Thursday, April 21, 2011

Mari Menggemok Bersama-Sama

Hello !!!! Bertemu kembali dalam rancangan mari menggemok bersama chooyaya! Sila tepuk pengakap sekarang sebagai tanda sokongan kepada diri ini yang tak pernah jemu dan putus asa untuk mendapat target berat 80kg dalam tempoh dua tahun selepas kawen. Wuwuwuwuwuwu !

Baiklah.

Tanpa membuang lebih banyak masa lagi, sekarang mari kiter beramai-ramai saksikan apakah makanan yang menyumbang kepada kegemokan yang tidak berbelah bagi dan tanpa rasa bersalah. Orang putih kata, no mercy. Yes!

Pergh!! Yang ni memang lazat ya amat. Kentang bakar, siram dengan melting cheese and ada broccoli. Actually ada variety of topping instead of broc and cheese sebenarnya. Ikut la nak ambik yang mana. Dekat mana nak dapat? RAHSIA. Wek wek :p *Nah pipi, sila la lempang.

Yang ni NZ steak yang bapak order malam semalam masa celebrate birthday Sazli dekat Bora Ombak. Steak sangat sedap. Gravy very tasty dan sayur amat enak. Nampak tak I besungguh-sungguh nak bagitau steak ni sedap? Nampak tak nampak tak? Kalau datang sini, tak order pulak tu yang ni, memang carik pasal. Gravy ada 2. Mushroom dengan blackpepper. Amek blackpepper taw?

Yang ni ordered by me aka tuan tanah. Spaghetti carbonara. Sedap jugak. Tapi sedap gitu-gitu jerk la. Memang la biadap kalau nak samakan dengan spaghetti dekat Delicious. Actually, I sangat suka makan menatang ni kalau ada crush blackpepper dengan tabasco sauce. Dekat Bora Ombak ni kenapa ntah failed. Tabasco sos pon takder. Pcet pcet.

Yang ni pulak Lamb Rack. Ordered by Sazli. Sedap jugak! Gravy dia special. Macam ada rasa Thai sos sipi-sipi. Memang sedap! (Dah 2 kali bagitau sedap) Nak pulak ni makanan orang kan? Lagi la sedap. I ni jenis suka makanan orang. Ishk. Suka makanan orang takper. Jangan suka laki orang. Pang!

MIL order Austarlian Steak ni. Tebal sikit. Eh tak. Tebal banyak. Isi dia pon ada a bit raw. Mak memang tak makan medium rare ni semua. So dia reject mentah-mentah. Kerana chef memandai bagi medium-rare so chef terpaksa membagi mak tukar dish ni. Maka Mak ambik NZ Steak jugak. Pasal Australian steak ni tebal. Takkan nak tunggu lagi 3o menet baru dapat makan kan?

Sebagai tanda mintak mahap, mereka bagi ni. Complimentary. Pisang emas berkepit eskrem vanilla. Takpon Pisang kawen dengan eskrem. Eh. Ntah. Memandai I kasik nama.

Yang ni I Teriyaki Chicken dekat Octopus Wangsa Walk yang I order sebagai lauk kerana tidak dapat memilih untuk nak makan sashimi ataupun chicken teriyaki. Jadik aku order dua-dua. Muahahahahhahahahaha. Padan muka hengkau!

Sashimi bento. Tau la I ni adventurous bila bab makan sashimi. Tapi beragak la nak suruh aku makan sashimi ni dengan nasik. Tu yang order chicken teriyaki kat atas tu tadi. *logik tak alasan? Haha

Dan terakhir sekali dalam carta dan boleh dikatakan sebagai menu biasa-biasa dan tidak la seenak mana ni kecuali kalau dah teringin sangat nak makan kan? Nasik Ayam Hainan. Dekat Ampang jerk. Tak la sesedap dekat dekat Bukit Bintang punya Nasik Ayam Hainan, tapi boleh la... *Sambil buat muka annoying. Tu nasik tu cup apa. Cup B eh? **Yang nkorang tengok tetep masing-msing kenapa?

So, sekarang dah dapat idea mana nak makan esok? Bagus. Renung-renungkan dan selamat menggemok !

-EnD-

8 comments:

Cik Puan Bunga said...

Peh makan makan makan! Baik ganti Maria Tunku Sabri! Bengang betullah! rosak diet gua!

FUZ.QYM.Y said...

sedap!!!

Wawa Yusoff said...

rasa menyesal pulak baca entry akak pagi ni. dahla tgh buat puasa ganti sekarang ni. Lagi saya scroll bwh lagi cepat saya batal puasa. haha Grrrr....!!

Chooyaya! said...

CPG : apa nak diet. berat kiter kan setarap. hahaha

Fuz : sedap sikit2 la..

Wawa : hahahah. diucapkan selamat mau jaya wawa !

Mimy Hamid said...

sue nak lempang ko sebab hidangan makanan sedap nak mamps....giler la tekak aku dah tahap maxima nak

CT NoArIzAh ArIs said...

Waahhh... sodap2 semuo ea... salam kenal dr sy yea !!

Hedadada said...

Chooyaya... Baked potato dibanjiri cheese tu kat mane :( tp mcm tau kt mane tp takot salah tmpt. Hehe. Nak jugak potato banjir tuuuuuu :((

Oh btw saye heda adik hadry :D

Chooyaya! said...

Mimy : Haha. Aku saja nak kasik semua orang gemok mcm aku

CT : salam CT. :)

hedadada : Ooo. tu dekat mana eh? WENDY's. Lekas carik! *kirim salam hadry :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...