Wednesday, April 20, 2011

Kayang Demok Birthday!

Today is a special day to me.. Birthday room-mate I yang ke 29 :D


Cepat jer masa berlalu. Rasanya macam baru je lagi I pisat-pisat ambik kek slice dalam almari and nyanyikan dia besday song time dia surf net tahun lepas. Tiba- tiba dah setahun. Badan pon makin membesar sebagai johan. Megik kan?


I dah belikan dia advance birthday prezen. Tuan badan nampaknya gembira. Dapat dilihat kepada mata yang berkaca-kaca setiap kali dapat apapa pon dari I. Itulah keistimewaan Sazli. Drama mau lebih taw.


Tahun ni takkan la I nak simpan kek dalam almari lagi kan? So I tetiba dapat idea. Ting!!! *lampu menyala atas kepala. I nak surprisekan dia dengan bunga and kek coklat hebak lagi lazat yang I order dari Huda and ada lambang football team fav Saz - Barca. Delivery dekat office dia terus.


Tapi sebelum tu I kena pastikan yang dia takda meeting atau takder pergi site-meeting. Bagus. Harini dia ada kat office jerk. Call Nurfa colleague Saz and mintak dia bersekongkol dengan I untuk bagi surprise dekat Saz.


Ko taktau pulak malam tu drama macam mana I dengan Saz. Pukul 12.00am, Saz tanya I, mana kek dia? Dia nak tiup lilin. Bangun pergi dapur, carik dalam peti ais, carik dalam almari. Perasaan I? -Sebak nak mampos. Kesian pulak budak demok tu kan? Biasa ada tiup2 kek. Tahun ni ha dah takder dah.


So, kesudahannya.. Kerana rasa bersalah. I tak dapat tido sepanjang malam. Errr.. Bukan la totally tak dapat tido. Tapi sebenarnya asyik terjaga jerk. Pasal susah hati and jugak eksaited. Tak sabar nak tunggu esok time kek and bunga sampai dekat office Saz.

Dah. Aku pon sama drama. I pon kalau eksaited, memang asyik rasa nak muntah. Ngantuk nak muntah, lapar nak muntah, kenyang pun nak muntah, panas sejuk belaka2 pon sure nak muntah. Haih.


Cake yang Huda buat. Bak kata officemate Saz, 'sedap tahap dewa'. Tapi kek ni memang sedap. Kek coklat kukus layered dengan choc ganache and topping with choc ganache jugak. I mintak huda bubuh logo Barca dengan candle bentuk bola. Cantik sangat-sangat. Ni cake boy, mana boleh letak rama-rama, reben dan bunga. Kan kan?


Pastu I kasik Saz bunga ros half dozen. Kaler putih. His fav colour. Huda yang manage to handle pasal bunga ni. Thanx Huda! Saz kata dia tak pernah dapat bunga sebelum ni (U better don't!) Hahahaha.

Kata colleague Saz, masa ni muka Saz merah, terkejut beruk pasal dapat kek and bunga. Dorang pon semua sporting. Bawak kek and bunga, pastu nyanyikan ramai-ramai dekat Sazli ... :) Seronok I bila dapat sms yang Nurfa bagitau surprise berjaya. *Luruh jantung tau?


Lepas tu Saz call. Dia terharu pasal I buat sampai macam tu dekat dia. Ala. Rilex la. Bukan I kasik M3 pon. Hehe. I pon kembang la. Pasal berjaya buat suami terharu. Vavi la. Yang aku malu sorang-sorang ni kenapa. Nampaknya malam ni kena kerja overtime la. Hahaha.. Bodoh!



Malam tadi, dialog I dengan Saz.


Su : U, sempena birthday U ni, I ada rules baru. Apakata kalau birthday U, U yang kasik hadiah dekat I.


Saz : Hahaha. Boleh eh macam tu. U nak apa?


