Setakat pakai lucut, pakai lucut tu dah menjadi perkara biasa. Bila Saz siap mandi, dia nampak I pakai baju lain. Bila dia keluar salin baju kat bilik sebelah I tukar baju lain. Sampai la dah siap-siap semua, dia turun dulu ke kereta, I sempat tukar baju lain. Haha
Yer la kan. Dilema orang dagu 2 macam I ni. Sikit punyer susah nak kasik nampak santek. Tu pasal sekarang pakai baju kurung jerk kalo pergi wedding. Selamat. Pasal kalau pakai kebaya, rugi wooo... Baru makan 2 suap, perut dah kembar 2, eh tak tak, 3. Kau ada?
Otw ke Melaka I bedal tidur manjang. Macam penat sangat, macam malam tu baru balik dari Peperangan Badar ker haper ntah. Padahal main futsal jerk pon. Nasib baik dalam kereta, Hadry ada. Boleh layan borak dengan Saz, I pulak kadang-kadang terjaga bila ada air liur basi meleleh kat pipi. Lap lap. Nanti blusher hilang. :D lepas tu sambung tido. Penting tu tido untuk mengekalkan mood ceria.
Padahal gorgon hijau, kaki kena bend kalau tak lagi obvious macam giant. Tu pahsal la ahkak tak suker amek gambar dengan orang-orang cumil macam mereka-mereka ini. Rasa terhina la.
Pengantin dan bakal pengantin. Yang bakal pengantin perempuan suka kaler pink tau? Kereta pink, baju pink, camera pink. Sependa pon package pink. Oh. Sependa tu I buat cerita. I jahat.
Ada eh orang bunuh orang kalo panas sangat? Ke takder? Ke?
Wajib amek gambar dengan pengantin untuk ambik berkat. Eh? Kalo dah kawen pon kena amek berkat jugak eh? Ke tak payah dah?
Pastu terus melahirkan baby sepet comel gebus macam ini. Magik kan kan?
Untuk kedua pengantin, semoga banyak bersabar dalam perkahwinan. Semua dah tak sama tau? Dulu makan sorang, sekarang berdua. Dulu kalau malas masak boleh bungkus, sekarang mungkin malu-malu kalau nak bungkus.
Dulu balik kerja boleh lepak depan TV pakai sependa jerk tak payah mandi, sekarang lepas Azan maghrib dah wajib wangi-wangi.
Dulu kalau masak tak sedap, atau hangit boleh buang dalam tong tanpa rasa bersalah, sekarang kalau masak pizza hanget berkerak berarang pon, kena kasik laki makan jugak nanti laki lapar. Takper, kalau hanget, makan isi kat atas jerk, yang tepung letak tepi. Eh. Tu macam aku tu. Dah kantoi lagik. Bye la.
-End-
No comments:
Post a Comment