Friday, May 6, 2011

Soping, Makan & Gembira

Wah... Gigih I update sampai lima entry malam ni yang akan di auto publish every 2 days.. Bahaha. Bajet kalau I tak update blog, maka semua orang akan rindu. Ada ker? Ker tak? Tak ke?

Badan ni ha, tak usah cakap la.. Lunyai habes. 2 bulan ni, I memang sangat seliyes berlatih netball dan jugak badminton. (padahal badminton baru la malam tadi je pon yang main), saja nak poyo-poyo cerita macam hebat. Haha. Semua orang dah kena tipu. Wek wek!

I training ni untuk sukan badan berkanun dan jugak untuk company I punya sukan. Bajet star, semua aku nak masuk. Netball, badminton, marathon, big walk, malahan 4x100 jugak. Kompiden tak hengat!

Esok, (Sabtu, 7 Mei) I akan ke Terengganu untuk seminggu. Sukan badan berkanun dekat sana. Harapan untuk menang? Sangat suram. Tapi kerana seronok berjalan dan bersukan, menang kalah bukan ukuran *ini ayat biasa la bagi yang redha dengan kekalan.

Oh. Padahal nak cerita pasal outing dengan Mira, Hani, Kid & Saz Ahad lepas dekat Pavilion. Tujuan utama I, untuk beli seluar baru. Maklumla seluar lama dah kecut, maka harus mencarik yang baru. So, I dapat 4 helai. Salahkan Mira untuk itu. Satu aku pakai omel, 2 omel, bahkan 6 helai juga semua omel.

Jenis manusia pantang dipuji, maka mengambil semua tanpa rasa bersalah. Btw, sapa yang percaya seluar I kecut tu namanya sangat budus naif. Mana ada seluar kecut... Padahal peha dan pungkok sudah kegemukan, lagi mahu menyalahkan seluar yang konon kecut. Phui !

Mira kan, rambut dia sejenis megik. Tidak membuat apapa masih jugak selepas mandi dan bila bangun tidur seperti sudah di blow dekat salon rambut. Berbeza dengan tuan hamba, bangun juga seperti singa adanya. Pastu ngamuk-ngamuk bila pandang cermin lantas berangan kalau dah kaya, nak suntik rambut supaya cantik senantiasa. Persoalannya ada ke kaedah suntik rambut tu?

Hani pula I menjelesi kerana mengapa pakai apa sahaja akan elok rupanya. Hatta memakai baju 3 lapis *seperti didalam gambar masih jugak nampak omel. Terai aku pakai nengok???? Mungkin dah jadik macam guni beras. Sukan konon gigih la, padahal gemok tidak jugak menunjukkan mahu hilang.

Masa ni kitorang nak tengok bola, Man U vs Arsenal. Kami mengambil risiko kerana memilih tengok dekat TgiF yag terkenal dengan port Man U. NASEB BAIK LA ARSENAL MENANG woh! Kelihatan Kidd didalam gambar ketawa pasal Sazli dah pecah lubang I sebut nama player bola salah. Contoh : Adebayor I sebut as Adebelayor dan jugak Pique *sebutan PK, I sebut as Piku. Tak termasuk perbualan konfiden konon tahu pasal bola sampai I kata goal keeper Man U ialah Ryan Giggs. I hebat. Haha

Tidak sah kalau tidak makan. Kan? Saz, Kidd & Hani pilih makan burger jerk. On top beef & bacon burger, Tennessee burger Hani order and Kidd order Barbecue burger. Semua rasa macam sama jerk. Eleh. *Motip nak dengki dengan burger orang?

Mira sangat merendah diri dengan hanya mengorder Mac & Cheese dan yang paling hebat pemakanannya ialah diri ini sendiri. I order Shrimp & Chicken Tennessee. I suka giler babeng nak mampos dengan Tennessee sauce ni. Korang patut order ni next time. Ingat.

I balik dengan hati yang gembira, Dah la seluar dapat 4, makan juga enak dan yang paling best, result bola semestinya. Dah. Mati la lepas ni blog I kena ban dengan Man U fan. Haha. Tak takot pon. *carik pasal.

-EnD-

4 comments:

Azilla said...

hi kakak cantek! (kakak ke?)...hihi...just followed ur blog...free2 sile jenguk blog sy ye!

http://angelazilla.blogspot.com/

Chooyaya! said...

hi adik! tq tq.. nanti akak(ke?) singgah kesana eh?

wana said...

X ajak. Bye!

Chooyaya! said...

eh.. ajak la.. masa ni kan ko demam. dok umah. taknak keluar pasal ko call apis, apis tak jawab. haaaaa