Wednesday, August 18, 2010

Sahur Orang Malas

Untungnyaaaaaaaaaaaaaaa dapat suami yang jenis tak makan sahur dengan sungguh-sungguh ni. Senang hidup I. Bangun sahur pukul 5am pon masih boleh berjalan mendabik tetets dada pasal tak memerlukan masa yang banyak untuk prepare sahur.

Keluarkan jer beges dari freezer, pastu campak atas kuali. Si Sazli pulak bukan suka kalau bubuh seasoning ker, pepper ker.. Dia suka plain jerk... Kalau bubuh menda lain, katanya dia sakit perut. Ishk, memacam pesen la budak gemok tu.

Tapi mengapa perlu merungut kalau kerja itu mudah bukan? Kat beges tu pon takyah peramah-peramah nak bubuh butter ker apa pasal beges tu sendirik akan mengkeluarkan minyak dia sendiri bila diletak atas kuali.

So, lepas masak beges tu, campak jerk dekat atas roti. Pastu bubuh salad sekeping. Kalau I bubuh 2 keping, nanti dia pulangkan balik yang lagi sehelai dalam peti es. Bubuh slice cheese tapi musti jenama Cheesedale sahaja. Kalo tak, dia taknak. Ngada sungguh!


Atas beges tu bubuh la sikit sos cili untuk Sazli punya. Sedikit sungguh. Ada la 4 5 titik kot? Dia tak suka yang basah-basah or makanan berkuah, berbeza dengan I. I punya I suka letak segala tok nenet yang ada dalam peti es. Dari sos cili, sos tomato, mayo, thousand island sos, cheese spread, black pepper sos semua lengkap. Hebat kan?

Owh, roti tu takyah bakar ke apa. Roti bodo macam tu jerk. Buat air milo pekat tadek susu. Mak ai. Senang giler nak jaga Sazli ni. Haih!


So, begitulah tiap-tiap hari menu sahur yang I buatkan untuk Sazli setakat ni. Kadang-kadang kalo berbuka rumah In-Law dan dibekalkan dengan nasik serta lauk untuk bersahur, ada la jugak dia makan. Tapi dia tak selera makan nasik time bulan puasa. Kurusnya tak jugak aku nengok. Tepoi gitu jugak jerk.

I pulak, bertahan la makan beges tu 2 hari. Pastu semakin I makan sahur, makin galak pulak perut ni kebulur. So sekarang I cuma bersahur dengan pisang sebijik yang sehinggit satu beli kat Max Value dengan milo kosong. Cukup! Lepas sahur jangan tidur, nanti mulut rasa basi dan rasa kuda.

Sekian cerita sahur. Lepas ni I cerita pasal berbuka pulak eh? Nantikan kemunculannya seketika nanti. Jangan kemana-mana. Ewwwahh!

-EnD-

No comments: