Saz kejut dekat2 pukul sebelas malam, suruh siap-siap nak pergi karaoke pulak. So kitorang decide nak pergi RedBox Pavilion. Cis! Karaoke malam ni charge sama jerk macam siang, tapi tadek makan. Ishk rugi-rugi, kalau tak, I nak makan oyster barang doblas.
Suraya suraya! Makan jugak ko ingat walaupun kali ni tadek cerita pasal makan. Diam ah!
Fairuz pergi ambik Kid dekat Mutiara Damansara, Acap ambik Hadry dekat Istana Budaya, so kitorang yang lain terus gerak ke Pavilion. I kecewa tak dapat nyanyi lagu ala-ala dangdut. Lagu Bintang Kehidupan. Tu lagu wajib kalau I karaoke. Nak nyanyi lagu Amelina kang nanti bebudak ni gelakkan. Cover cover. Bakat terpendam menyanyi lagu dangdut terpaksa di simpan buat sementara waktu. Hihi.
I kagum dengan Saz yang sungguh-sungguh nak nyanyi lagu Amy Searh, Suralaya ker apa ntah. Yang sah-sah key tahap dorang ni memang tak boleh nak in. Oleh itu, terjadiklah aksi menyanyi sampai teleng dan ala-ala Parkinson. Kid.. Motif buat muka comel? Ingat ni iklan pencuci muka ker?
Plz la Hadry… Nak romentik-romentik dengan Apiz bukan kan sini eah? Haha. Dorang ni berlakon jadik gay. Patot Hadry kena pegang tangan Apiz. Euuuw… Geli bulu ketiak aku dowh!
Wana dalam usaha membuat muka comel
Kerana dalam tempat ni sejuk I pinjam baju Acap. Bila I cakap I pakai jacket ni nampak macam rempit, Acap marah pasal dia kata baju dia baju mahal. Yerla yerla!
Orang kalau jiwa tengah lara, menyanyi memang penuh penghayatan… Hadry will always be back up singer yang suara kecil dan merdu habis. Tak sama dengan size badan. Haha.
The Judges…
Konon hensem la eh Acap?
Tarik Wana, tarik… Kalo boleh biar sampai putus urat kentut
Yayang Demok!
Aper kerja ko ni Fairuz..
I had so much fun malam ni. Bebudak ni siap buat video klip ala-ala BSB pun ada. Yang paling I tak tahan, Fairuz cakap, time lagu As long as you love me dia nak nyanyi yang part AC. AC??? Ko ingat ni kumpulan 4U2C ker????? Rupanya AJ. Hahahahaha
Yang lain-lain pon sama jugak, ada jerk lawak bangang nak buat. Dari I ngantok, terus jadik segar. Lepas karak, kitorang lepak minum pulak kat Pelita Ampang. Dorang ni kalau dah berjumpa memang tak ingat dunia. Lepas solat subuh, baru la laki aku tu reti nak tido. Hish!
-EnD-
P/s : Ni sebenarnya entry tertangguh yang I tak post2 due tu technical problem. Semu activiti ni berlangsung sama waktu time I jadi tukang jaga score board masa Netball Makswip. Remember?
1 comment:
Saz dah pretnen!!!!! Congrats suraya! Takyah u bersusah payah.
Post a Comment