Thursday, August 19, 2010

Surat Untuk Mak

19hb Mac 2008
Rabu – 10.50pagi

Assalamualaikum….. Mak! Lama dah tak tulis surat dekat mak kan? Minggu nih entah kenapa Not rasa rindu dekat mak sangat. Rasa rindu dan sayanggggggggg sgt dekat mak.. Tu la kalau mak perasan, Not selalu telefon mak.. Pasal nak tahu keadaan mak macam mana. Mak sihat ker, mak ada sakit kat mana-mana ker… Tapi biler Not telefon mak, mak macam layu je.. Macam takder mood nak bercakap, kenapa la yer? Harap-harap Not tak la mengganggu mak selalu….

Dari sehari ke sehari Not nak tulis surat dekat mak, tapi banyak kerja sangat-sangat. Harini biler kerja kurang, Not tulis la surat dekat mak. Tapi tak sempat nak beli kad, kasik surat biasa macam ni pun takper kan mak? Asalkan sampai.. kan?

InsyaAllah minggu ni Not balik kampong. Mak cakap nak buat kenduri untuk Arwah Ayah sikit kan? Masa mak dapat surat ni, agaknya Not pon dah balik ke Kuala Lumpur semula.. Hehe.

Mak sekarang selalu sebok.. Pagi-pagi mak kena kemas rumah.. Siapkan Aiman, tidurkan Sasha, beli sayur lagi.. Harap mak tak buat kerja yang berat-berat yer? Not tak nak mak sakit.. Pasal, kalau mak cakap mak sakit, Not susah hati tau? Kalau boleh. Nak mak sentiasa sihat dan gembira selalu.. Not kalau boleh nak sentiasa berada disisi mak, teman mak tidur dan borak-borak, tapi keadaan tak mengizinkan… Not kerja jauh…

Bila Not ada dekat kampong dengan mak, seronok sangat.. Dapat tidur dengan mak, dapat makan masakan mak.. Kalau kat kampong, Not kuat makan, kuat tido.. Kalau duduk kampong lama-lama mesti Not boleh jadik gemuk kan? Kalau gemuk, takder sapa plak yang nak dengan Not kan? Nanti mak plak susah hati kalau Not tak kawen-kawen. Takper mak, Tura tu tak kawen lagi.. Ada la geng Not.. Mak jangan la cakap Not andartu yer mak? Not doa, sebelum umur 30, Not kawen yer?

Mak… Terima kasih banyak-banyak pasal mak selalu paham keadaan dan perasaan Not macam mana.. Not pun rasa bertuah dapat mak yang sangat memahami macam mak. Boleh berkongsi cerita pasal hati dan perasaan dengan mak.. Dan mak pulak selalu sokong Not dan selalu paham Not.. Tak pernah paksa-paksa Not… Terima kasih banyak-banyak.. Tu pasal la Not sayangggggg sangat dekat mak…

Mak, Not ingat pesan mak, kalau sembahyang, mintak doa dengan Allah supaya dikuatkan hati.. Not ada doa macam tu.. Luaran orang memang nampak Not macam gembira, tapi dalam hati siapa yang tau kan mak? Not pun selalu doa supaya didekatkan dengan sifat-sifat terpuji dan dijauhkan dengan sifat-sifat keji… Not nak jadik anak yang baik untuk mak dan arwah ayah supaya mak dan arwah ayah dapat masuk syurga nanti.. pasal, org kalau dah mati, dia akan bawak 3 perkara… 1-amalan, 2-ilmu yang dimanfaatkan, 3-doa anak yang soleh…. Not dapat tolong mak yang nombol 3 jerk.. Mak pun, doakan untuk Not jugak yer? Supaya nanti, kalau Not dapat anak, anak-anak Not biarlah jadik orang-orang yang baik.. InsyaAllah… (tapi kawen pun tak lagi, macam mana nak dapat anak kan?)

