Thursday, May 20, 2010

Restoran Ah Po di Stulang

Ingat tak yang semalam dulu masa I pergi wedding Pak Teh dekat JB kan kan? I ada cerita pasal Yatie bawak I pergi makan sedap kat JB kan kan? Nama kedai makan tu ialah Kedai Ah Po. Haha. Jangan gelak. Tu nama kedai makan wa talak tipu munyer.

Kedai ni dekat Stulang, berhadapan flat Stulang tu. Kedai dari luar nampak agak hina la.. Tapi sotong bakar dia.. Perrghhh!!!! Memang menusuk kalbu siot. Mana nak carik yang sedap macam ni dekat KL eh? Ah... Gua dah mengidam ni!

Malam tu, kami makan berempat. I order ikan pari, sotong dengan ketam bakar. Lepas tu air limau asam masin dengan nasik goreng yang dia masak ala teppanyaki. Ishk. I taktau nak describe macam mana sedap dia. Tapi sumpah sedap giler. Cair dimulut tidak ditangan. *tetiba

Kalau mana-mana orang JB ada baca blog ni, lekas-lekas pergi Kedai Ah Po malam ini jugak! Pastu kalau makan sotong bakar tu, jangan lupa pada diriku disini... Huk Huk.. Terasa nak ajak Sazli pergi JB weekend ni untuk makan dekat kedai Ah Po. Tapi JB sangat jauh. Kalau la I kawan dengan Doraemon. Tssk Tsssk..

Ketam bakar dia.. Sedap sangat. Masa malam tu, I dah kekenyangan tahap cipan oren, so I makan sikit jerk. Cuba ko tala kat dengan haku sekarang ketam ni. Lapan Belas ekor pon I ngap! Grrr Grrrr. *Tetiba garang

Ikan pari pon just nice. Tak besar, tak kecik. Pasal kekadang ikan pari ni kalau tak kena gaya beliau berbau hancing. Tapi amaran, jangan tengok kemaluan ikan pari yang tak masak lagi, nanti kau ilang selera.

Terpaling sedap! Sotong dia lembut sangat sangat sangat sangat! Ni kalau makan dengan nasik putih, renjis kicap kipas udang merah. Cukup! Kata Yatie, tak payah order sayur, pasal dalam sotong ni dah ada bendi. Yer la yer la.. Eh, tapi bukan akhirnya order kangkung belashan ker Yatie?


Ni la Yatie.. Kawan baik I.. yang meninggalkan I keseorangan di KL untuk berpindah ke JB 2 bulan selepas ayah I meninggal. Kejam kan? Tapi dia tetap kawan baik I. Yang selang sebulan I akan follow up dengan dia, 'Yatie, siapa kawan rapat awak sekarang?' Haha.


Rindu sangat dekat awak tau? Bila nak kasik saguhati berupa duit lagi?


Ni Cik Nuha. Comel sangat sampai rasa nak lempang. Dah la tanak dengan I. Pemilih kawan. Nak kawan dengan budak debab-debab rambut kerinting jerk. (bukan I jatuh dalam kategori tu ker?)

Aie, merokok membahayakan kesihatan. Nampak tak budak pempuan debab rambut kerinting dekat belakang tu, tu la yang Nuha nak kawan dengan dia tapi dia tak layan tu. Haha. Sian Nuha.

Muka gembira kekenyangan yang lepas makan, perut jadik kembar tiga, Zip tak kancing, jalan kengkang. Memang buruk lantak.

Semua gambar Sazli gelap pasal amek guna camera phone hina, maka I bubuh gambar ni jerk la. Kira aci tak?


Terima kasih pada Yatie pasal bawak I makan tempat sedap macam ni. Sedap dan murah somemore... Memang worth it. Lepas ni mana lagi awak nak bawak kiter makan Yatie? Kata Yatie, kalau I datang JB, asyik tanya nak makan apa. Macam agenda utama ialah makan, number 2 ialah jumpa Yatie. Haha


-EnD-

4 comments:

Ieja RizaLiza said...

puan suraya ... awak telah berjaya menaikkan nafsu saya untuk pergi makan kat situ. memang dah lama tak pergi, so kena pergi ni. aduisss

yatiyahya said...

suppose kena pakai kamera digital..baru blh buat jejes air liur...gigi aku besar eh...benci tul!

Anonymous said...

tgk neh tetiba lak rase ngidam nk mkn ayam penyet johor yg mmg superb... hehehe

Chooyaya! said...

rizaliza : wa... jeles....!!!!

yatie : gigi awak besar sampai zahid af tegur. ingat tak? hahaha

cikmaysara : tak tak. ni lg sedap.