Sunday, April 18, 2010

Minah Rempit

Masa WakDan ada game bola minggu lepas, tetiba I jadik Minah Rempit. I pinjam motor Wan Colan untuk buat aksi willy dan wekang (willi tayar belakang) Wah...!!! Hebatnya I.. Hehe. Ok la. Tak tak. I tipu. I cuma bawak jerk...

Nkorang reti bawak motor? I reti.... Ne ne ne ne... *Sambil buat muka belagak.

Bila cerita bab bawak motor, I teringat dulu beberapa kisah kelakar masa I mula-mula kerja kat KL. Masa tu I dah ada kereta, tapi pasal tak berani nak bawak, so tiap-tiap hari I naik motor pergi kerja dengan Kaklong.

Naik motor Yamaha SS yang arwah ayah belikan yang I janji nak bayar balik tapi I cuma bayar Rm150 jerk. Hehe.

I ingat lagi, masa tu both I dengan Kaklong tadek lesen motor. Tapi redha jerk bawak... Meh I list kan antara peristiwa-peristiwa kelakar yang I pernah lalui sepanjang menjadi minah rem-pit di KL.

  • Ada this one day, helmet tetiba hilang. Ada la satu helmet yang ok, tapi lagi satu ialah helmet steng hina kaler biru sopak-sopak tadek wiser, tadek span dalam dia. Sungguh-sungguh punyer buruk. Kaklong tetiba buat perjanjian giler. Pasal dia taknak pakai helmet buruk tu, dia suruh I bawak motor. Kerana sangat taknak pakai helmet steng hina, I sanggup bawak, so bayangkan la macam mana rupa Kaklong, dah la dia sedia sepet macam anak cina, pakai pulak helmet steng tu, sumpah macam nyonya jual sayur.
  • Bila balik kerja, hujan. Terpaksa jugak balik. Dengan tadek baju hujan Kaklong bawak jugak I redah. Helmet dia ada wiser, pastu dia buat-buat lap wiser dia tu guna tangan, siap macam wiper bunyik ek ek. Bangang. Ada satu hari yang malang, satu kereta bodoh langgar lopak, pasu air taik ker, lumpur ker hentah terkena dekat badan I dengan Kaklong, pastu berbau kerbau, balik rumah terus gatal-gatal.
  • Setakat kain tudung tercicir, kain tercicir dah menjadik perkara biasa. Kami kalo pergi kerja, pakai seluar track, tutup kepala dengan helmet (tak pakai tudung lagi pasal takot tudung keromot) berbaju kurung dan berselipar jamban. So, bayangkan la betapa hina rupa atas motor, tertinggal pulak tudung, so naik lift dengan helmet buruk, skali dalam lift, ada orang ckp, 'ooo ada team ultraman terlepas la kat sini...' siot...!!!
  • Motor mati tengah jalan? Pernah.... Kerana taknak malu, I taknak turun dari motor, keras jerk duduk atas motor tu.. Lepas kena marah dengan Kaklong baru la I turun.. Pastu kena pheewit2 dengan Mat rempit lain. Ceh!

Sebenarnya banyak lagi kot? Tapi dah malam-malam ni I otak dah jadik lemah sikit nak ingat.. Kena pulak dengan atkins diet, so tak larat nak menaip.. Hehe. Alasan semata.. Dah dah, sekarang mari layan gambar I merempit dengan Wana last time.


Wana korek idung! Eee....!!!

Pastu buat-buat cover bela tudung


Bila dah kantoi baru la gelak sampai pecah perut. Haha

Seronok sebenarnya kalau kerja naik motor ni, tak payah fikir jem, minyak semua... Cool jerk.... Tapi tu la, keadaan tak betapa mengizinkan untuk I merempit dekat KL disamping faktor malas nak mabik lesen... So, dapat lepas gian merempit kat kampung sekali sekala pon dah best... :)

-EnD-


No comments: