Wednesday, July 27, 2011

Edisi Makan Kembali Lagi !

Pagi-pagi lagi dah update pasal makan. Bukan apa, ni untuk kesenangan nkorang jugak. Kot kalau ada craving apapa dekat sini kan, boleh berdesup carik dekat estoran-estoran yang berhampiran. Kalau ada la. Kalau takder, padan muka diucapkan. Muahaha.

Macam I, ada sehari dalam last week, dah craving tahap asbestos dan mengkarong oren tahap tak boleh dimaafkan lagi. Dari pagi menggelupur tengok orang buat pavlova dekat utube, google gambar pavlova sambil bola mata membesar. Pendek kata, memandang pavlova dengan pandangan penuh kasih sayang lah seperti doraemon memandang nobita diwaktu nobita didalam kesusahan.

Maka, dalam pukul 3, dah tak menahan.. Terus I pergi ke Alexis GE Mall. Naseb baik dekat dengan office. Pheww. Kat sini pon naseb-naseb jerk. Pasal kadang-kadang ada pavlova, mekadang takde.

Nah ambek kau! Sebijik Pavlova di Alexis! Ni kalau dapat makan sorang-sorang ni, pergh! Sorga tingkat paling atas.

Maka, terus tapau tiga. Harga satu slice termasuk tax dalam RM16++. Maksima suapan ialah 5 kali je. Pastu habes. Menitis air mata pasal tak puas makan.

Kasik close up sikit untuk carik pasal.

I dapat satu idea untuk memaksa Huda buat pavlova jugak memandangkan pavlova yang ada dipasaran tersangat la mahal kan? Sebijik je dalam RM160.00, one slice buat celah taik gigi je dah RM16.00++, so I buat muka kesian dekat huda. Huda, please buat pavlova please. Ada ramai orang suka makan pavlova tapi fikir 2 3 kali untuk beli pasal macam mahal sikit.

Padahal ramai orang tu ialah I jerk :D Haha

So, Huda come out with this! Mini Pavlova. Harga sebijik RM10.00, tapi kalau nak tambah Blueberry additional RM2.00. No wonder la pavlova ni mahal pasal buah-buahan seperi raspberry, strawberry dan jugak blueberry memang mahal. Tapi kalau nak murah, bubuh la pisang ke apa. Tapi nak ke ko makan? Taknak kan?

So, kalau ada sesaper yang nak order. Sila jengok ke FB Huda. Kalau area Lembah Klang takder delivery charge. Dah la sedap nak mampos! Memang carik pasal la dengan I kan?

The other day, I pergi makan dekat Delicious dengan Sara & Ira. Padahal dah kekenyangan makan heavy breakfast tetapi kerana tidak dapat mengawal nafsu terhadap spaghetti carbonara banjir disini, maka I tewas. Yes. I tewas dalam pelukannya... *air embun menitis dari daun. Eh. Tu effect kalau lost virgin. Haha.

Pan Seared Miso Cod on Asparagus & Mange Tout Salad Tossed In Miso Dressing atau Kebun Sayur la kalau dalam bahasa melayu/Lauk Kambing bak kata Sara. Gila bapak panjang nama. Dah la buruk sungguh nama Mange Tout. Boo...!! Kalau orang melayu kata, kacang pari. Senang. Mana ntah rupa macam pari pon aku tak tau.

Cambiaso, mokcik akan order Spaghetti Carbonara Banjir. Ye. Memang masa I order, I kata banjir. Sama jugak macam order dekat kedai mamak je kan? Haha.

Dah, sekian cerita makan-makan. Ni last kopek ni sebelum puasa. So kalau ada yang keteringinan ke apa, lekas la berlari-lari anak mencarik semua foods yang menggoda sanubari ni yer?

*Baru tenang nak buat kerja lepas tengok makanan. Haha. Buruk perangai.

-EnD-

4 comments:

aishah jamrek said...

pagi2 ni...aduhhhh

Naddy said...

wow..ce citer sket cane rasa pavlova ni?iras2 ape?hmmm saya pose hari ni...so tq la kn buat sy hampir buk pose..hahaah kbai =p

Anonymous said...

cik su sjer tau bt terliur....
xpe....dh taget nk bt sndr pavlova...

Mimy Hamid said...

pavlova alexis sgt terbaekkk ...layannnnn