Friday, July 22, 2011

K.u.a.n.t.a.n

Hoi! Selamat bersiaran kembali setelah sekian lama tidak bersua muka. Maafkan I pasal terlalu bizi menyelamatkan dunia. Hello? Takkan la lupa kerja part time I sebagai Ultraman? Kan I kena pastikan dunia sentiasa aman damai? Tu yang bizi sangat ni. Pfft.

Baiklah, tanpa membuang masa dengan sembang kosong I yang merepek, marilah kiter bersama-sama menyaksikan gambar-gambar I sepanjang I berada di Kuantan dalam 2 minggu lepas. Eh... 3 minggu lepas kot? Eh? Ntah. Doesnt matter. Yang penting bulan 7.

I pergi dengan housemate I, Kidd+Hani, Rish+Fruz, Zareef, Acap, Pa'an, Eddie, Mon, Kale, Aliah+Khatig, Boy+Ilya, Asma+Go.. Eh. Gigih aku nak tulis semua nama dekat sini. Haha. Kitorang pergi sana pasal Adik Azrul kawen and macam kononnya ada small gathering la. Kali ni kiter buat dekat Kuantan. Pastu kan kan kan, kiter semua nak celebrate besday budak domok si Hadry jugak. Pipi kembung giler rasa macam nak kunyah. Grrr.

Dari kiri - Lawyer, Engineer, Pembancuh Kopi yang taknak kalah pakai spek mata hitam tsssk tsssk T_T & Doctor - Sajer carik pasal dengan Rish tulis caption macam ni pasal nanti I suka tengok mata dia bekaca-kaca pasal tak sampai hati dengan I yang hanya seorang pembancuh kopi di opis. Haha. Omel jer Rish nak sedih. I cool jerk. *lantas pakai spek mata macam Horatio dalam CSI Miami.

Rish kan dia jeles I amek gambar dengan Aidil Zafuan.

Lantas dia juga mahu bergambar bersama, malangnya ada parasit menganggu di belakang. Padan muka. Haha

Eh. Cuba google and taip Suju. Hampir sama la dengan yang ni. Kan ke dalam Suju jugak ada yang demok-demok omel macam yang pakai baju melayu tu kan kan? Ok. Ni kira Suju Malaysia ke apa ni? Eddie posing memang tak menahan. Rasa nak lempang jer.

Eddie, apa yang tonggeng-tonggeng tu? Kale dibelakang kelihatan geram sahaja. Ishk Ishk.

Petang lepas check in dekat Tembeling Beach Resort (Apartment yang luas dengan 3 bilik) Kitorang pergi Teluk Cempedak. Boys macam gian nak kick the ball. Sila perhatikan badan masing-masing yang I tak sampai hati nak komen, (especially housemate I) Berketak oi ! *La sangat kan?

While we ladies berangan konon hot babe dalam cerita Baywatch. I cop nak jadik Pamela Anderson except for nasik lemak I ala-ala manja sahaja and jenis gemok jugak la. Haha. Sian aku.

Malam kiter semua makan dekat Tanjung Lumpur. Makan dengan gembira seperti di hari raya pasal Abah Hadry *Besday boy belanja makan. Semua ada, ko sebut jerk. Sotong, udang, ketam, ikan, kerang, lala. Pendek kata semua la ada. Katak goreng jer yang takde. Orang kata katak tu rasa macam ayam eh?

Lepas tu terus ke Coffee Streat Kuantan untuk acara lepak-lepak berbual kosong dan bermesra-mesra. Pastu bila tepat 12.00 malam, bebudak ni bawak keluar cake untuk Hadry! Surprise....!!!! Mesti dia tak expect kitorang nak surprise dia, lantas dia tears. Eh tak. Dia tak tears pon. Cuma dia terkejut sikit je. Happy birthday Hadry! Lekas-lekas kawen!

Setelah mata dah koyak and memasing penat, kiter semua pon balik ke apartment di Tembeling Beach resort. (Gambar apartment tu google sendirik, jangan nak malas sangat). Kami semua juga sama seperti burung pulang ke sangkar. They choose not to sewa 2 3 bijik apartment pasal katanya nak bermesra-mesra. So all the boys tido bergelimpangan macam rakyat PATI dekat hall while we ge-gurl semua tido dalam master bedroom yang besar nak mampos.

Rish sorang jer yang tido dekat lantai pasal saper suruh dia tido bising gigit-gigit gigi kan? Haha. Sian Rish.

We had a great time! Seronok! Dah lama tak berkumpul-kumpul beramai-ramai macam ni.. Lain kali boleh repeat... Thanx to Azrul & Hadry pasal melayan kami dengan baik. Takder apa pun yang kurang, kecuali ko la Azrul salah masukkan password dalam screensaver I masa nak ambik gambar dekat pool sampai dia wipe semua data. Grrrr...

U owe me Sushi for that. Jangan ingat I lupa walaupun I tak ungkit. Haha.

-EnD-

No comments: