Buah hati manja
Heheheh.
Giler.
Hari ni kan kawan-kawan, I tetiba terasa macam nak share jadual hidup I dihari kerja. Sama jerk tiap-tiap hari dari Isnin sampai Jumhat. Ada la ubah sikit here and there kalau bos ada meeting pukul 8.00am atau kalau dah termalu pasal tiap-tiap hari pun bos sampai awal dari secretary siap sembur air freshner sendirik, tanda kalendar sendirik, pasang aircond sendirik dan paling busuk, tiap-tiap hari pon balik awal dari bos. Teheheheh.
Baiklah. Sekarang mari semak jadual itu
6.15am : Teeeretert teretet ah stress stress. Dah bunyik dah alarm kat henpon. Tapi takper, sempat lagi nap barang sepuluh menet ni pasal jam henpon pukul lain, jam tangan pukul lain, jam alarm clock radio tepi katil pon pukul lain. Yang pasti jam henpon awal 13 menet. Tak main la awalkan lima menet ni. Maknanya sekarang baru pukul enam manja-manja. Boleh lagi ni.
6.30am : Jam henpon 6.30am, sempat lagi tidur lagi seploh menet woh! Sambil tu tengok suami tidur nyenyak macam bayi rasa geram nak manja-manja. Tapi pasal mulut bau kuda, kenshel!
6.40am : Kejut suami bangun solat subuh. Dia cakap seplo menet. Okok. Membetulkan posisi tidur pasal sebenarnya kalau jam betul sekarang belum pukul 6.30am lagik. Tidur di kaki katil, kadang-kadang suami punyer jari kaki dekat lubang hidung. Takper. Redha.
6.45am : Wah wah! Ni dah lambat ni...!! Terus bangun, pasang lampu. Suami silau, terus bangun, amek air semayang and perform solat. 2 menet dah siap. Express. Haha. Pastu amek towel dekat balkoni, termenung tengok jam Astro. Sempat lagi ni nak nap barang 3 menet. Pasal baru pukul 6.32am jam astro. Ok. Nap lagik seplo menet.
Dari awal nak bangun, ada 3 stage wajib untuk ambil towel dan mandi. Dari katil, kehujung katil dan ke sofa gebus hitam ni. Mana tahan! Dah la lembut, shijukkk jerk... Macam tidur atas bulu kucen parsi yang sombogn tu, tak ker sedap?
6.50am : Wah...!! Ni dah betul-betul lambat ni.. Terus masuk toilet, mandi ala kadar pasal dah lambat, pastu masuk bilik sebelah, solat and iron baju kerja suami dengan cantik-cantik dan baju kerja sendiri dengan ala kadar atau kekadang sekadar mencicah cicah manja seterika pada kain. Haha.
(Ambik perhatian : semua kerja-kerja dalam lingkungan masa ni tak akan mengambil masa lebih dari 15 menet. Sila kagum)
7.00am : Start mekap ala kadar jerk. Yang penting blusher memang taknak kalah. Yang lain tak pakai takper. Masukkan pakaian sukan dalam beg galas, sapu lantai bilik pasal rambut bersepah gugur tak hengat, gomol suami kejap (pasal kalau tak gomol dia, dia akan bangun, pisat-pisat mata tanya kenapa tak gomol dia... Comel sangat, comel sampai nak lempang)
7.18am : Siap! Ready to go! Kejut suami. Cium tangan, pipi, mata siap semua. Geli-geli kejap. Pastu salam, I love U Yayang. Nanti sampai opis kiter chipun yayang eh? (Hari-hari pon cakap menda yang sama) Tutup lampu, konci pintu, naik lift menuju ke kereta.
7.25am : Oh. Kali ni jam dah betul. Tak guna jam henpon dah. Start kereta. Tak payah panaskan enjin dah. Buckle up seatbelt, carik duit Rm1.50 nak bayar tol, pasang keset Siti Nurhaliza. Kalau tak keset konsert dia yang dekat Bukit Jalil tu, keset yang traditional ada lagu Balqis tu. Haha. kereta I mengong, radio tak bunyik, cd takder.. Kaset rembat dalam kereta arwah ayah dulu yang masa dia ada lagi dia tanya mana kaset dalam kereta dia yang diri ini senyap-senyap sampai la sekarang. Haha.
7.55am : Sampai opis. Tiap-tiap hari pon dalam kereta akan call mak, dan akan tanya dia breakfast apa dan dia akan cerita pasal ayam dia dan tiap-tiap hari pon cerita pasal ayam tanpa jemu. Dia kejar ayam, ayam kena curik, ayam kejar dia, vavi kejar dia, dia suluh vavi dan begitulah setiap hari.
8.00am : Sampai kat cubicle, on Pc. Bukak Outlook, bukak internet. Bukak blog resepi favorite. JintanManis oleh Ros. Tengok blog dia. Kagum kagum. Terasa nak duduk kat Jepun. Pastu masuk bilik bos, wish good morning, check tray out. Buat-buat peramah dan ajak Intan tapau air kat kentin.
8.15am : Start kerja!
Dan begitulah setiap hari... Ada la sekali dua tiba-tiba insaf kejap, nak bangun awal la.. Iron baju elok-elok la... Nak breakfast kat kentin instead of tapau la... Nak sampai awal dulu dari bos la etc etc. Tapi dik non? Nan ado. Ada la 2 3 kali dalam sebulan. Selebihnya menten jerk macam ni. Hehe. Takper. Janji akan usaha lebih gigih lagi!
Kata Ida. Keluar rumah lambat dengan sampai opis lambat, baru remaja woh!
Sekian
-EnD-
1 comment:
bile la nk ade scene gomol2 ngan suami di waktu pg gak hehehehehe...mcm seronok je jadual kak su hehehe
Post a Comment