Eeee... Budus betul la lappy ni, I nak bubuh gambar ayam bbq number satu atas skalik, tetiba tak boleh ler pulak. Dah tak pepasal sayur campur hina dengan mayo ni dapat duduk atas. Tapi ni kira ok la ni, ingat tak dulu I pernah post gambar steak sampai 2 kali? Pasal tak pandai tak boleh nak delete.
Bila jadik macam ni, mula la terasa bodo-bodo alang. Ala takper. Bodoh pon kadang-kadang comel. Kiter tukar tajuk Ayam BBQ kepada sayur campur masak mayonis okeh? Walaupun sayur campur ni hanya perlu direbus dan digaul dengan mayo, I tak kira, I nak jugak cakap menda kat bawah ni sebagai resepi pasallllllllllllll I letak secret ingredient nak kasik sedap. Nak tau tak apa dia?
Jeng jeng jeng!
I letak black pepper!!!! Terkejut tak terkejut tak? Tak sangka kan letak jerk black pepper terus salad rasa sedap. Ni kira rahsia ni tau? I baru dedahkan jerk. Baik tak I? Haha. Tak kelakar pon tapi nak haha jugak. Hantuk kepala dekat dinding sekarang.
Side dish untuk ayam bbq yang kitorang buat masa dekat Merbau Pulas beberapa minggu yang lepas. Senang jerk, rebus jerk sayur campur ni. Pastu nak kasik nampak terel memasak sikit dekat orang-orang kampung, I letak brokoli rebus dengan tomato skali. Kan muhibah jerk tu? Pelbagai warna pelbagai rasa. Kata Satu Malaysia?
BBQ ayam yang kami belasah makan sehingga ketitisan terakhir tengah hari tu yang lambat giler nak masak yang sampai bapak terpaksa makan nasik dengan sambal ikan goreng 2 hari lepas pasal dia tak boleh nak tunggu dah ayam masak. Lapar tahap cipan. Sian dia. Bahan perapan I letak sos barbeque segera dengan resepi rahsia sekali lagi. Tak boleh dedahkan pasal dalam satu edisi, mana boleh bagitau sampai dua rahsia. Nanti tak remaja.
Tadi cerita pasal makan ayam, pastu tetiba ada gambar Fizah dengan Apit dekat Balik Pulau. Ni masa petang tu kitorang singgah atas bukit ni sekejap pasal jakun sebelum hantar Fizah balik kolej dia. Jakun tengok bukit dekat Penang. Macam dekat KL tadek bukit sangat. Sian.
Back ke tempat bakar ayam. Takper. Jangan banyak komplen kata I bubuh gambar tunggang terbalik. Baca jerk sudah. Banyak bunyik kang aku lempang. Wah. Tetiba garang. BTW, amacam.. Suci tak muka I lepas mandi? (Yang tak mandi dari pagi selamba pergi Econsave Sungai Petani yang hanya mandi pukul 3.30ptg bila sendiri rasa gatal-gatal badan pasal berpeluh) Biasa mekalau hari cuti I akan usaha gigih untuk mandi sekali sehari bagi mengelakkan pembaziran air. Murni kan niat taknak membazir air?
Lepas amek gambar ni Sazli tanya kenapa nak kena letak tangan bawah dagu. Pastu I cakap, supaya kiter berdua nampak comel la.. Da???? Tu pon taktau ker? Tak pepasal kena mara tanpa sebab. Sian laki aku. Haha. Owh kawan-kawan, ni dekat Balik Pulau tau? Atas bukit yang ada durian simen besar gajah tu. Orang kata durian dekat atas bukit ni sedap-sedap. Fakta atau auta, orang Penang jer yang tau.
P/s: Mintak maaf la pasal dah lama tak apdet blog. Kurang mood kebelakangan ni. Kebun-kebun I kat FB pon dah lama tak berjengok. Pemalas tahap mengkarong oren. Owh sebelum habes I nak share satu cerita.
Dulu I ada kawan baik, Atin nama dia... Kitorang beli ice-cream dekat kedai depan opis. I tanya la dia, eskrem perisa apa yang dia makan nampak macam sedap jerk tu. Pastu dia jawab : Iguana. Huh???? Eskrem perisa iguana?? Ko biar betul. Tau la eskrem tu warna hijau.
Nak tau eskrem tu perisa apa sebenarnya?
Guava
Jauh tak Iguana dengan Guava?
-EnD-
5 comments:
wahh bila pegi balik pulau?
tk sggah rumah pun?
sedeyhh laa neh !
sobssss :((
Balik Pulau punya durian mmg terbaekkkkkkkkkkkk~!!
hahah! kenape sama?
Baru malam tadi buat sayur campur + mayo + black pepper tu.
Ingat aku sorang yang hebat dapat cipta resepi yang sangat mengkagomkan.. cait..orang lain pon buat benda sama yeh?!
Mesti guna Aji-shio flavoured Black Pepper tuh...
safia : kaksu pi sat jerk safia. pukul 5 pergi, pukul 7 dah sampai merbau pulas... next time la kaksu singgah rumah yer?
liyana : betoi ka??? *tetiba nak ckp utara
fida : la... ko tiru aku. aku pencetus idea ni. aku tak kira. kasik aku kredit. aku mmg guna aji-shio tu. semalam last. pasni aku nak tumbuk jerk lada hitam sebungkus seringgit tu. jimat sikit. haha
takper... bukan tak pandai tapi blom tau...i sampai skang tak tau camner org tulis ayat.. pastuh bleh pangkah2 kat atas dier..
ala, cam u tulis tak pandai pastuh pangkah atas dier tuh la.. camno buat? aci tak ajar?
since kita sama2 jawa kire sedarah lah aci la kan..:D
Post a Comment