Thursday, June 3, 2010

Mimpi Basah

Wah wah nkorang... Kalo tengok tajuk mimpi basah ni, semua laju jerk klik eh. Pastu pandang kiri pandang kanan cover line kot-kot la I bubuh gambar orang bersenggama atau penis ker.. Kan kan? Macam la I taktau..

Ishk, 2 3 malam ni I asyik dapat mimpi stim jerk. Sungguh-sungguh panjat gunung menyeberang hutan berapi bagai okeh? Malam tadi siap bersilat dicelah-celah pokok buluh. Kaedahnya pasal nak tengok mak I masak pulut kukus + sambal ikan bilis air mata. Yang tukang suruh mak masak makanan tu ialah Farah Perth. Motif? Tetiba Farah masuk dalam mimpi haku. Haha. Ni gara-gara chat dalam FB la ni. Terus Farah jadik pelakon picisan dalam mimpi I. Haha.

Memang dah tahap tak boleh dimaafkan lagi dah ni. Teringat pasal makanan, sampai masuk dalam mimpi siot, Memang I jenis buruk lantak. Jenis kalau dah teringin nak makan sesatu menda tu, memang akan masuk mimpi. Kompem! Kata la sebelum tido I layan AFC or Travel & Living, malam memang mimpi makan punyer la!

Setakat mimpi pasal eskrem BR Green Tea, memang tak terkira dah dengan jari ni ha. Bangang.

Pagi otw nak pergi kerja, macam biasa I akan call Mak.

Dialog

I : Mak mak. Buat apa?

Mak : Cari ayam ni ha... Mana ntah lagi 4 ekor. Selalu elok jerk adik beradik dia jalan-jalan dekat depan ni, ni tadek pulak. Biasa tengah hari kang dia balik la, patok-patok kaki mak mintak makan. Ni tadek pulak. Adoi... Mana la perginya... Mak memang sayang ayam-ayam tu. Esok raya, senang nak buat rendang... *Dalam nada sedih, sipi-sipi nak nanges

I : Takper la Mak. Kiter beli jerk la kat Tongkiat nanti kalau nak makan ayam pencen. Eh?

Mak : Taknak..... Mak nak ayam tu jugak. Saper la yang curi ni memang berdosa besar! Sampai hati dia buat mak macam ni. *Wah. Dah emos ok? Jangan main-main dengan ayam-ayam dia. Haha

Note : Conversation dengan mak memang biasa berkisar tentang ayam. Jangan pelik. Kadang-kadang bila dia dah bosan pasal ayam, dia akan cerita pasal vavi jugak. Dia kejar vavi, vavi kejar dia. Macam tu la dan seterusnya.

I : Aaaaaa.... Sedapnya kalau balik kampung ni mak buat Ayam Masak Kicap campur Soo hoon dengan lada hijau. Lepas tu Kari Ayam pekat yang campur kerisik dengan kentang tu. Makan dengan ketupat segera. Mak buat eh Mak eh nanti kiter balik Sabtu ni. Mak eh mak eh?

Mak : Wah... Banyak cantik muka ko?

Note : Padan muka. Dah tau orang tu tengah sedih ayam hilang, lagi mengada-ngada nak mintak macam-macam. Dapat la barang sedas dua.

Target : Akan pastikan hujung minggu ni akan dapat makan ketupat segera dengan kari ayam dan ayam masak kicap dengan apa usaha sekalipun termasuk pura-pura demam atau mereng sampai meleleh air liur kuning sambil nyanyi lagu Negaraku. Ok. Tak lawak.


Kalau la dapat makan ketupat segera dengan kari ayam yang hemshem macam ni....


Dapat pulak regu dengan ayam masak kicap + lada hijau + soo hoon, memang terus pengsan dan klimaks 7 kali.

Sekian laporan mimpi basah.

-EnD-

4 comments:

yatiyahya said...

cerita makan lagi bagus compare cerita shopping apa letak segala bagai kat blog..

Sharika Lincoln said...

aku nak ayam masak kicap soo hoon sangat sangat sedap...................kalu ikan pon best kan masak cm tu...uwaaaaaaaaaaaaaaa

Sharika Lincoln said...

aku nak ayam masak kicap soo hoon sangat sangat sedap...................kalu ikan pon best kan masak cm tu...uwaaaaaaaaaaaaaaa

Chooyaya! said...

yatie : buy n blog ni isu sentipis yatie... zip mulut! hehe.

ika : sedap ka... aku dahd apat makan. yumyum!