Sunday, April 24, 2011

Treasure Hunt. Menang Tak? WELL *muka riak opkos

I baru je sampai dari Tanjung Leman, Johor petang tadi dalam pukul 6.00. I masuk Treasure Hunt Jelajah Tanjung Leman untuk kelab sukan Syarikat I bekerja. I satu team dengan Intan, Faiz and Abg Reen. Wah. Ayat makin skema sejak masuk treasure hunt ni. Apa kena-mengena entah pon I juga tidak tahu.

Kitorang gerak dari KL ke Bukit Rokan Gemencheh dalam pukul 3.00pm. Sampai sana dekat pukul 6.30pm jugak la. Adalah dimaklumkan, impian untuk masuk Treasure Hunt untuk bersuka-ria konon dapat duduk hotel adalah didalam mimpi belaka bilamana kami ditempatkan di dorm sahaja.

Dorm panas yang I kena tidur dekat katil Double-Decker yang masa dekat Pusat Latihan Polis Bantuan tu yang dahla aku gemok lagi kena duduk katil yang atas yang alas dengan papan plywood nipis. Sekarang boleh bayangkan tak kalau katil tu alas dia roboh, macam mana nasib makcik yang dibawah. HAHA. Kalau katil tu sungguh roboh, sah-sah aku buat pengsan. Nasib ah.

Dipendekkan cerita, I selamat. Katil tak roboh. Mendap sikit mungkin. Dah tu sapa suruh kasik orang gemok duduk katil atas. Kan?

Intan sama team dengan I. Tema dia bak kata Faiz : Paris di musim sejuk. Sarah team satu lagi. Satu kereta wajib kena ada sekurang-kurangnya seorang peserta wanita. Masa ni semua orang kena berkumpul untuk penerangan terakhir sebelum siri jelajah Treasure Hunt bermula. Semangat woh! Dah la pakai baju merah Lantas nampak garang.

Bukti bukan hanya kami bertiga yang masuk Treasure Hunt ni. Ada lebih kurang dalam 40 kereta yang join all over Felda di Malaysia. Hebat kan? Hebat memang hebat, tapi kalau dah banyak sangat kereta yang kalau semua bijak-bijak macam mana nak menang?

Dah la 2 orang team-mate lelaki I ni jenis taknak kalah. Tau nak menang je. Siap masa dalam kereta budak dua orang ni dah practice macam mana nak naik stage untuk ambik hadiah bagai. Hahaha. Berangan jek. I? I pulak kalau ada chance, dalam kereta I akan tidur. Untuk merehatkan minda dan membagi jawapan yang hebat dan tepat. Ternyata formula berjaya. Cey!

Kesian dekat Intan. Asyik kena buli jek. Kata Faiz kalau dalam Treasure Hunt faktor kemenangan ialah bodoh. Dan bodoh ialah Intan. Jahat kan? Hahahaha.

Soalah ada 30. Soalan uji minda ada 5 and soalan harta karun ada 5 jugak. Sumpah giler babes yang soalan memang susah nak mampos. Semua menguji minda sangat la... Contoh soalan.

  • Bukti kembar seiras yang ditukar. Jawapan?
  • Tiada kanak-kanak dikawasan ini.
  • Positif - ??
  • Sama, serupa
Tak ke pikir sampai nak muntah untuk carik jawapan masa sepanjang perjalanan dari Bukit Rokan ke Tanjung Leman sepanjang lebih kurang 350km tu? Kami diberi tulip (peta) siap dengan bacaan berapa km setiap satu jawapan yang kitorang kena dapatkan tu. *Paham ke tak I explen ni? Haha

Jawapan dia ada di sepanjang jalan. Dekat semua kedai-kedai or signboard. Pandai-pandai la nak fikir. Soalan kadang-kadang memang menguji minda nak mampos. Dah la kedai-kedai tepi jalan tu ada berjuta-juta. Mana la tak fenin. So, jawapannya seperti berikut. Ewah !
  • Butik SS (Pasal bukti yang ditukar ialaha BUTIK yang ditunggang-terbalikkan hurup dia so jadik la butik and kembar seiras ialah hurup SS tu
  • Taman OKID (Pasal O-kosong/no & Kid - (Kanak-kanak in English)
  • Hi-Five Restaurant - Pasal Positif tu in English is Positive, so Hi Five tu dia ambik 3 hurup ke belakang, so IVE. Nampak?
  • Sama, Serupa - Thiru & Co. Pasal kalau jawapan sama/serupa mesti tiru kan?
So bayangkanlah, ni 4 soalan yang diantara yang senang yang compared to 26 soalan lain yang tarap cirit la pendek kata. But... Rezeki kan? Kitorang jawab 18 soalan betul out 30 soalan. So good enough untuk dapat 1st runner up. Tu pun kurang 2 point je yang memisahkan dengan peserta yang dapat tempat pertama.

Takper la.. Itu pon dah cukup bangga. Anyway thanx to Faiz, Abg Reen, Intan dan jugak yang dari team satu lagi yang kitorang bekerjasama, Sarah, Abang Ali, Amar & Yan. Without them rasanya almost impossible la nak menang.

Dalam kereta I dah siap mengucap awal-awal pasal driver bawak kereta laju nak mampos! Cirit aku dalam seluar.

Yeay !!! Dapat number 2... Congrats team! We did it. Walaupun soalan macam tahi sahaja tapi kiter ternyata pandai jugak sikit-sikit. Haha. Nak jugak up-kan diri sendirik barang sedikit kan? **Perhatikan kemesraan Faiz & Abang Reen yang memegang pinggang masing-masing. Awwwuuuuuu....!!

Masa dalam tempoh mencarik jawapan, I dah hampir putus asa. Tahun depan dah taknak masuk, TETAPI bila dah menang ni, terus ubah fikiran, nak masuk tiap-tiap tahun. Taknak kasik can dekat orang lain. Heh!

Ko giler taknak masuk kalau cash dapat 500 hengget beserta tiket penerbangan ke Sabah secara percuma? Yang paling penting, boleh cilok dari office sehari. Har har har har. Tak caya? Tak caya sudah, nama ko Bedah, tetep ko sebelah!

-EnD-

4 comments:

cik puan apel said...

Giler terbaeeek ar choyaya!

Mohd Azian Alias said...

Kitaorg mmg tiap2 tahun masuk untuk bagi team mate juara or naib juara hehehe..

mohdbinabu said...

tetep i dua belah anyway?

btw,tahniah!!

Chooyaya! said...

CPA : Hi-five !!
Yan : Bluerrrkkk !!!!
MBA : Tq !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...