Kebelakangan ni I bersukan tiap-tiap minggu pipel. Balik dari kerja sebok dengan training netball. Tadek la target nak menang kan? Cuma nak mengkuruskan badan dan exercise jerk la. Tau yang team Umi Saleha tu hebat, pastu poyo-poyo komen dekat FB I pura-pura taik kucing tanya I menang ker kalah. Jahat.
Dah la haritu I kompiden jerk minum teh kurus dia. I bajet air teh lazat. Balik rumah terus beri-beri. Esoknya terus I kurang 2kg. Eh tak. Tu I tipu. Hehe. Kang nanti tetiba teh kurus laku sold out lepas orang baca blog I ni pasal terpengaruh dengan I konon minum seteguk teh kurus terus kurang 2 kg esoknya. Haha.
Dah, kiter tinggalkan cerita Umi Saleha, teh kurus dan netball yang kalah sipi tu (I konsider menang dapat number tiga, I tak kira), sekarang I nak share pasal futsal last week yang WAGS WakDan main dekat Sport Barn PJ.
Kali ni tak ramai macam first time WAGS futsal pasal awek-awek dan skandal Zareff jugak tidak kelihatan so main pon tak berapa fight dan lebih kepada main-main manja, tarik baju serta berlawa-lawa ditengah padang pasal semua kena menten cantik pasal ada Fouziah Gous. Taktau kenapa bila ada dia, semua pun kena jadik cantik. Haha.
Nasib dalam gambar tak keluar bau, kalau tak mesti bau busuk kepam kerang dan ketam. I tak paham kenapa bila I berpeluh, Saz cakap I bau ketam. Dia tu kalau busuk bau macam kencing semut I tak komplen pon. Ok. Komplen jugak kadang-kadang sebenarnya.
Penulis ditepi padang. Hehe.
Masa ni semua berebut nak amek gamabr dengan Apai yang sakit kaki tu, apa lah yang istimewa sangat pon I taktau. Juga kelihatan Wana cuba untuk mencabul kehormatan buah dada I.
Ok. Acara wajib, amek gambar ramai-ramai. Kelihatan Apis sangat manja dengan suami I, siap pegang peha lagi. Geli geli. Lepas tu si Apis Haris kalau bab amek gambar, melentik dia mengalahkan perempuan yer? Siap kaki posing gedik. Muntah I. Fariza sila turunkan tangan. Ketiak bau hacem!
Ok. Acara wajib, amek gambar ramai-ramai. Kelihatan Apis sangat manja dengan suami I, siap pegang peha lagi. Geli geli. Lepas tu si Apis Haris kalau bab amek gambar, melentik dia mengalahkan perempuan yer? Siap kaki posing gedik. Muntah I. Fariza sila turunkan tangan. Ketiak bau hacem!
Lepas futsal, terus lepak minum dekat Rasta... We had so much fun! Futsal ni akan diteruskan sampai la kalau majoriti dari WAGS mengandun ker, baru la stop. So setakat ini semua ON. Kalau tetiba I tak main futsal tu, maknanya I mengandun la yer?
-EnD-
1 comment:
kak su jadi coach ker?
hehhehe
Post a Comment