Hari ni team Wak Dan lawan dengan team penyokong Arsenal. Result rahsia. Hehe. Kalau menang besar-besar jerk tulis, kalau kalah manjang rahsia. Edy, Afzal dah balik Perth. Zack Pet dekat Miri, si Kale, Skaters dan 2 3 orang lagi tak turun… Tu yang kalah tu kot?
Ok. Aktiviti biasa, lepak tepi padang. Si Wana terlupa pulak nak bawak tikar, I pulak pakai skirt, gatal la jadiknya pasal duduk kt rumput. Tu yang banyak duduk dalam kereta jek. Bila Farah takder, tetiba I rasa macam missing. Sikit-sikit la. Macam missing-missing ayam.
Owh, ni tengah kena ceramah dengan Haji Boss aka Fairuz. Kena susun strategi. Ada Die hard fan Man U yang hampir memberi jaringan tetapi gagal. Sebanyak 2 kali yer pipel… Bukan sekali…
Penyumbang gol, Sapek. Elok-elok nama Syafiq dah jadik Sapek. Elok-elok nama Ajim, jadik Panda Serama, elok-elok nama Acap jadik Itik jingkit, elok-elok nama Suraya dah jadik Sipot Tembam. Memacam hal la!
Mira tetiba pulak nak buat catwalk tengah-tengah padang ni.
Farah Farah! Tengok ni. Apiz dah kurus kan?
Bila dapat lawan dengan team yang kuat, espresi muka begini adalah biasa
Black pon main untuk WakDan. Jangan main-main eh?
Kenapa Ajim sampai tepuk dahi ni?
Semua orang tengah muka tension, Wana sorang jek ceria… Lagi la Acap tu… Muncung boleh ikat dengan tali! Dia ni die hard fan MU tau? Ala… yang missed goal 2 kali tu. Dia la.
Yang lelaki tengah baring tu nama dia Zareef. Dia sedang pegang apa tu, korang boleh tengok sendirik. Memang tak senonoh. Pastu ada pulak tetiba yang menyelit nak jugak masuk dalam gambar.
Ok. Ni picture of the day. Gaya Ajim dengan opponent sama macam tengah joget lambak. Ewah… Ewah!
Ok la.. I kasik result. Kalah 3 berbalas 5. Takper, kalah sikit jerk. Dulu-dulu kalau kalah biasa dapat 13-2, lagi teruk. Ni kira terror la ni… Proud of u guys.. Takper, next game buat lagi bagus yer?
-EnD-
No comments:
Post a Comment