tengok Ucop ni, kalau dengan Wana nak jerk dia. Kalau dengan I tak sudi nak pandang muka. Cis!


Apiz, fyi I dah edit gambar ni kasik nampak cerah sebanyak 25% tapi ini sahaja yang I mampu buat..


Sampai dekat KL around 8.30pm, kebetulan masa dorang drop I dekat lobby rumah, Saz ada.. Terus dia ajak bebudak ni lepak minum kejap dekat tepi kolam.


Kusyuk jerk mendengar Saz cerita. Masa ni I dah gatal-gatal badan pasal seharian berpanas dengan tak mandi. Pastu ketiak bau epal masam sikit-sikit. Hehe



Owh, btw lupa nak cerita. Guess what? Masa kat klinik yang jumpa Ucop tadi, I jumpa siapa? Lekas teka! Saper betul I kasik hadiah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Filla....!!! Ya Allah, boleh pulak seluas-luas KL dengan Shah Alam ni aku jumpa ko! Padahal tadek janji apapa pun...


Pastu apa lagi, menggelupur la I suruh si Filla amek gambar guna handphone baru yang Pak radie kasik kat dia yang dia tak reti nak transfer gambar guna bluetooth tu. Haha. Pastu masing-masing tak puas hati pasal sama-sama nampak tembam. Mula la nak salahkan singh pakai serban oren tu.

Topic perbincangan masih lagi berkisar tentang makanan. Si Filla request suruh I bawak dia makan sushi, tapi dia taknak makan ikan mentah. Dah tu macam mana nak makan sushi kalo tanak raw fish? Ishk!

-EnD-

5 comments:

Mimy Hamid said...

ko ada photoshoot apa beb...ko model ek..weh biar betik leh terserempak ngan fila...kecik tul dunia

Filla said...

HAHAH...baru nak kecik hati sbb si sue ni tak nak letak muka aku ke..penat je mak amik gambo... hha..sian ko..nombor aku naik.. terus aku tinggalkan ko tekedek2 cakap sengsorang...mak kalo dah panik mmg mcm tu... len kali ko kaver malu gi borak ngn singh tu..hahahah... nanti kita gi mkn sushi yer yang..heheheh..tp serious aku tanak makan salmon mentah..kang aku muntah!!!

• leesa • said...

make up diee lawaa !
u look superbbbb 0ke ? ;)

nicee :)

k tini said...

cantik sue!! magazine apa?

Chooyaya! said...

mimie : ha ah, kecik donia ni. boleh aku terserempak dengan dia.. haha.. aku potosut untuk magazine rahsier.. *aku malu

filla : musti post punyer.. giler apa tak post. kalo tak, takyah la aku susah2 nak malu mintak ko amek gambar pastu marah2 bila tengok muka kembang kt klinik tu... hahaha ko kena makan salmon tu. baik untuk cantikkan kulit bebi.. aku paksa.. kalo taknak makan salmon, takyah kuar ngan aku

safia : tq safia.. tp kaksu gemok. nak slim mcm awak, baru best

kak tini : nanti su kasik tau eh? malu la nak kasik tau kat sini. hehe