Wednesday, July 7, 2010

Telur Dadar Megi

Kan sekarang ni Sazli dah tak makan nasik.. Kata diet? Cewah! So, I pon buat la menda lain pulak bagi menggantikan nasik supaya perut suami tidak lagi membesar sebagai johan.

Kali ni I nak share macam mana nak buat Telur Dadar Megi. Sebenarnya nama dia Pizza Megi, tapi pasal tadek rupa pizza pon, so I kasik la nama dia telur dadar megi jerk. Kesian kan? Dah la gigih nak share resepi konon, padahal semua orang pon tau nak buat macam mana. Tapi tak kira, nak share jugak jugak!

Bahan-Bahan

1. Megi perisa kari. Tak pernah pulak try perisa lain. Kot-kot tak sedap ker. Kan?
2. Bawang besar, bawang merah, bawang putih semua potong dadu. Kalau ada bawang kaler lain nak masukkan jugak pon boleh.
3. 2 bijik telur. Sepeket megi kena guna 2 bijik telur tau? baru balance sedap
4. Sos tiram/kicap/seasoning/lada hitam/perencah megi
5. Daun sop/ Daun bawang / Daun ketumbar / Cili padi

Cara Membuatnya

Memula rebus megi, pastu toskan air dia and campur la dengan kesemua bahan yang kat atas tadi tu. Pastu goreng la macam nak goreng telur dadar. Minyak jangan banyak sangat nanti muak. Enak dimakan bersama sos cili ke, mayo ke, suka hati la...

Siot ok? Kecur air liur teringat menatang megi ni. Dah la tengah diet ni. Takper. Epal hijau pon sedap.. Tssk tskkk :(

Lebih afdol kalau bancuh dalam besen merah. Kat kampung ada sorang makcik nama Wak Mah. Kalo besen dia sebut 'bezen'. Naper entah.

Sedia dimakan. Entah kenapa la taknak jadik bentuk bulat. walau sudah dibuat lebih kurang lapan juta kali. Kerat 6. 1 I makan, 7 Sazli makan. Kussss semangat!

P/s : Bila tengah diet ni, segala tok nenet blog orang masak I tengok. Pastu nanges hentak-hentak kepala dekat meja pasal tak dapat nak makan semua makanan yang sedap-sedap tu. Pastu siap mimpi kena ikat tangan belakang pokok and orang ramai-ramai lempar kek dekat badan. Tu dah kira saiko ker apa eh?

P/s : Harap aku tidak gila

P/s : Epal hijau baik untuk diet

-EnD-

5 comments:

.Anna. said...

aaa suka jugak resepi ni..! senang sangat nak buat kan. dan yg penting - SODAPP. heee.

tapi saya panggil 'murtabak megi'. haha. macam-macam nama. XD

Nur Hidayah Yahya said...

memang boleh kurus la kalau makan telur dadar megi kak su sebab tak cantik pastu jadi kurang selera nak makan banyak2 kan?bagusla kak su neh.psiko orang tak bagi makan banyak2.hahaha.ops.sori.

lizz said...

huwaa!!! giler tau. dalam besen?hahaha. hmm, rase nak try lah resepi ni!!wakakaka

Chooyaya! said...

anna : ha ah la, sebenarnya nama dia murtabak megi. kenapa ntah tak terfikir

dayah : dayah, ni namanya penghinaan secara malu2 tau? jahat!

lizz : dalam bezen tau? jgn lupa!

Lenny said...

oh itu tidak mengapa...

kelmarin pegi pasar malam my hubby sakat i.. dier makan kopok lekor yg kurus tuh.. sedap je krup krap krup krap depan i tauu... i cakap.. jgn ler wat camtuh i dah ler hantu keropok... lagik kuat dier buat sound effect....

last2... i buat sound effect i... MENANGIS! ahahahhaa.. bodow tak menangis cam budak2 sbb tak dapat makan kopok? ahahhahaha... ok mmg bodos.. ketuk kepala 20 kali ahhahahah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...