Nak tau tak? Masa Sabtu haritu.. I dengan Saz, Wana, Apis, Apai, Ajan, Ami, Ema, Sapek, Jengka, Nor dan lain-lain (sebut nama macam korang kenal kan?) pergi main paitnball dekat Gombak. Nama tempat tu, Dusun Ali King.
Klik sini untuk more info pasal Dusun Ali King Paintball ni. Kitorang ambik package yang RM75.00 + 500 pellets + meal & drink. Body Armour (baju kebal) sewa dia RM5.00. Kalau dah rasa kebal sangat atau kompiden tak kena tembak kat area tetep, perut dan sebagainya tak payah la sewa.
Dalam 4 game tu, sekali jer I mati. Kena tembak dekat perut. Pastu I dah angkat tangan tanda surrender tapi team lawan tetap nak jugak tembak I. Memang carik pasal. Biadap sungguh! Pastu lagi 3 game I hidup jer. Paling best, ada satu game tu, I sorang je yang hidup.
Diharap pada masa akan datang kalau nak main paintball, pastikan pakai baju lengan panjang yang tebal tau? Tengok macam I, kondifen je pakai baju lengan pendek. Baik hati sangat nak derma darah pada nyamuk serta tidak takot kena tembak dekat lengan. Hebak hebak.
Naseb baik Apis yang hensem, kacak bergaya tapi hitam sikit-sikit ni kasik I pinjam baju lengan panjang dia. Bagus. yang paling bagus, kerana dia meminjamkan baju, I terpaksa package membasuhkan baju dia yang lagi sehelai. Dan jugak baju Jengka yang takder kena mengena tu. Tapi pasal Jengka memberi kepercayaan pada I untuk cover kubu belah kiri sehingga hampir kalah kami kena ambush, maka I membasuh juga baju dia. Bagus kan I?
Sazli, semua game dia mati, kecuali last game. 3 kali la I menjanda. Sian I. Semua kena head shot. Mati dekat situ jugak. Kata Apis yang partner dengan dia, Saz boleh tahan drama la.. Asal kena tembak, terus campak senapang and pura-pura mati. Dah mati tu, dia mengerang sakit and tanya dekat Apis, dia kena tembak kat mana. Nampak betul drama dia. Hahaha. Lepas tu, Saz ni dari umah lagi pesan kat I, 'U.. Nanti kalau main kena tembak jangan nanges tau?' YE YE. DAH LAPAN RATUS KALI PESAN JANGAN NANGES. HAIH !
Ajan ialah hero dalam game kali ni, pasal dia berjaya ambik flag dari pihak lawan yang I berjaya naik 3 level dari bawah bukit. Hnss Hnss.. (00) <-lubang idung kembang. Terima kasih pada Sapek, Nor & Apai yang memberi sokongan dari luar. Suruh I move move. Yeah! Terus rasa macam hero sejati.
Perhatian kepada Apai, diucapkan jangan terlalu sexy. Nanti nyamuk horny siapa mau jawab? Kepada Ajan, Maksu baru perasan yang Ajan cuba meng 'usha' Sapek dari jauh ketika dia menyalin baju. Hahaha.
Pesanan untuk kepada sesiapa yang baru nak start main paintball ni, never ever ever tanggal mask (mask ke nama menatang tutup kepala tu?) selagi game tak habes. Sangat-sangat merbahaya. Boleh buta kalau kena tembak dekat muka.
-EnD-
3 comments:
Aku gerila. Mane main nyorok blkg batu, blkg pokok, blkg tong ni sume. Kasi ambush je br syok. Hahahahhahahaha.
ha ah. tu pasal la gerila yg selalu mati awal. hahahahha
Berani kerana benar. Hahahahaha.
Post a Comment