Monday, February 21, 2011

Makan Kalau Boleh Biar Sampai Gemok Di Hari Jadi Mira

HAPPY BELATED BIRTHDAY MIRA !!!!

Semoga Mira panjang umur, murah rezeki, sihat subuh badan, bertambah cantik dan bertambah gemuk (Selit sekali doa busuk hati kan? Dah tu? Aku jer ker yang nak kena gemok sorang-sorang? Mana aci !)

So, sempena dengan birthday Mira yang dah belated belated belated tu, Wana ajak I dengan Mira makan (MAKAN???) dekat mana-mana restoran Jepun. Yang memula I nak pergi Ozeki, pastu Kiku Zakura but end up makan dekat Sakae Sushi (lagi?)

Ah. Bantai jerk la. Ikan mentah mana-mana pon sama jugak kan rasa dia? (Amek hati) ((Ni yang banyak sangat bukak kurungan, tutup kurungan ni kenapa? Tak elok bermonolog dengan diri sendirik selalu, mungkin boleh menjadik gila jika tidak dibendung)) **Takot kan?

Oh. Kejadian berlaku pada hari Ahad. Tengah hari. Saksikan. Saksikanlah oleh mu wahai sang hujan... Aku yang telah jatuh... Dilanda asmara. Eh. Tetiba terdanggut.Ingat tak lagu ni yang nko dah spoil kan waktu kiter duet tempoh hari Budak Kacak?


Gigih membuat eksperimen menggagungkan segala mala jenis soyu dan jugak meletak wasabe sampai soyu bertukar menjadi warna hijau supaya senang nak berak. Owh. Kalau dekat Japanese restaurant, I suka mencampurkan sweet soy dengan soyu. Bagi rasa dia balance dan tidak terlalu masin. Well, dalam hidup kena ada keseimbangan dunia dan akhirat. Begitu jugak dengan tetep. Kalau kecik sebelah pon tak bagus jugak kan? Nampak tak relate kisah soyu dengan tetep ni? Errrr. Ok. Next !

Acara suap menyuap besday girl dengan Wana. Yang aku ni takde la pulak sapa nak suap kan? Fine !!

Sekarang mari saksikan apa yang kami makan eh? Ni half jerk kot. Ada yang portion besar-besar segan pulak nak letak. Entah bila segan nak tayang makanan pon I taktau. Bongok jugak. Perhatikan kaler plate semua kaler merah. Ni Wana la punyer kerja. Dia bermusuhan dengan tumbuh-tumbuhan kan? Yang tumbuh-tumbuhan kaler plate tak la garang-garang. Grrrr.. Btw : Merah - Pembunuh. Hijau - Hati yang damai. Apatah lagu ketika menbayar.

Tempura Cheese Maki yang I dah tak larat nak makan pasal dah takda ruang untuk diisi selepas seperiuk Sukiyaki sudah selamat bersemadi dengan tenang di dalam perut. Yeah! (Dengan bangganya)

Saba Shioyaki yang selalu menjadi pojaan hati

Idako. Wana punya yang tak mampu masuk dalam tekak Mira. Wana ni kasik dia makan ikan mentah dengan sotong alien ni lagi ok dari suruh dia makan kobes. Penakot sungguh dengan tumbuh-tumbuhan. Tak sedar ke dia yang tumbuh-tumbuhan yang bagi dia oksigen untuk bernapas? Bukan sotong cacat ni pon! *Marah bagi pihak Mira. Over kan?


Mira kata dia segan nak makan yang mahal-mahal. Pasal orang belanja. So dia ambik Yakitori ni jerk. Hahahaha. (phew!!)

Soft Shell Crab with Cheese and Spicy Sos Sushi (Sesuka hati I nak reka nama makanan kan?) Haha

Unagi Sushi. Belut. Ada bran??

Edamame yang mekalau kasik Wana RM100 untuk habeskan satu pinggan ni pon jangan harap dia nak makan. Bermusuh betul dia dengan tumbuh-tumbuhan. Haih! Konflik identiti sungguh!

Dessert : Orange Sorbet yang memang sedap dan fresh after makan. Serius! Korang try la. Ada perasa lemon yang macam rasa pencuci toilet tu, nenas dan apple.

Sementara tunggu movie start, bercamwhore dengan Mira barang lapan keping dekat TGV. At first nak tengok No String Attach yang I dah tengok Jumaat malam yang midnite haritu, yang cuma tengok separuh jalan selepas fall asleep tu. Tapi lambat sangat pulak.

So, end up tengok The Mechanic yang hero dia super cool. Terus rasa nak kawen dengan dia. Walaupun dah kawen sekarang ni, nak jugak berangan kawen dengan dia. Sexay wei !!! Hot. Selamat tinggal Khairul fahmi ! (tiba-tiba)

I had so much fun! (Ayat klise yang biasa digunakan untuk menunjukkan keriangan) dengan Wana dan Mira. Apatah lagi disaat melepak di tepi air pancut seperti gadis belasan tahun gayanya dan melangkah pergi ketika ada sekumpulan orang berserban menuju ke arah kami. Kerana diri ini bajet mungkin kena ceramah kerana berdress pendek, terus sahaja bukak langkah seribu blah dari situ. Blah aku kata !

Btw, masa sebelum makan, I jumpa YnaDona. Kecil molek orangnya. Petite. Muka flawless. Comel. Bila berdiri disebelahnya dah macam resaksa gorgon. Thanx Yna kerana terlalu comel. Lepas tu paksa dia bubuh gambar I yang comel sahaja kalau nak share dalam blog, juga memaksa dia jangan bagitau yang I kalau jumpa persenel nampak mok-mok.

Tapi Yna kata tak mok-mok. Cuma Chubby. Eh. Lain ke? Haha.

-EnD-


4 comments:

theblabber said...

lagu apa tu? euwww.

Golden Rose said...

sedapnye....terliur tul

wana said...

Bak mai sejuta aku mkn hahahahha

Chooyaya! said...

ha wana~ jangan nak ajdik mata duitan sangat! hahahah