Wednesday, July 21, 2010

Selamat Tinggal WakJuBo Adikku...

Kalau korang ada kereta, musti ada bagi nama dekat kereta kan? I pon ada jugak. Tak nak kalah ok. Tapi nama kereta I agak hina jugak ler. WakJuBo.

Hina kan?

Terima kasih kepada orang yang bertanggungjawab bagi nama kereta hensem I dengan sebegitu buruk dan teserlah keJawaannya. Tengs. I dari awal nak kasik jantina kereta I ni pempuan, mungkin nak kasik nama Fifi. Biar nampak manja. Tapi bila dah lekat nama WakJuBo tu, otomatik la kereta I ni jadik lelaki.

Pastu dalam kepala dok imagine, kalau la dia manusia, dia mesti la jawa pekat habes, cakap melayu masih slang jawa pastu siap pakai kain pelikat siap pakai songkok batik. Rambut mesti kerinting kembang. Jenis kalau lalat sesat, mungkin mati terus dalam rambut. Kalau boleh macam Herman Tino lah senang cerita. So, dapat bayangkan tak sekarang?

I dah bersama WakJuBo selama 6 tahun. Dalam masa 6 tahun, pelbagai kisah suka duka kami lalui bersama. Kecintaan pada WakJuBo amatlah tinggi sehingga rasa macam sedih sangat nak berpisah dengan dia tak sampai sebulan dari sekarang. HukHuk.

Ingat tak insiden kalau I nak parking, depan belakang depan belakang 6 kali masih ditempat yang sama? Ha... Itu pon bersama WakJuBo tau? Dia yang ajar I bawak kereta manual.. Yang ajar I banyak menda... Sedihnya.. Sedih macam nak kena cerai talak tiga.

Setakat calar balar langgar kon sikit-sikit tu apalah sangat jika mau dibandingkan adegan paling menyayat jiwa tatkala tersangkut di tengah-tengah dinidng hotel Grand Season bersama Cik Yati. Lama jugak WakJuBo tercedera di pintu belakang. I memang sengaja biarkan jerk. Tapi bila dah lama-lama kompiden tak akan melanggar apapa lagi mahluk tidak berdosa, terus I ubatkan dia dan dia jadik hensem sampai la sekarang :)

Hensem kan? Cakap ye. Ambik hati I.

Nanti jangan lupakan kakak yer WakJuBo adikku...

Yang paling sedih nak berpisah dengan WakJuBo pasal arwah ayah yang bayarkan deposit kereta ni dulu.. Yang rajin mengelap dia bila I bawak balik kampung dan yang paling best dia tolong tukarkan timing belt walaupon baru 6 bulan tukar masa tu. Baiknya....!

Terima kasih ayah.. Pasal kalau bukan kerana Ayah yang suruh Not belajar bawak kereta dulu, mungkin sekarang Not masih lagi menjadik Minah Rempit Tegar yang pandai willy dan wekang. Wah hebat!

-EnD-

P/s : Tetiba I ada seorang adik. Tapi adik I kereta. Cool kan?

3 comments:

Liyanaroxx said...

Fuh..musti beli adik baru utk wakjubo nih... ;P

Lenny said...

nak beli kete baru eh? tapi kete baru sure tak sama ngan yg lama.. mesti akan rindu..

sampai skang bila lalu highway i mesti terbayang2, kalau jumpa kete kelisa lama i... mesti sexcited.. huhuhu....tapi tak penah jumpa pon...

Chooyaya! said...

liyana : surprise....!!!
lenny : tu la.. kalau la kaya raya, nak jerk buat WJB tu as a collection. simpan kt rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...