Amacam.. Seram tak tajuk entry I kali ni? Ceh.. Sambil-sambil taip keyboard laptop putih Saz yang 'A' kena tekan dengan kadar tujahan dua kali ganda serta baru taip perkataan kubur buat I geli buntot asyik nak pandang belakang sahaja.
Dah la sorang-sorang sahaja di ruang tamu kerana suami sudah tidur kerana pagi esok mau tengok bola Barca lawan Arsenal jam tiga pagi.
Berikut adalah alasan-alasan kenapa dan mengapa I sudah lama tidak berbelog.
- Bizi nak menyiapkan Board Paper yang memerlukan perhatian 110 peratus kerana sudah tukar bos, kerana dengan bos baru tidak berani lagi nak mengada-ngada serta bergurau senda.
- Bizi dengan aktiviti sukan sampai I jadik hitam legam lalu malu nak ambik gambar sedang bizi beraktiviti
- Kerana sibuk menguruskan hal rumah tangga (ini tipu)
- Kerana I sudah gemok maka mood nak berbelog juga sudah hilang
- Sibuk latihan berjoget untuk dinner opis next week
- Dah dah. Semua itu alasan tipu, yang sebenarnya merasa kecewa dengan Pc di pejabat yang kalau bukak blog I, tak boleh nak sign in, dia jadi internet interrupted dan jugak tidak boleh komen di blog kekawan buat I jadik fedap dan terasa sudah terputus hubungan dengan orang lain
Sebenarnya, itulah major problem. Maklumlah kalau nak update di rumah, terpaksa lalu belakang Sazli semilan kali baru dia tanya, 'Ayang nak guna internet ker?' Itupun I sudah pura-pura tido tutup lampu harap dia masuk bilik dan bertanya mengapa tetapi tiada juga yang akhirnya I terpaksa keluar bilik balik, cangkung depan dia sambil buat muka doposen cakap nak update blog.
Sekian, itu sahaja yang boleh I ceritakan. Gambar makanan dah hampir penuh pendrive, tapi rasanya malam ni tak sempat la I nak membebel panjang-panjang sangat. Kain pun tak sidai lagi. Haih! Bizi sungguh!
-EnD-
P/S : Kalau ada sesiapa yang boleh bantu buat I menyelesaikan masalah I ni?
Sekian, itu sahaja yang boleh I ceritakan. Gambar makanan dah hampir penuh pendrive, tapi rasanya malam ni tak sempat la I nak membebel panjang-panjang sangat. Kain pun tak sidai lagi. Haih! Bizi sungguh!
-EnD-
P/S : Kalau ada sesiapa yang boleh bantu buat I menyelesaikan masalah I ni?
No comments:
Post a Comment