Thursday, February 10, 2011

Tutti Frutti & Tebus Talak

Tadi I dah ambik heavy breakfast (nasik lemak gemok). Sarah belanja satu office sempena dia menang karaoke masa kami punya Dinner last time. Tengs Sarah! Semoga lepas ni menang pertandingan menyanyi lagi lantas belanja makan sushi mahal pulak. Amin. *Bila berdoa nak reward dia mesti makan. Haih!

So, kerana dah kenyang sipi-sipi, I ajak Sarah lunch dengan eskrem. Lunch eskrem siot! Amerika sungguh! Haha. Naseb baik ada eskrem idaman hati tu dekat area dengan office. Di Wangsa Maju depan dengan Wangsa Walk. Sekarang ni mana-mana blog I masuk, semua nak citer pasal kelazatan eskrem yogurt Tutti Frutti. Mana nak tahan macam ni. Cis! Kiter tak boleh ketinggalan bab makanan sedap-sedap yang afordable. Nanti terasa hidup dizaman batu pula.

So... Sepantas kilat... Zasss!!!!! *Berdiri terpacak depan Tutti Frutti terus. Kedai kosong mosong. tadek kastemer langsung. Dah. Terasa macam sakai pasal memang tak reti nak order macam mana.

First time makan, takyah nak belagak pandai ok? Tanya jerk dekat budak omel dua orang kat kaunter tu perisa mana yang sedap. Jangan jadik macam ada satu kes ni time Kaklong pegi. Ada this one mamat, hambek tak hengat punya banyak, lepas tu bubuh buah melimpah ruah, bila timbang kena RM60.00, nah ! Membayar la ko kat situ. Takkan nak pulang balik kan?


So, inilah hasilnya... I ambik dua perisa. Coklat rasberi dengan Vanilla. Sedap nak mampos. Tak terucap dengan kata-kata. Bila makan, keluar mata putih. (Giler overated kan? Padahal Starbucks Caremal Mac pun setaraf sedap kot?) Yang banyak tu, I punya ofcoz. Kena RM13.00, yang gunung tak berapa tinggi tu Sarah punya, kena RM11.00. Barangkali memilih size eskrem mesti mengukur size coli jugak. U got me or not? Haha.


Kenapa eskrem Cik Nadia Bayu lagi nampak lazat jer? Kenapa I punya nampak hina pulak. Ah! Aku tak puas hati ! Tapi takper.. Dia tak amek stoberi... Aku punya lagi hebat. Nenenene.


Ni Liyana punya. Dia bubuh candy dalam eskrem. Macam budak-budak ! *Eh, yang caption nak jeles-jeles dengan eskrem orang lain ni kenapa pulak? Haha. Pasal pasal pasal, bila makan eskrem, mood kanak-kanak riang gembira terus la menjelma.

Nak carik pasal dengan Cik Puan Bunga pulak la. Ehem ehem. Yatt !! Kat tempat Yatt tadek eskrem Tutti Frutti kan kan? Takper... Eskrem Yatt yang beli dekat So Fresh *say what??? pon sedap jugak. Hihi. Baiklah. Memang lepas ni Cik Bunga declare war dengan Kak Su terus kan? Mintak ampon. Kirim salam Adam yang kacak tu yer? *Cover balik

Pastu kan, tengah I and Sarah makan, tetiba datang sekumpulan wartawan NTV9 kepung kami siap bawak camera bagai. Dah. Apa hal pulak ni. Memang saspender habes. Skali dia bagitau, nak interview sikit untuk segmen dalam Semanis Kurma punya siaran malam ni punya, pukul 10.00 malam. (sambil-sambil jerk bagitau waktu siaran kan?) *Kalau tak tengok, siap korang!

Tajuk perbincangan 'Tebus Talak'. Ah sudah. Menda apa pulak tebus talak ni? I pon muka dah saspen. Mana la sempat nak study. Budak reporter tu bagitau, I kena kata setuju, Sarah kena kata tak setuju. Dia guide la sikit-sikit.

Well, macam biasa.. Kerana tak paham konsep. Jawapan I bersetuju dengan 'Tebus Talak' berbunyik begini : Saya memang bersetuju dengan tebus talak pasal, marriage ni bukan senang... Kita kena fikir pengorbanan kita dan suami... Bukan senang nak mempertahan kan perkahwinan. Nenenene . Siap tanya boleh tak cakap sambil makan eskrem kerana kuatir eskrem cair. Haha.

Sarah pulak cakap dia tak setuju dan jawapan dia macam ni, 'Saya tak setuju kerana ingat apa?? Kita ni bola ke boleh sepak sana sepak sini?' Pastu budak reporter bisik-bisik kat belakang, 'Kena ikut peraturan', and Sarah diam sekejap.. Lama sikit baru dia cakap kena ikut peraturan. Haha.

Say no to TEBUS TALAK !

Dipendekkan cerita, tadi tak la rasa bodoh sangat but bila dah sampai office and google pasal tebus talak, maka I found this.

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”

Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.

Rujuk sini

So.. Tidakkah bodoh jawapan yang I berikan tadi? Kata setuju, tapi jawapan macam tak setuju. Dah. Memang part I cakap tu tak masuk tv agaknya. Pasal keluar tajuk. So depa kompem akan keluarkan dari segmen. Tahik la.

Uwaaaa... Dah tu macam mana ni??? I dah heboh satu kampung suruh tengok malam ni !!!! Hahahahaha. Bongok bongok!

-EnD-

8 comments:

Liyanaroxx said...

Kak sue....kalo kak sue rasa hina eskem kak sue bila bandingkan dgn nadia...saya punya lagik SADIS kot?nampak sgt PENAKUT nak isi banyak-banyak sbb takot kena charge RM60.00!!!ahahahahaha!!!eyh,eskem saya RM12.70 okeh?bukan RM16.00...kak sue suka tipu...tak baik oooo..nanti kena potong lidah!

theblabber. said...

ohh.tu sebab dan2 je update blog. pasal nk bitau kuar tv la malam ni?

Chooyaya! said...

yana : hahahah. tp eskem yana kan dalam bekas besar tuuuuu!!! kaksu amek bekas yg paling kecit jerk. takot mahal...

theblabber : ha ah. cis! tau jerk nko. susah payah aku konon2 citer pasal makan.

Cik Nadia Bayu said...

uish gile ah mamat tu kene chrge smp 60 hengget. kalau kite, memang dah lari lintang pukang ah kuar dari kdai tutti frutti tu.

btw, kaksu mungok ah. huhu

Didi Nadhirah said...

Kak su mlm ni la sy tgk semanis kurma , cumel kak su

SeKePiNg HaTi.. said...

kak sue, atie baru tgk kak sue dlm semanis kurma.. aww, cantinya kak sue.. :)

SeKePiNg HaTi.. said...

kak sue, atie baru lepas tgk kak sue dlm semanis kurma.. aww, gojes laa kak sue.. :)

Cik Puan Bunga said...

Aiskrim murahan takleh lawan tutti frutti! jahanam betol!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...