Wednesday, February 9, 2011

Berjimba di Gambang Water Park

CNY baru-baru ni yang cuti lima hari yang naik berat melebihi yang hilang tu.. Kan kan kan, ingat tak? Ahhh tension fikir pasal masalah obesiti ! *sambil makan eskrem coklat sandwich nomb nomb nomb. Lagi nak komplen masalah obesiti. *Ni bodoh namanya.. (Kalau nak tau la. Sekeh kepala sendiri terus)

Baiklah. Kiter disini bukanlah untuk membincangkan masalah kegemukan ke apa eh? Kiter nak citer pasal holiday CNY baru-baru ni. Dah dua kali bagitau kan pasal Holiday CNY. Ni dah terbagitau 3 kali pulak. Sangat annoying.

Baiklah (lagi) Mari kiter teruskan.


Lepas amek gambar ni, Kaklong terus impressed dengan diri sendiri. Dia kata muka dia nampak berseri-seri *Awww. Takper la kak. Demi kasih sayang adik pada kakaknya, gambar kakak nampak cantik, adik nampak gemuk sedunia pon ok jerk. Tu yang I peluk tu bukanlah sekendel eh? Jangan nak gosip *bajet artis. Tu anak buah I yang sulong. Dia jarang dapat join family activity pasal susah nak dapat cuti. Yang depan sekali tu, Aiman. Dah nak besar dah dia. Makan nasik dulu payah berpaksa, now 2 pinggan penuh selamba je dia makan. Kadang-kadang terfikir, bela jin kah? Tak mungkin. Pasal tengok la Aiman, buat peace pon muka suci jerk. Takkan bela jin pulak. *Piang!!! Lempang pipi sendiri


Perhatikan dekat belakang tu. Sazli tengah salin seluar. Haha. Giler Amerika kitorang waktu tu. Takder der nak tukar baju dekat changing room bagai, amek towel, salin dekat belakang kemah Rm45 ni jerk. Mak jadik tukang jaga beg. Sapa suruh taknak mandi. Nah! Duduk sini jerk! Jangan main jauh-jauh. nanti kalau hilang susah pulak nak carik Tapi Mak advance, standby bantal awal-awal. Bajet nak tan kan kulit la dalam kemah macam dekat Hawai, tapi jenis yang alim la. Tidak berbogel, tetapi menutup aurat. Tapi kata mak, dia dah tak payah nak tan kan kulit, kulit dia dah rentung dah. Tak makan dek matahari *Piaa piaaaa - tak jadik piang pasal ini statement dia yang cakap sendirik. Paham???

Lepas bermandi manda, dah penat, dah kebulur semua, barulah nak carik Mak. Yer la. Kena carik dia. Pasal dia ada duit topap kat tangan dia tu puluh ratus tau? Jangan nak belagak-belagak. Yang tadi mengata Mak kenapa tanak join mandi semua nak pegang-pegang mak. Semua nak baik dengan Mak. Si Kaseh dah ngamok-ngamok pasal lapar, lantas makan sambil mengangkang (apa kena mengena?) Sekarang sila bayangkan kalau yang mengangkang tu I, ngeri kan? Haha.

Oh. Ni gambar last year yang kitorang pergi masa bulan empat. Seb baik gambar jauh, tidak la nampak kesan-kesan lemak meriah dan juga selulit oren I. Masa ni orang tak ramai yang datang, giler seronok. Nak rendam dalam air pon kompiden pasal tau kadar pengencingan orang didalam kolam ialah sedikit, masa yang kitorang pergi tu ramaaaaiii giler orang. Kata la kalau ramai yang kencing dalam kolam, macam mana? Yang ni, part yang I paling best. Tunggu naga ni kumpul air banyak-banyak dalam mulut dia, lepas tu dia muntahkan air. Impak air jatuh atas kepala cukup membuat I mereng barang sesaat dua.

Naga yang dimaksudkan sedang mengumpul air. Kelihatan mak budak, bapak budak, dan bini orang sahaja yang eksaited disitu.

Sazli tengah berdebar nak naik slide yang tinggi tu. Tak jumpa pulak gambar slide tu yang clear dalam gugel. Pepandai la korang carik sendirik.

Awwww Kaseh! Sepsi tu... Sependa masuk celah buntot yo!

2 kali datang, 2 kali jugak I tak sempat nak mandi dalam kolam ni. Masa first time datang segan nak masuk pasal tadek orang, second time datang, terlalu ramai sampai tadek ruang untuk badak berenang. Dah tu macam mana nak buat aksi akrobatik dan jugak renang berirama?


Kali ni punya visit is more fun! Pasal ada Along and gf dia si cantik sopan santun cakap slow seperti berbisik sahaja, fatin. Abang Long pon join jugak. Last time mereka bertiga takder. Cuma yang tak best pasal terlalu pack la. Nak main apapa pun kena q panjang, nak makan jugak kena q panjang, berak kencing juga kena q panjang. Tu pasal I kencing dalam kolam jek. Shooo... Jangan cerita dengan orang ha....

Nanti kalau rajin, I update yang kitorang pergi Kuantan sebelum sampai dekat Gambang Hill Water Park ni eh eh? Sila sabar menanti. *Bajet kunon ramai sangat la baca blog vain ni.

-EnD-

4 comments:

Zana_MamaBatrice said...

wah...ramai tul yg pergi gambang water park cuti CNY nie yerk..me pun nyaris2 nak pergi..tp last minit adik yg belajar kat sanan jadi balik....so...cancel plan..tu yg naik ke shah alam tu....gi i-city and snowalk..nasib baik best gark...

last year ada gark pergi gambang water park nie...time tu dia baru2 buka...best coz' tak ramai orang...tp time tu tak byk tempat main dia buka...sekarang sure dah bertambah2 keseronokkan tu kan

Chooyaya! said...

ramai giler yang datang on CNY holidat tu... kadang mcm best, kadang mcm tak best bila orang ramai sangat ni...

Anonymous said...

everyday i follow u....tapi tak sempat nak komen sbb asyik thn sakit perut bila baca entry su ni...lawak...kak mas yp

Chooyaya! said...

Kak Mas! Mengapa sepi tanpa berita.. Ingatkan dah tak sayang kiter dah. *sedih