Thursday, May 19, 2011

Laporan Sukan Oleh Makcik Rentung

Helloi semua!!

I baru jerk balik dari aktiviti sukan mensukan di Terengganu dari 7- 12 Mei untuk Sukan Badan Berkanun yang I will update the photo later dan jugak aktiviti sukan mensukan di Kuantan dari 13 - 15 Mei untuk office I.

Pergh. Kembang semangkuk kejap. Sejibik macam schedule athlete kan? Harap semua tidak cemburu. Haha.

Apa yang I dapat? Sabar... Nanti I citer. Masa mula-mula sampai umah, Saz terus gelak sambil macam nak nanges yang sangat annoying woh tanya I soalan, 'Ni bini aku ker, aci jual maruku?' Ewah.. Sipi-sipi jer nak mengata aku macam anak kelim. Jahat.

Selain dari I dapat duit belanja dari opis, top to toe baju, seluar kasut back pack bagai yang disponsor, I juga mendapat kalah dalam semua acara tanpa rasa belas kasihan walaupun kulit dah itam legam kena jemur bawah matahari atau omputih kata, No Mercy.

Macam biasa, I jenis manusia yang tidak suka packing, maka akan packing last menet yang bila dah sampai Gambang, tepuk dahi dan berkata, 'Ohmaigot. Terlupa nak bawak bra. Ni sehelai je yang ada'. Haha. Dah la nak bersukan. Sanggup ko nak pakai baju dalam sehelai ini untuk 3 hari dan masuk pulak berbagai acara sukan. Kepam woh!

I ajak Sarah & Ira pergi beli bra. Sebenarnya tidak ajak, lebih kepada mengugut sebenarnya. Carik punya carik kedai tepi jalan sepanjang dari Gambang ke Kuantan, maka I telah berjumpa kedai nama SAKAN. Memang sakan habes woh! Sependa sehelai seringgit dan baju dalam sehelai RM6.oo lantas memebli 2 helai dan berdoa,'tolong jangan putus la masa I lari2 ok? Plz plz plz'.

Yang paling drama, masa nak bayar I tolak-tolak Sarah pergi setel. Haha. Tetiba segan pasal pakai spek mata Armani tetapi bra hanya beli di Sakan. Tapi ko peduli apa? Lawa per corak dia? Sepsi lagi. Nah tengok ni kalau tak percaya! *Lantas angkat baju. Haha.

Pout baby pout. *Didepan kedai Sakan yang dibanggakan bersama Ira bercamwhore bagai while Sarah isi borang cabutan bertuah sambil bertanya, 'bang, kalau menang nanti call kan?' Haha. Ada hati lagi tu nak menang bra dekat Sakan!

Sampai dekat hotel, Sarah ajak main berlakon-berlakon konon dia baru lepas kena noda (la-sangat) Kitorang dari HQ(KL) dapat tempat menginap dekat Bukit Gambang Waterpark. Yang dari kilang pula menginap dekat UMP jer (University Malaysia Pahang) Sian kan?

Jumaat malam, I masuk badminton. Beregu dengan Izzi yang kalah tak agak-agak. Main 2 set yg 2 2 set dapat point bawah dari 10. Haha. Tapi I enjoy jer. Lantak ah. Mana nak lawan dengan kakak-kakak kerja kilang getah yang angkat barrel 12kilo dengan sebelah tangan sahaja. Sah-sah jenis smash dekat dahi sampai bocor kepala. Tak merangkak pulak aku nak ambik bola tu. Semua gaya ada, tangkap ayam, kejar itik malahan juga dikir barat.

Esok pagi lepas perbarisan yang menyumbang kepada 70% kegelapan kulit kerana berdiri di tengah panas, I main netball. Macam biasa, baju mesti taknak kalah. Tu tengok tu, siap pakai skirt bagai bajet omel. Omel la sangat sampai nampak perut senyum (bahasa kasar - perut boroi) Kalah game takper taw? BAJU TU YANG TAK BOLEH KALAH. Kata dari HQ? Mesti kena outstanding semua. Haha. Belagak nyer!!!! Petir sabung menyabung.

Group photo selepas kalah. YES!

Malam tu ada pertandingan karaoke pulak. Limited to Committee dan jugak manager-manager kilang sahaja. Dah bear in my mind. 'Aku mesti menang karaoke malam ni - MESTI'. Skali......... time menyanyi ketar. Muahahahaha. Padan muka! Lantas dapat number 4. Judge ialah boss sendiri yang time aku nyanyi tunduk pandang kertas and time orang lain nyanyi bukan main dia sokong tepuk tangan. Setelah disiasat, rupanya dia segan tengok I nyanyi. Haha. Omel la boss I.

Gee & Syira nyanyi jugak malam ni. Awwww.. So sweet of them. Malu-malu nyanyi atas pentas. Nasib baik dapat saguhati jugak. Maka kiter setaraf. *Naseb baik kan korang kalah jugak. Haha.

And esok paginya, acara terakhir. I masuk acara 4x100. Dari 8 penyertaan, kitorang dapat number 4. Tapi hadiah kata number 3. Taktau la napa. Rasanya masa lari sungguh-sungguh haritu yang boss I omel bawak air sirap dalam gelas nak bagi secretary dia dekat garisan penamat tu, I dapat number 4. Ah lantak la. Sama jerk. Janji dapat hadiah.

Nampaknya tahun ni memang tak menjadik la. SEMUA ACARA KALAH KOT??? Setiap kali I kalah, I akan text Saz, 'U... I kalah lagi..' Pastu dia reply, 'Hahahahahahahahahaha'. Cis! Bukan nak kasik I kata semangat. Digelakkan kiter lagi.

Tak boleh nak under estimate kakak-kakak dari kilang ni. Dorang sah-sah la berstamina tinggi compared dengan kami yang dekat HQ ni yang kerja dalam aircond bagai. Jadik manja. Lari sikit dah penat. I aritu sipi-sipi nak pura-pura pengsan untuk cover malu. Naseb baik dapat number 4. Kalau dapat number last, memang aku buat drama dekat trek tu. Haha.

-EnD-

6 comments:

theblabber said...

lawak ar maksue!! nasib baik ada kedai SAKAN, kalau tak?

p/s: now ni dah putih tak? hahaha

Chooyaya! said...

kalau tak aku lari tak pakai bra la.. haha

aliaaroslan said...

kagumnya siap masuk lagi 4x100m lagi.

Anonymous said...

nyah...nko memang lawak la...akak rasa nak cubit2 je...kak mas yp

Chooyaya! said...

aliaa : takyah kagum sangat. lari bukan laju pon. hehe

kak mas : kak mas nak cubit pasal geram pasal tembam kan?

Chooyaya! said...

aliaa : takyah kagum sangat. lari bukan laju pon. hehe

kak mas : kak mas nak cubit pasal geram pasal tembam kan?