Su : I nak purse la. Dengan henbeg serta kasut. Boleh tak?


Saz : Boleh... (dia ni layankan ajer sebenarnya)


Su : U... Boleh tak potong rambut, I dah semak tengok rambut U ni. U rasa U hensem eh rambut kembang-kembang?


Saz : Ha ah *wah. kompiden. Haha


Su : Nak simpan sampai bila ni?


Saz : Tiga tahun la.. I nak kasik panjang sampai paras bawah bahu


Su : Mak aih! Ala... Taknak kawan la macam ni. I semak la tengok... :(


Saz : Ok ok. I potong. Esok I potong ok?


Su : Yeayyyy !!!!!


Saz : ..................................................


Su : Kenapa U ni?


Saz : ..................................................


Su : Hoi ! Mabok ke? Pesal senyap?


Saz : *Tepuk dahi. I mengigau !!!


Su : So, yang U cakap tadi tu tak valid la?


Saz : Ha ah. Pasal I tak ingat. HAHAHAHAHAHAH


Setan kan? Kasik I harapan palsu. Ala. Lantak dia la. Walaupun hati I sebal tengok rambut kembang dia tu, tapi biarla.. Janji dia hidup and sentiasa ada melayan I setiap waktu. Bak kata Saz.


I KALAU TAK JUMPA U, RINDU SANGAT RASA.. TAPI KALAU JUMPA MENYAMPAH PULAK NAK LAYAN


Finneee !! Haaha. Menyampah konon. Padahal kalau nak main berlakon-berlakon pengsan, I sorang jerk yang nak layan dia pon. Lagi nak menyampah. Podah!


So, untuk suami I. I doakan, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan... Jadi lah suami yang baik, anak yang baik, menantu yang baik, kawan yang baik serta makhluk tuhan yang baik..


I sayang U deep deep !

-EnD-

13 comments:

Unknown said...

su...seriously ur dialog ngan saz buat i gelak kot..hahahaha memang sengetlah korang nie!!!

anyway happy birthday saz!!!

Chooyaya! said...

tu petikan sebenar dialog tau. hahahah. tq for wish yer? :)

theblabber said...

kenapa kena over time malam?


*marathon selaju mungkin

sailaaf said...

sweet =)

Anonymous said...

kak mas dapat bayangkan saz-nya gembira dapat kek n bunga tu....betullah su..rambut saz dah kembang sangat kalu ikat tu mesti tambah macho....kak mas

Liyana said...

kenapa kena "overtime" kak sue?tak paham..btw happy besday abg saz!semoga rock slalu!

Cik Puan Bunga said...

Abang sazzzzzzzz happy birthday yang ke_____. Nak hendeg jugak satu pelisssssssssss!

mrsnan said...

sweetnya...kelakar je

Chooyaya! said...

nkorang semua... terima kasih kerana wish kepada suami domok saya tu... doakan supaya dia nak potong rambut ok? hihi

wana said...

Bapak yg baik bile plak? I nk baby girl thanks nayang.

To pak maon: Happy birthday! Sila lyn nayang sy elok2 sbb sy pun menyampah nk lyn hahahahahhaha.

Chooyaya! said...

bapak yg baik bila dah ada bebi dalam perut ni ha. asyik tak menjadik jerk. taktau la naper.... dan nayang, oooo ko dah malas nak layan aku eh? grrrrrrr

wana said...

X ah. Rindu sbnrnye sbb x jmp. Tp nnt jmp mls nk lyn la. Lalalalala~

Anonymous said...

oh hai su , i aqeela . i cari resepi kek coklat tp kuar gambar kek yang nampak mcm sedap ni . bole tak i dapatkan contact no huda . i nak try kek coklat kukus dia lah . dia jual tak ? hasil kerja dia pun nampak kemas . ape ape information , email saya kat aqeelanadira@yahoo.com @ msj dekat inbox fb : aqeela nad alias . thank you . asap k.