Thursday, October 21, 2010

Birthday Dinner - Part 2

Amacam, terdera tak perasaan bila tetiba jerk keluar gambar yangg menggiurkan tengah-tengah hari macam ni? Rasa macam nak cakap, 'cilake la ko suraya ni, entry kontot semata-mata nak tayang eskrem stoberi menggoda? Ceh!' Tak pepasal kena sumpah seranah free. Lalalala.

Eh nak tau tak? Kadang-kadang I rasa la kan? Blog ni dah jadik macam tempat mencuci mata menengok gambar-gambar makanan jerk. Kan? Perasan tak? Ke dah memang perasan dari dulu tapi sengaja taknak bagitau pasal nak jaga hati I? Ke? Ke tak? Ke yer?

Takper la. Ke ya atau ke tak pon, redha jerk. Jangan sampai ada blogger yang letak link haku dekat Label Foods dah. Tu memang kena buat sesuatu. Untuk bulan ni, (bulan birthday yours truely) akan banyak la jugak gambar makan-makan pasal ada ramai kawan-kawan baik hati yang nak belanja makan sedap dan enak yang kalau tetiba I tolak semuanya macam OMGsurayakaudahnakmatiker?

Haha. Tengok? akrab kan I dengan makanan? Semua orang pun tau taw?

Ok. Baiklah. Kiter mulakan dengan aktiviti makan-makan dekat Delicious Marc Residence KL. Bersama partner in-crime Wana si sepet dan Mira budak yangselalunampakbusuk walaupun mandi sebenarnya. Tapi kali ni, yang makan kat sini ialah tak mandi. Haha. Mati la kalau Mira baca ni.


Chocolicious memang sedap as a desert, yer la kan. Memang la desert kot? Takkan la bodoh sangat nak kata main dish. *tetiba garang. Sebenarnya dalam dia ada eskrem vanilla dengan sirap coklat bersama meringue, whippe cream, stoberi dengan almond. Cakap banyak taker, tengah makan tiba-tiba je kejang. Inzal la katakan. Sampai begitu sekali..!! Ada beran?

Ok. I Up lagi satu gambar untuk penderaan mental secara maksimum. Amaran : Jangan makan eskrem ni dengan orang yang gila makan strawberry tau? Orang makan stoberi, kau makan hati nanti. Tau-tau jerk, semua stoberi dah gone with the wind. Semua disapu bersih! (Harap wana baca ini)
Mira ni senang je dia, kalau nak makan kat mana-mana, 'Maksu, apa yang sedap ditekak maksu, yang tu la sedap pada Mira'. Yes! Takyah I order banyak-banyak. Paw Mira punyer jerk. Tapi assalamualaikum adik-adik, kakak merasa sesudu jerk. Tu pun cedok dari jauh. Takder maknanya nak exchange plate. Owh, btw ni Spagetti Carbonara. Sedap! Ada wild mushroom.

Ceasar salad Delicious memang yang paling sedap, yang tiada tolok bandingan di udara mahupun didarat. Kepuasan tahap optimum tanpa belas kasihan. Makan sampai licin. Pedulik haper kan? Sayur jerk pon. Kadang-kadang terasa macam kambing. Tapi kambing biasa mandi. Yang tak mandi ialah Mira. Dah. Memang lepas ni aku kena ban ngan Mira. Mati la.

Si Wana order Masala Lambshank. Nasib baik I order yang sayur jerk, tak payah nak exchange dengan Wana. Dia dengan sayur memang alergic. Tapi sepatutnya salad tu takyah ada grilled chicken. Baru puas hati. Memang Wana tak sentuh langsung la. Busuk kan hati?


Orang miskin order air sejuk. Eh. Tak la. Air sejuk memang semua orang dapat. Comel kan kalau makan kt restoran best-best order macam ni, 'bang, kasik air sejuk yer?' Kampung kan I? Haha. Eh. Lupa nak kasik tau nama budak momot ni, Mira. Nama penuh Siti Hamira. Suara dia kalau jadik emcee lunak giler, biler nyanyi sumpah out kaw-kaw punyer. Lebih kurang haku jugak la.

Satu ni je gambar yang nampak lengan kurus sikit. Terus masuk blog. Yang ada FB I, merasa la tengok gambar-gambar busuk lengan KFC. Kau memang bernasib baik lah!

*Bisik dalam hati - Baik aku korek stoberi yang kat dalam ni sebelum resaksa gorgon kat sebelah rembat semua. Dia tu bukan boleh kira.

Buat Wana and Mira, thanx for the dinner. Korang memang sweet. Yang tak makan sama, dia tak sweet. Eh tak. Gurau jerk. Nanti eh sayang-sayang Maksu, kiter girl-girl jerk hangout karaoke dengan makan sedap-sedap. Jangan ajak partner. Pastu buat slumber party skali. Tido ramai-ramai atas karpet merah berambut ala rasta dekat rumah Maksu secara half naked. Mesti best kan? *Jangan ajak Shanom. Ni untuk orang KL jerk. Bye

-EnD-

2 comments:

hOtMaMa said...

huhuhuuu.. tak bleh tahan tgk deset tuuuuuu... gulppp!

suhana83 said...

peh..tak tahan beb tgk pic..dah la i ni kuat mencekik gak..bestnye ..leh r pasni i try mkn c2..pas ni i nak rename blog u la..`air liur meleleh'...ok tak??huhuhu