Friday, November 26, 2010

Eskrem Baby Manja

Semalam (Khamis), Kak Long ajak I tengok wayang. Cerita Ngangkong. Kebetulan I memang sakit perut (malam tu macam dah tau esok pagi bakal sakit perut. Haha) maka I pon bersetuju terus la. . (Padahal dah memang bersetuju petang Rabu tu).

Lepas rumah dah wangi, fe-breeze dah tinggal sipi-sipi, I terus bersiap. Show pukul 12.20pm. Cantek! Just nice. Naseb ko show awal Ngangkong, kalau show pukul 4.00pm pun, jangan harap I nak mandi pukul seblas.

Haih. Apa nak jadik la dengan I. Tengok Dua Alam la, Ngangkung la... Semua pon cerita seram. Cerita Ngangkong tu takper la jugak lagi, memang kelakar.. Tapi Dua Alam tu.. Sumpah IQ I drop pada kadar tujahan bertalu-talu la. *read : terus jadik bengong bila tengok.

Takper, tu nanti I akan buat review filem-filem yang I tengok sepanjang bulan ni. Harap anda dapat bersabar. Ewah! Selain dari 'writer' *petuhui, berangan jadik pengacara Jalan-jalan Cari Makan, I sekarang juga bergelar pengulas filem. Vangga tak?

Tapi untuk segmen kali ni, I nak berkongsi kelazatan, kenikmatan dan keinzalan makan dekat Chilis. Terutamanya baby eskrem Molten Chocolate Cake ni. Eh, sebenarnya dia eskrem jerk. Bukan baby eskrem. Saja-saja tambah 'baby' supaya nampak manja sikit. Auuuuw.


Bila korek korek korek sampai dekat tengah. Keluar coklat cair. Makan dan pengsan 4 kali.

Favorite Kaklong. Nachos. Tostada bottomless chips. Ada sekali tu, masa Kaklong datang sini time I takder, dia kata dekat waiter, 'Give me Chacos'. Haha. Bangang kan? Kompiden jerk. Tapi waiter tu paham pulak tu. I love to eat chips with salsa very much!

Since masa sebelum keluar rumah I dah kenyang makan bihun goreng tapau cafe bawah rumah, maka I just order Triple Play ni. I suka la celery cicah deep yang manes kaler coklat tu. Sedap! Kata Intan, yang egg roll tu, ada bau macam ketiak orang Myanmar. Intan suruh I cium. Kerana jujur dan inginkan kepastian, I redha mencium. Ye lah Intan! Memang bau ketiak orang Myanmar. Eh, I benci la kalau ketiak orang busuk. Sungguh!

Pastu Kaklong order this Fajitas Jack Mushroom, combo. Extra saute mushroom and extra cheese and extra bread bagai. Semua nak extra. Maklumlah, yang makan pon ada extra tyre dekat pinggang. Memang tak pelik la kan?


Perangai bangang I, kalau I duduk sebelah orang yang badan berbau ni, tetiba I rasa otomatik ketiak I akan busuk jugak. Tak suka la.. Nak-nak perempuan. Walaupun lelaki tidak semestinya boleh memandang ringan isu bau badan tapi kamon la U girls out there. Beli la deodorant kalau dah tau jenis ketiak hanget. Kesian dekat orang yang membau. Seksa satu hal, berdosa satu hal pasal nanti I akan cakap, 'Ya Allah ketiak busuk... ke sebab tetep besar yada yada yada'.



I guna ni, Lady Speed Stick. I dah try dua jenis. Apple dengan Lavender. 2 2 pon ok jugak. Berbau segar, kompiden sepanjang hari. Bukan mahal pon, tak sampai RM10.00

Agak-agak kalau I post laju pada 'seseorang' yang baik hati bercakap lemah lembut tetapi pagi-pagi pukul 8.00 ketiak dah bau macam kepak ayam panggang, biadap tak? :D

Maaf. Padahal tadi cerita pasal makan, tetiba jadik pasal ketiak.
Eh. I memang tak senonoh kan? Semua nak cerita pasal menda-menda busuk jerk. Taik bau betik la, ketiak busuk la. Haha. Maafkan I yer?

-EnD-

8 comments:

ktini said...

aar elok sngtlah tuh sue.. sedap2 tekak membayangkan foods yg mabeles tuh terus loya pasal teringt ketiak bau kepak ayam panggang.

btw, dulu ada jugak rakan serumah begitu dan setelah sekian lama menahan bau yg kurang selesa tuh, ktini dgn beraninya memberitahu pasal bau ketiak dia :p Alhamdulillah dia menerima dgn redha setelah ktini soh dia cium baju yg dia pakai seharian tuh. kalo soh cium ketiak karng tak bau pulak sbb dh sebati dgn bau tuh hikhihkk.. good luck!!

-- said...

aiskrim tu nampak menselerakan dan comel macam oktopus.

aku plak pakai deodren pastu mesti nak blow ketiak dengan hair dryer sampai kering..kalo basah becak2 pon rasa tak selesa deodren tuh..

Shiela Rahim said...

my fren ada sorg mcm nihss~~
iskk..da ckp da dlu skali..skrg msih ada lagi bau ituuuuu.. tapi dalam bau2 badan tu..ramai plak jejaka yg suka kt dia..weird kan??;p

theblabber said...

euww,,bradn apa tu? nampak cheap!! *lari laju2 sebelum hantu tetep kejar

zaren said...

sedapnye...bila g blog kak su..perut ttiba lapar..sbb byk mknn sesedap kat cni..hehehehe

zaren said...

sedapnye...bila g blog kak su..perut ttiba lapar..sbb byk mknn sesedap kat cni..hehehehe

edlidza said...

hello dear.... i baca u entri nih boleh gelak sorang kat mamak nih boleh ..sesilap org ingat i sakit viwa lakkkk wakakkaka...klu kat rumah mau tergolekkkk hihihihihi... honestly its fun reading ur blog ... *wink*wink*wink* :)

Chooyaya! said...

kaktini : kak, how i wish that i can be brave like u.. paling kuat saya buat pon, saya tutup hidung time dia lalu. mmg tak tahan kak tini. busuk giler.. tp orang tu baik.. tak smpi hati eh nak ckp.

pidah : ko paksa bang kamil bawak ko makan pidah, mmg sedap! p/s; eh, ko pakai dodoren yg jenis roll on eh? aku kalau pakai mcm tu, ketiak rasa geli-geli. haha

yellowie roses : yer ker? kira naseb la tu... kesian kan? tp menda ni subjektif. segan nak komen

the blabber : ko mana tau jenama menda2 pon. toiletries pon pinjam adik ko punya, nak ckp banyak. haha

zaren : kan????? kaksu pon tetiba lapar. Padahal baru makan kambeng. (lagi)

edlidza : serius??? i pon suka bila tau ada orang suka baca. tp harap2 jgn ada yg giler dah la. hehe