Monday, October 25, 2010

Birthday Dinner - Part 4

Walaupun ni bukan birthday dinner, tapi pasal nak nampak konon macam ramai sangat orang yang sayang kat kiter, selamba bubuh tajuk entry tanak kalah. Tatahan.. Nenonenoneno.. *motif ambulan tetiba keluar?

Oh, sebenarnya ni adalah sambutan birthday secara berjemaah untuk kawan-kawan opis yang sambut birthday on Oktober. Tiap-tiap bulan pon ada acara makan-makan ni. Untuk lunch. Order foods and makan dekat office. Ni ha sebenarnya tujuan buat entry ni pasal sajer nak tayang muka suci I di office. Jarang-jarang nampak kan? *malu

Kalau ada yang nak ceramah pasal tudung on-off I ni, makcik redha jerk. Tadah jerk muka ni ha... Sila la.. Sila la... Tsssk tsssk (T_T)


Dorang janji je nak pakai baju kaler putih or pink, I gigih pakai baju ikut tema, tetiba ramai jerk pulak yang pakai baju warna warni macam pelangi.. Siotan sungguh! Btw, amacam, cukup suci tak wajah I? Awwww...! Ada tak yang sanggup nak pakai tudung kaler pink ang-ang ni pergi opis? Sikit lagi boleh register puteri UMNO. *sangat obvious I paling besar disini ya?

Bila nampak gambar ni, boleh tak anda bayangkan macam mana kalau kerajaan setuju menaikkan umur pencen kepada 60 tahun. Boleh bayangkan tak aku bilang??? Nak cuci-cuci mata dekat office memang tak selera. *Redha lagi. Nasib baik batch2 baru ni cukup korum untuk buat tarian kipas bila ada company dinner. Yang paling best, kitorang la syok sendirik bila menari diatas pentas. Pakcik makcik dibawah macam tidak teruja. Kasihan bukan? Rujuk di sini dan sini


Gembira dengan cara sendiri tanpa menghiraukan yang lain. Nampak tak disitu?

Yang penting, Kek Inez adalah yang terbaik dan tersedap kalah Secret Recipe. Yang tak best pasal dorang semua berebut kek ni. Dulu ada la kan sorang Manager tu eksen. Taknak makan kek selain dari SR. Tapi masa haritu elok pulak dia makan, siap tapau bubuh dalam tissue. Tak malu. Wek wek :p

Dah dah cukup! Dah pukul 5.00pm dah ni. Orang kerja kerajaan sebok-sebok nak balik dah. Balik lambat karang, risau meroyan dalam kereta. Meroyan takper lagi, kalau terlelap masa drive macam selalu macam mana? Bila terjaga jer dah ada kat alam barzakh. Choiii....!!! Bye

-EnD-

4 comments:

Liyana said...

alamak!camtuh yana leh join kak sue ler kena ceramah... =P

ynadona said...

kak su ku cayang, nak tye ni,nape pakai tudung kat tempat keje?intan x pakai pun...memang kena pakai ke nape?konius lak tiba2 kaksu bertudung bila di opis.

-- said...

aku pon selalu bayang.. PA umur 60 taun!! Ya tuhannnnnnn!!!! Tak sanggup lah bayangkan!!!

Tengok blog ko nih kan Chooyaya kan.. lepas tu aku terajang2 pokok pisang... aku tgh dayet ni .. pastu menatap gambo makanan peleleh air liur! merembes nih..merembes!!

huh! tatat!

Chooyaya! said...

yana : kaksu menyerah diri secara terang2an. mati la.

yna : pasal kaksu masuk 4 tahun awal dari dia. batch kaksu yg dah kertu2 dulu 4 5 tahun lepas mana la ada free hair, budak sekarang jerk yg daring2. tp datring kerajaan takat tak pakai tudung jerk la..

fida : pa umur 60, bos pon tak selera nak kerja dah. ko takyah la nak diet2 sgt. makan jerk. tp portion sikit kecik tau? *sambil br menghabiskan dominos pizza size regulalar. haha