Monday, February 14, 2011

Besday Dinnner GF

Apapa pon, macam biasa, sebelum cerita bab-bab lain, molek la kiranya kalau I menayang gambar makanan terlebih dahulu.. Lebih afdal rasanya... Dah kata pencinta makanan kan? *Sambil mulut menyumpah-nyumpah Chef Korea ni dekat chanel 706. Muka dah hensem, tapi suara macam itik. Masak pulak spaghetti sedap-sedap. Ko aperhal nak bikin hati gua panas malam-malam ni bro???

Maka, oleh kerana ini. Gambar Spaghetti Carbonara letak nombol satu! Tanda protes kepada Chef hemsem suara itik tu. Cis! Bedebah! Nyah kau dari sini !

Biasa kalau makan spaghetti dekat Delicious dia bubuh daun thai basil on top. Ni tadek pulak. Tadek stok bangkali dan jugak notice dia guna button mushroom instead of wild mushroom. Ayok. Menjawab la ko kat akhirat nanti. Ni dah kira tipu ni pasal tajuk dalam menu, 'spaghetti carbonara with wild mushrrom'. Cer citer cer citer. (Ni I makan)

Besday girl makan rice with thai sea bass ni. Tak menyempat I nak snap gambar Gf dah terkam. Dah hina pulak rupa ikan ni I mentengok. But it taste delicious. Seriously should put this on my menu next visit to Delicious. Rasa macam ikan stim yang I masak ada jugak. Tapi tidak la mereka tamak untuk membubuh segala mala jenis menda yang ada dalam peti es sampai melimpah pinggan. Ikan pon tak nampak (Basically I mengumpat diri sendiri. Yeah)


Sazli dah stuck dengan Ceaser Salad dah. Since dia dah lose weight. Bagus kan dia? Bini yang pergi Wellness Program dan menambah berat badan tetapi suami pula yang bersemangat waja untuk follow diet yang sihat. Ini tidak boleh jadi ini. I sepatutnya membuat sesuatu supaya kami nampak setaraf. Baiklah. Nak jogging sekarang (In my dream)

Jangan la tanya ini desert siapa pasal I know U already got the answer. The Pavlova? Boleh la.. I prefer Pavlova dekat Alexis and Serai kot? Rich dengan berries. Dekat sini dia bagi strawberry jerk! Dasar kedekut! Haik. Petuhui !!!

Mak, tak perlu terlalu serius ketika makan. Tau la mak sengaja buat muka garang kerana bimbang anak yang gemok mengecek lauk mak berkali-kali kan? Haha. Omel mak. Handphone standby letak sebelah. Motip? Nak reply sms bf ker? *Petir sabung menyabung

He lose weight kan? Naa... It just camera trick. *dengki padahal. That is the reason why I didn't put any of my picture here. Tonite. **Motip nak bercakap omputih sekarang sila explen pliz.

Ok la.. Sebenarnya kisahnya macam ni.. Kan masa CNY cuti panjang haritu I dah 4 hari ada kat kampung kan kan? Masa on the way nak balik ke KL, sipi-sipi dah nak sampai dekat KL, Mak call sambil buat suara nak nanges (drama giler. Now menurun kat anak bongsu yang gemok tu) bagitau yang purse I tertinggal dekat kampung. How nice is that? No?

Dengan segala mala semua ada dalam tu, terus I rasa orang Indon. Tapi. Kita orang Indon. Kalau tak penuh ilmu didada, tidak sampai ke Gunung Everest. Haha. Mati la skrip Hantu Kak Limah stuck dalam kepala I. Blame it on Sazli. Dia yang amek package Astro First tu. Terpaksa tengok cerita hantu Kak Limah untuk 2 hari pasal dah kena charge RM15 kan?

Eh. Kat mana kiter tadi. Oooo.. Pasal purse. Pastu I dah kata kat Mak. Takper. I ada duit dalam bank lagi. Salinan Ic dan lesen jugak ada. So biarkan purse tu, nanti minggu lagi satu I balik, baru ambik purse tu. But. As a orang tua yang prihatin kepada kesukaran anak di KL tanpa identiti diri, maka Mak berkeras nak jugak hantar dekat I. Dia kata, biar dia naik bas, kasik kat I, pastu terus balik Pahang.

Ewah Mak. Brilliant sangat-sangat idea Mak tu. I tak kasik la of coz. Selepas berceramah serba sedikit, Mak pon cancel plan nak datang KL. Dan. Sebagai Mak yang degil ni, dia dah pakat dengan De masa hari Isnin siang tu, kalau I call, bagitau dia bizi. Ewah. Bizi la sangat kan nak mengejar ayam dia tu. Last-last, I dapat call dari Mak petang dalam pukul 4.30. Dia bagitau dia datang KL. Dah sampai kat Bentong pon. Naik bas.

DAH SAMPAI BENTONG???? *Urut-urut dada. Terus I kena darah tinggi. Mak aku ni la kan? Gerammnyaaa!!! Dia datang jugak tu!

Lantas buat muka comel. Dah. Tak jadik nak marah.

Hurm... Takper la... Kebetulan hari ni birthday dia. So, nak marah birthday girl kan derhaka pulak. So, I calm down a bit. Bukan nak marah dia pasal apa. Dia kan dah tua... I risau takot dia demam ke apa. Penat kan? Cuti tu, macam-macam aktiviti kitorang buat. I nak dia cukup rehat. Dari Khamis sampai ke Ahad buat macam-macam menda. Tak cukup rehat. Ni hari Isnin dia dah sampai KL pulak. Kus segamat semangat !!!

But, since dia dah ada dekat sini. Lepas pick up her dekat Pekeliling, I bawak dia beli baju, seluar, tudung, kasut semua for her birthday treat and took her for a simple dinner dekat Delicious. Macam tu la kisah disebalik unplanned birthday dinner with my Gf ni.

Errr.. Boring ker I citer? *Berani ko kata boring???? *Bak kata budak selipar RM80 kalau I tanya dia cerita I boring ke tak. Haha. Bongok.

Dah. I nak tido. Harap dapat mimpi makan Spagetti Oglio with Garlic & Seafood kejap lagi. Mak. Mimpi nak yang spesifik dan pasal makanan sahaja. Haha.

-EnD-

3 comments:

theblabber said...

correction.rm90.
tapi boleh kena hina dek chasier cakap design lama.

aliaaroslan said...

sungguh italian kak, makan speghetti.

Anonymous said...

su...kim salam kat mak, moga panjang umur murah rezeki dan makin cun ok...kak mas yp