Skarang kalau balik kerja, Not ada main futsal dengan bola tampar. Balik rumah pun Not takder buat ape-ape.. Kadang2 kalau Not lapar, Sazli teman makan. Kadang2 makan dengan Nadia. Dulu ada Yatie, boleh la jalan2 dengan dia, tapi sekarang dia dah pindah ke JB. Tapi, Not tiap2 hari cakap dengan dia.. Sama macam mak jugak. Terasa masih dekat walaupun dah jauh sebenarnya.

Mak.. Dah lama tak makan ayam masak kicap mak. Ayam masak kicap mak lain tau dengan masakan org lain. Bagi Not, masakan mak yang paling sedap walaupun Not selalu makan sedap2 dekat sini.. Tiap2 kali Not dengan Kak Long makan yang sedap2, mesti teringat dekat Mak dengan De.. Kalau la Mak dengan De ada skali, mesti lagi seronok makan. Mak plak, poyo jek bila tau makan guna chopstick dekat tempat makan celup2 (mak, nama kedai tu, Johny tau?)

Laparnyer la perut Not nih. Tengahari dah ni. Patut la lapar. Tapi mungkin tengahari ni Not tak makan, pasal nak ziarah anak kawan Kak Long, dah masuk ICU, jatuh bilik air. Kesian dia mak, umur dia baru 13 tahun. Tak tau la macam mana keadaan dia sekarang.

Semalam masa Not telefon mak, mak cakap mak tengah baiki tempat penghadang ayam masuk dekat belakang. Dah siap ker agaknyer? Mesti la cepat siap pasal Sasha dengan Aiman ada tolong skali kan? Hehe.. Entah2 lagi lambat kerja mak siap agaknya…

Mak.. Ok lah, dah panjang dah Not tulis ni. Kang kalau tulis panjang2 nanti, mak pening kepala pulak. Ni ha pun Not dah pilih tulisan besar2 supaya mak dapat baca.. Pasal kalau tulisan kecik2, mak cakap mak pening. Lain la arwah ayah, mata dia terang betul kan mak? Sampai la dia nak meninggal, dia baca suratkabar elok jerk.. Nampak jer semua tulisan.. Hurm… Rindunya dekat arwah ayah mak… Allah jer yang tau…

Sebenarnya, dari mula Not tulis surat ni, Not sebak jer.. Nak menitis air mata (sebenarnya tiap2 kali Not tulis surat dekat mak, Not memang sebak pun) Mak pun mesti dah menangis sekarang ni.. Kememe Not nih dapat dari mak la ni. Sikit2 nak menangis.. Hehe..

Ok la mak, lain kali Not tulis surat dekat mak lagi yer? Not doakan mak sentiasa berada dalam keadaan sihat.. Ingat, jangan buat kerja berat2 sangat2 yer? Not sayang mak.. Not paling sayang mak dalam dunia ni… Not tau, mak pun paling sayang Not… Wassalam

----Mak---

Info

  • Surat ni ditulis waktu I tak kawen lagi
  • I membahasakan diri dengan mak as'Not'
  • Sekarang orang yang selalu teman I makan tu (Sazli) dah jadik suami I pon. Hehe
  • Tura yang tak kawen-kawen tu pon dah kawen sekarang
  • De dah berenti kerja, jadik De yang jaga anak-anak dia (Aiman & Sasha)
  • Ke'obsesan' mak pada ayam masih kekal sehingga sekarang
  • tetap akan cakap pasal makan walaupun tulis surat pada Mak. Ishk! Ini memalukan! Hehe
  • Masih berhubung dengan Yatie tiap-tiap hari sampai sekarang
  • Jarang jumpa Nadia dah, pasal I bizi dengan hubby, dia bizi dengan BF. But, love her still
  • Sekarang terasa mau menulis pada emak kembali, dah lama tak tulis surat pada dia


-EnD-

2 comments:

wanna said...

sweet nye..tibe wana rindu mama nih.. =(

wana said...

ko mmg saje nk bg aku sebak2 sahur2 ni ye. dh jom blnje aku mkn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...