Monday, April 18, 2011

Resepi Sambal Tumis Yang Lazat

Weekend aritu kan I balik kampung. Kebetulan Kaklong pon balik jugak, so apa lagi.. Aktiviti kitorang makan jerk la.. Pantang sebut, terus buat. Hari Sabtu pagi, De masak nasik lemak atas permintaan Sazli.


Keistimewaan Sazli ialah, apa yang dia kata nak makan, semua orang akan berusaha membuat. Budak domok tu pon pandai, request kat kakak-kakak dia jerk. Kalau mintak dekat I, memang I tak layan. Ishk Ishk.


Kiter balik kampung nak rehat-rehat, dia pulak time panas terik pukul 3.00pm tu mintak donut. Memang tak dapat la kan? I purak-purak tido. Sampai tukang mintak pon sama tertidur. Bila dia bangun, dia pon dah lupa sampai la sekarang. Fuh!


Berbalik kepada nasik lemak yang kitorang sarap Sabtu pagi tu. Mak suruh try resepi Mak Teh I yang duduk dekat Johor tu. Dia buat sambal tumis memang sedap nak mampos. So, kitorang cuba la buat (kitorang tu ialah Kaklong sebenarnya,I tukang mengacau dekat dapur jer. Kata pemalas?) Haha.


Resepi dia ialah. Jeng jeng jeng!


Sama jer macam sambal tumis orang lain. Cumanya, bawang kecik, bawang besar, bawang putih, belacan blender asing dengan lada kering. Panaskan minyak dalam kuali, panas sampai berasap-rasap tu.. Pastu tumiskan bahan blender adik beradik bawang dengan belacan. Sampai la garing... Sampai dia kering air.


Lepas tu masukkan ikan bilis yang ditumbuk separa halus. Bila dah sebati tu, tunggu la barang semenet dua, baru la masukkan lada kering yang di blender asing tu. Masukkan la lada hidup barang 2 bijik (ni pon petua sambal tumis yang lazat).


Bila dah pecah minyak.. Baru masukkan garam, serbuk perasa dengan air asam jawa. Ada orang suka asam keping, terpulang pada citarasa masing-masing. Lepastu masukkan gula nira tu. Yang ni pulak, kalau kiter nak sambal kiter warna merah menyala, masukkan gula time last-last. tapi kalau nak sambal tu warna gelap sikit, masukkan gula awal-awal.


Last sekali baru la masukkan ikan bilis sekor-sekor yang dah direndam dengan bawang besar holand tu. Sedia dihidang bersama nasik lemak. Pergh!! Sedap nak mampos ok? Makan dengan lempeng pon sedap jugak ni. Cis lahanat. Dah teringin nak makan lempeng sekarang jugak.


Mak kata, nasik lemak makan dalam pinggan kecik jerk. Supaya tidak obes. I kata kalau orang bagi makan nasik lemak dalam pinggan kecik ni kedekut. Mak kata 'dah kata nak kurus, makan la dalam pinggan kecik' - Baiklah mak (^_^)


Time ni pukul 3.30 petang. Dekat kampung memang la panas giler. Sazli dah tertido. I pulak tak dapat nak tido pasal dekat luar rumah bunyik bising. Sekejap orang nanges, sekejap orang gelak. Yang nanges = Aiman, yang gelak = Mak (Mak teror main badminton pakai kain batik. Hebat Mak. Hebat)

Nak tau pasal apa? Pasal dorang lawan main badminton. Ye. Dalam rumah. Bising sangat. Mak agak annoying la. Main tak jujur. Dia suka pukul kuat-kuat sampai Aiman asyik kena kutip bola dekat luar rumah. Pastu ejek-ejek Aiman. Sambil Aiman bergenang air mata kutip bola dekat luar yang panas terik.


I kata pada Aiman, 'Man, kalau Makcik jadik nko, Makcik tak main dah kot dengan Atok ni. Main tipu.' Pastu mak gelak-gelak jerk. Tau tak gelak mengejek macam mana? Hahaha. Sekarang I dah tau perangai kuat menyakat orang ni I dapat dari sapa. Dari Mak la.


Boleh la Mak. Buli budak kecik. Meh lawan la dengan I mekalo berani.


-EnD-

6 comments:

mysara said...

kak su!! bestnye resepi sambal tuh..sambil bace rase nk menitis air liur.. bl tgk nasik lemak plak tambah laju menitisnye..haha.. sedap btl rupanya.. ha tgk xpsl2 tghri2 ne meroyan nk mkn nasik lemak lazat mcm tu...sume kak su py psl tau..huhu

Chooyaya! said...

apa lagi, buatla mlm ni jgk... mmg sdp nak mampos!

ijan said...

yummyy...nampak sgt menyelerakan telur mata kerbau yang agak cair itu...ditambah pula dengan sambal..btw, dah copy paste resepi itu...hehe..thx

Chooyaya! said...

jan : copy paste, masak, pastu pos kat sini eh? :D

Mimy Hamid said...

aku dh try..yup bebeh sedap tahap inzal kata ko...heheh thanks resepi

Chooyaya! said...

mimy : sedap kan??? tp biadap la tu dah amek resepi aku tp tak kasik aku. ceh.