Tapi takper, I akan buat kedatangan Wana dan Apiz ke KL dari Kajang bermakna apabila Saz ajak mereka berdua dan Acap dan Zareef datang lepak kat rumah, pastu makan sama-sama. Hadry ada turun KL jugak, tapi Linda dah kasik warning awal-awal dalam FB, Hadry dia punyer sorang hari Sabtu tu. Ok. Fine Fine.
Kid pon ada dekat KL. Dia dengan family dia turun dari Singapore pasal nak merisik Hani. Auww… So sweet Kid dengan Hani dah nak tawen. Sama-sama comel. Looking forward untuk datang wedding dorang tahun depan.. Err.. Tahun depan, tu lama lagi tu!
Sementara tunggu Kid dengan Hani kawen, jom kiter main masak-masak!
Sementara tunggu I dengan Wana masak, yang lelaki-lelaki layan main PS3. Pastu bising satu rumah, semangat main macam kalau menang dapat 8 juta ker haper ntah. Tengok sahaja muka Zareef. Macam muka nak menang jerk. Tapi kalah sebenarnya. Jangan tertipu
Acap pulak tak habes-habes nak main team Man U. Bosan bosan! Tadek team lain yang lagi hebat ker?
Ok, sekarang masa untuk masak. Muka I harus la kesian habes pasal kepenatan main bola jaring, balik rumah kejap and keluar pergi Max Value carik cendawan, mandi dan terus masak. Tapi kerana rakan-rakan sayang, I tak kisah walau penat sedikit J (sangat obvious senyuman itu dibuat-buat)
Acap ajar I resepi baru untuk goreng ayam. Sedap! Perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, kunyit, asam jawa sikit… Nyesal goreng sorang seketul. Cuma ada belen 1 jerk. Pastu main jelling-jeling saper nak ambik yang belen lagi seketul, last2 laki aku yang rembat. Haha
Kesian Wana kena dera tumbuk cili. Tengok la, sampai sepet-sepet mata dia. Ishk Ishk.
Menu for the that day. Taugeh + tauhu cina masak lemak, sambal air mata cili padi ikan bilis, telur dadar bodoh, ayam goreng ala Acap bewarna Apiz dan menu wajib, cendawan goreng tepung cecah sambal kicap. Sangat kasihan kami semua kerana masih jugak makan beralaskan surat kabar. Tak jugak beli-beli meja makan.
Acap buat muka comel mintak nasik. Nasik Putih beli kt bawah jerk pasal periuk besar kt rumah ni 2 2 rosak. Macam over power, habes lantai periuk tu cair. Ngeri sey! I dok bayangkan periuk tu cair pastu meletup dan terbakar macam dalam cerita Terminator 2.
Elok la, Pak Imam tukang baca doa berseluar pendek kaler merah sama tema macam karpet.
Lepas siap makan, baru la Fairuz datang… Layan main PS3 lagi dan lagi. Kalau bebudak ni datang rumah, lepak la 10 jam ker, tetap 10 jam akan main PS3, pastu rehat kejap tetap jugak bukan chanel bola. Obses sangat dengan bola. Ishk.
-EnD-
No comments:
Post a Comment