Wednesday, August 4, 2010

Mari menggemok di La La Chong

Seperti yang dijanjikan beberapa hari yang lalu, maka hari ni mari kita semua menjamu mata dengan lauk-pauk yang dah selamat menghuni dalam perut I dan mungkin jugak sudah bertukar menjadik mukus. Eh. Kalo dalam bahasa Sains, taik tu apa eh? Bukan mukus eh? Ah. Lantak la. Tak penting pun.

Sebelum tu, I nak ucapkan terima kasih pada Farah pasal kalau tidak kerana dia tunjukkan jalan., mungkin I tak dapat nak makan dekat sini since ni la first time I makan dekat La La Chong selepas dia berpindah dari Subang ke Ara Damansara. Eleh. Kecoh jerk. Padahal makan kat sini pon baru 2 kali. Heh!

Memperkenalkan, Ketua Penjenayah, ketam masak sour n spicy. Harga sekilo RM40.00, order 2 kilo untuk 6 orang makan untuk table I, table lagi satu taknak makan ketam, leceh dorang kata. I, Mira, Rish & Aliah makan isi, yang lain tu makan kaki dia jerk. Nasib la. Saper suruh malu-malu. Makan sehingga ketitisan terakhir. Slurrppp..

Butter prawn yang superbly fresh. Memang sedap. Harga sepinggan ni RM50.00. Worth it giler. Walaupon cuma dapat makan sekor kerana udang telah berjalan sendiri ke meja sebelah tapi takper, pasal dah makan ketam lebih, maka I redha.

Kangkung belacan, yang berharga RM10.00 sepinggan. Yang kalau makan telan dan tidak kunyah, keluar juga masih berbentuk sama. Sedap tidak terkata. Padahal sayur jerk. Tapi sedap. mungkin masak bubuh jus sependa.


Scallop masak black pepper berharga RM50.00, dalam gambar nampak kicik jerk, tapi sebenarnya big plate. Makan 5 orang pon puas lagi. Apatah lagi makan bertiga kerana letak scallop depan mata, tak payah letak atas meja pusing, pasal takot bila dah sampai tempat kiter cuma tinggal bawang.

Ni nama samaran dia dalam resit C/Bun. Taktau la apa nama sebenarnya. Ada 2 jenis. Steam and fried. Sebagai penggemar lemak dan kegemukan, mesti pilih yang goreng. Sedap dicicah dengan sisa-sisa kuah ketam. Harga? 1.50 seketul.


Nasik goreng cina untuk 5 orang. Harga sepinggan besar ni RM20.00, kalo nak makan kat sini, sedap la makan dengan nasik goreng cina. Baru feel makan Seafood segar di Restoran Cina. Dah semua makanan I nak cerita skali dengan harga kenapa? Berangan nak jadik pengacara JJCM pulak ker?

Budak meja sebelah, order Ikan sweet sower giler babi besar berharga RM85.00, lemon chicken berharga RM20.00 sepinggan, sayur kailan sos tiram RM16.00 sepinggan, sotong goreng tepung RM15.00 sepinggan. Semua dorang ambik 2 pinggan. Ewah! Rupanya dorang punyer makanan lagi mahal dari meja kami. Pastu bayar sama banyak. Wah. Ini jenayah antarabangsa ni. Pandai eh korang?

Sekarang baru sedar. Cis! Kitorang makan dalam 14 orang, sorang kena lebih kurang RM35.00, total bil kira la sendiri. Haha. Sekarang semua orang carik kalkulator. Tapi takper, kenyang giler la. Sampai I sendawa keluar buih jerk pasal dah tadek ruang angin dalam badan nak keluar. Ishk. Buruk lantak sungguh!

Orang meja belah sana. Termasuklah Sazli. Time makan ni, masing-masing buat tak kenal dekat partner, dikhuatiri dari kena paw lauk masing-masing. Busuk hati sungguh kalau bab makan. Hesh! Jangan tiru perangai buruk ini.

Apa persamaan air kelapa yang I order ni dengan Ami?

Ami. Haha.


Korang 2 jangan nak perasan famous eh? Kitorang nak amek gambar nuuuu ha dekat belakang sana. Sazzy, Nazril dengan Aisyah Sinclair.

Jugak ada BCL & Ashraf Sinclair dari belakang. Memula I peramah-peramah nak tanya dekat Bunga, 'Kapan kamu kesini Bunga? Apa bener sih gosip kamu dengan Aril?' Lalu kena lempang dengan hubby dia. Terus tak jadik tanya. Tanya dalam hati jerk. Ego tidak membenarkan kami semua pergi pada mereka untuk mengambil gambar. Haha

Fruz dalam usaha memicit tetet Ajan yang ketegangan stim melihat BCL sexy woh pakai baju pretnen ketat!

Muka sebelum dapat makanan masa dalam kereta. Kelaparan dan jelas ternyata sepetnya. Hampir tidak berjaya membuka mata. Sangat kasihan.

Sampai je dekat restoran, terus gembira.

Burpp.. Alhamdulillah. Selamat semua makanan menghuni dalam perut dinasor-dinasor kebularan.


Sekian laporan makan-makan minggu lepas. Minggu ni taktau nak makan kat mana pulak. Hujung minggu I kalau tidak diisi dengan aktiviti makan-makan di kampung, makan diteruskan di KL pulak. Bila lemak-lemak tepu wujud disemua daerah badan, mula la menggelupur nak diet. Tapi I punyer diet jenis weekdays jerk, wiken I cuti diet. Kira aci tak?

P/s : Sangat rindu nak bermanja-manjaan dengan Wana. Dia sekarang semenjak dah kerja terus jadik sombong. Takper Wana. Takper.

-EnD-

5 comments:

wana said...

ko klo x bahan aku xleh ek? haishhh bkn sengaje ok. nk wt cane. aku menjadi rebutan hahahahahah sila terima hakikat ye. ok bye.

delyla said...

kedai nh area ne beb? nmpak berselera kowang melahap. tergugat iman mkn weiii. tingin lak nk g.

theblabber said...

tempat ni macam menarek! balik mesia nnt ko belanja aku makan sini eh? *mata kebil-kebil*

AinKhaliq said...

mak su, kenapa biarkan aji boss tenyet tetet ajan? cian saye dpt belen2 aji boss..huhuh

Chooyaya! said...

wana : kau sentiasa dihati, tu pasal walau tak jumpa, musti kena bahan nko

delyla : dekat area ara damansara

theblabber : okeh set! ko ada number aku kan? call saja *layankan ajer

shanom : sudah la shanom, jangan nak berdrama dengan maksu. hehe