Tuesday, January 18, 2011

Wellness Program. Chewah !

Harini dengan hari esok, I takde practice menari tapi I kena pergi Wellness Program pulak. See Wana, Mira? Sapa kata kerja macam I tak bizi? Bizi la ni kan? Practice menari, practice menyanyi, netball lagi, now nak kena attend Wellness Program pulak. Next month bizi pulak untuk acara sukan menyukan pulak. Haih!

Kurusnya tidak (but now I already get the answer why.. Hnsss Hnssss)

Ececeh, baru pergi Wellness Program dah ada sifat poyo sikit-sikit. Tak lagi pergi kursus menyelamatkan dunia dari resaksa gorgon ke hapa. Kalau macam tu, mungkin lepas ni berjalan guna hidung jerk. Tak guna mata dah. Kata bongkak?

Tapi what can I say, selain I tidak mengantuk kerana tukang bagi ceramah iras muka Hans Isac (peeewittt) but I dapat banyak info yang I memang eksaited nak share dengan nkorang semua. Fakta dan mitos. Tapi sebelum tu, marilah kiter semua melayan gambar yang I snap around tempat kursus. Tak banyak. Barang sekeping dua jerk. Harap sudi menatapnya. Chewah!


Jakun tengok bunga. Maklumla. Kat umah takde pokok bunga macam ni. Intan pagi-pagi dah sound I, 'eh Kaksu, kena pakai T-Shirt ada kolar la..' Pastu I jawab 'Eh??? Kaksu tak baca email. Lantak la. Bukan ada pengawas pon nak kena amek nama ker?' Boleh jer I kan? Haha.

Tengok budak baju merah yang paling tepi tu, cukup getis kan? Haha. Intan selalu taknak kalah ok? Tadi masa nak kira BMI. Dia suruh I ukur tinggi dia sampai 2 3 kali. Bajet kalau ukur banyak-banyak kali, boleh makin tinggi. Haha. Omel. Pastu tak puas hati jalan pergi meja hentak-hentak kaki. Bodoh.

Ira feeling tepi pantai. Duduk atas batu, pastu background pokok juntai-juntai. Ira tinggi lampai. Tinggi 168cm. Terpaksa berjingkit untuk ambik measurement ketinggian Ira. Naseb baik I, kalau Intan yang amek ukuran, kena berdiri atas buku text lapan lapis.

I had so much fun attend kursus ni. I memang suka kursus-kursus yang jenis macam ni jerk. Seperti Kursus Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat jugak. Kursus Time Management, Pengurusan Rekod & Fail dan jugak How To Become A Good Secretary I paling taksuka taksuka taksuka.

Baiklah. Sekarang mari tengok beberapa fakta yang I dapat kongsikan dekat sini. Ni yang I ingat jer tau? Pasal notes I tinggal dekat kelas. Nanti I tambah if ada yang tertinggal. Harap dapat memberi panduan sedikit-sebanyak dalam kehidupaan anda semua dan kita bersama-sama menjana ekonomi negara. Eh. Apa ni merepek. Ah ! Persetankan !
  • Minum air limau konon-konon untuk memotong lemak ialah mitos
  • Naik tangga turun tangga tiap-tiap hari bukanlah senaman, tetapi rutin. Dengan kata lain, tidak perlu. Tapi it is good for blood circulation. Bila blood circulation bagus, kiter akan nampak muda. Paham?
  • Bila bersenam, semua sel-sel dalam badan kita akan terbuka dengan luas dan cuba elakkan dari mengambil makanan yang tidak sihat selepas bersenam/bersukan kerana kadar penyerapan lemak adalah lebih tinggi pada masa ini. Dengan kata lain, tak bersenam pon takper tapi kita kena menjaga diet kita.
  • Tapi tidak semestinya kita tidak perlu bersenam. Ni term yang I kasik ni untuk diet or orang yang nak menurunkan berat badan. OK?
  • Kalau anda rasa tidak selesa pada nipple selepas bersenam (seperti rasa gatal or sakit sikit) Sebelum memulakan senaman, sapukan vaselin dekat nipple ok?
  • Orang boroi adalah berisiko untuk mendapat sakit jantung lebih dari orang kurus. (Ke semua orang dah tau ni?) Hahaha
  • Kalau tiba-tiba kaki krem, jangan nak luruskan terus, tapi rapatkan dengan badan dulu. take time and baru luruskan supaya tissue-tissue badan tidak rosak dan become worse.
Eh. Apa lagi eh? Padahal banyak lagi. I dah lupa la. Ni mesti pasal selalu makan kepala ikan ni. Hish! Nanti yang belen-belen I kasik esok-esok pulak yer?

Oh lagi satu. Pisang & Kentang adalah agen terbaik untuk menambahkan berat badan. Pheewww. Naseb baik tak suka makan pisang.

Owh, btw. Thanx for Jespuvan Singh for today lesson. Esok-esok I nak korek dengan dia macam mana nak mendapatkan berat badan idaman dengan cara yang betul. Harap boleh dapat flat tummy macam dia. BERUSAHA !! (Tiba-tiba semangat lepas tengok % fat dalam badan berangka menggerunkan. Fak. Ni semua salah errr.. Salah siapa eh? Ahh lantak la. Salah sapa pon sekarang tak penting ! Yang penting BMI read : Overweight. TQ)

-EnD-

9 comments:

theblabber said...

apa punca gatal nipple ketika bersenam eh?

haha

Fuz said...

kak, ada sepupu prempuan yang muda-muda sikit tak? haha

Chooyaya! said...

theblabber : yer. saya suka pada soalan ni... terima kasih kerana bertanya... nipple gatal pasal irritation kot? entah. takpon pasal dia terperangkap dalam baju dalam, pastu berwap dan gatal. ke? kenapa eh? (tanya ko balik)

PKH : nampaknya takda. sila cuba lagi. haha

yana0522 said...

ha?pisang?adoo.. selalu sental pisang sbb pnh bace kt mag org jepun makan pisang utk kurus.. caitt..penipu mag tuh..ni nak saman ni dpt duit saman leh kawen cepat.. haha

incik said...

wah..bagus..nak makan pisang n kentang banyak2 lepas nih...huuu...
kak su sibuk nak diet..sy sibuk nak naikkan berat..

Kech Hidayah said...

laa makan pisang bleh tambah berat ke?membe duk melantak pisang sebab nak berak2 bleh cepat kurus katanya.patutla dia makin membesar dengan sihat dan kuat.saya tau kentang je bleh besarkan bontot.kena rajin makan pisang gakla pasni.hahaa.thanks kak su sebab share!

Chooyaya! said...

yana : hhahah. tu la, kiter pon dulu tertipu jugak. actually ok jerk makan pisang but jgn smpi lebih dari 2 bijik sehari + goreng pisang tu lagi la tinggi tahap lemak tepunya.

Chooyaya! said...

incik : sangat jeles awak kurus eh? *hantuk kepala dekat dinding secara bertalu2

Chooyaya! said...

kech hidayah : eh tak... nak berak makan betik. btw, nanti kaksu bg resepi mcm mana nak berak eh? note tertinggal dlm kereta (gigih kan?)