Sunday, October 24, 2010

Birthday Dinner - Part 3

Ok. Part 3 Birthday Dinner pulak dah. Birthday dinner tu tak penting sangat nak apdet kt sini, janji gambar sedap makanan menggiurkan mestilah wajib dikongsi bersama. Aku pon dah bosan nak cerita pasal makan jerk, tapi nak buat macam mana, permintaan perminat kan?

Haha. Mati la. Dah ada peminat kononnya blog ni. *Muntah

Kali ni I dinner dengan Abang Yut, Adlain, Acap and Sazli dekat TGiF Pavilion. Tekak ni dah meronta2 nak makan Chili & Garlic Shrimp Spaghetti dekat sini. Siang terbayang malam merindu woh. Asyik memekak dekat FB sampai Adlain give up, 'ok la sue adik, nanti birthday U, kiter makan kat TGiF, ok? Yes lah! Ada orang simpati mendengar rintihan. Agak-agak kalau lepas ni cakap, 'Teringin nak walkswagon beetle kaler putih', ada orang nak kasik tak?

Kasik tu mungkin tak la, kena jotos dengan Sazli mungkin ada. Fine fine!

Tq Adlain pasal merealisasikan impian perempuan tembun ini.

Pengantin baru to be. Budak baik dua orang ni. Hobi sama macam I : makan. Hi-Five la! Kot esok dah gems, jangan nak komplen-komplen eh? Ingat ni perempuan-perempuan gemuk sekalian, ada orang cakap macam ni, 'Woman, no matter how gemuk you are, you tetap cantik as what you are', baiklah. Boleh makan banyak-banyak lagi la kalau macam tu. Tengs.

Nak tau tak, kalau la lelaki yang jenis pakai bedak compact, anda sendiri tau kan kenapa Sazli punyer bedak cepat habis? *Mengata Sazli tembam secara tersirat kalau ada yang tak paham la kan?

Akhirnya dapat makan jugak! Chili & Garlic Shrimp Spaghetti..!! I dengan Abang Yut makan ni. Actually, tiap-tiap kali datang sini pon, tak oder menda lain. Amacam, terliur tak?

Laki aku memang takkan order menda lain la, semestinya makan lamb. Yang peliknya, walaupun dia selalu makan kambing, tapi bau wongi jerk... Takyah susah-susah nak pakai dodoren bau epal macam I.

Sebagai orang yang tamak yang teringin nak merasa salad kat sini, maka I order BBQ Chicken Salad. Konon order untuk share-share la, sudahnya I dengan Lin jer yang melantak makan.

Adlain makan Grilled Salmon. Sebagai manusia pemakan darah berturunan Dracula, salmon I suka yang raw jer.. Yang masak-masak macam ni, I kurang gemar. Tapi kalau rasa sedikit sebanyak, I tak tolak punyer. Cantik as what you are kan tadi?

Acap makan NY Strip. Gemoknya brocoli tu, dah macam mengandung 4 bulan dah. *Yatie, ehem-ehem

Dah, sekian untuk kali ni. Ingat tau perempuan-perempuan gemuk sekalian apa yang I cakap dekat atas tadi, no matter how gemuk you are, you tetap cantik as what you are tau? Bila ada yang cakap macam ni, lega la sikit hati ni.. Lega tu sebagai ambik hati jerk sebenarnya. Bila tangkap gambar pakai skirt kaki tembam giler mula la meroyan.

Takper, kata Yatie.. Gemok takper Su, yang penting kompiden. Tapi kompiden pon agak-agak la, kalau dah betis dah merekah-rekah masih nak kompiden pakai short skirt pon menyampah jugak aku nengok. *Ni perli diri sendirik.

-EnD-

2 comments:

theblabber. said...

kopi pes ayat kena royalti.
ke ko nak jadi macam nenenneen, dok kopi pes apa2 nak buat entry?

Chooyaya! said...

woot woot! tak nak! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...