Setelah sekian lama balik dari Sabah, (sekian lama itu ialah hampir sebulan setengah). Baru la hari ni I ada kelapangan masa untuk update trip I dengan rumet, Intan, Mie & Apis ke Sabah dari 22-25 Mei lepas. 4 hari 3 malam jer pon.
Tapi I rasa puas. Dapat makan yang sedap-sedap *makan tu agenda yang paling penting, dapat pergi ke Kundasang yang sejut dan jugak dapat menghitamkan badan dekat pulau-pulau feeling macam Mat Saleh nak tan kan badan la kononnya. Pui!
Tu nanti I citer eh? Kejap-kejap. Berani korang tengok gambar and scroll ke bawah jerk eh? Susah-susah I masukkan gambar and karang ayat ni. Alip lam lam ha. Tulis guna jari dekat dekat dada. Jangan main tipu. *cekak pinggang dekat dada.
Aktiviti dalam flight yang mengambil masa selama 2 jam setengah itu dipenuhi dengan acara makan dan tidur. Yes!
GTP (Gemok tapi kompiden)
Intan yang WOW
Intan yang WOW
Sampai dekat KK sedang elok waktu lunch. Kitorang sewa kereta 2 hari. Pasal nak pergi ke Kundasang sekali. Nak sewa kereta Avanza, tapi dapat Innova dengan harga RM250 sehari. Ni number telefon Abang Kereta Sewa Di Sabah kalau ada sapa-sapa yang nak berurusan dengan dia. 016-8470945. Nama dia sapa? Entah. I save nama dia dalam henpon pon Abang Kereta Sewa Sabah. Haha.
Lunch dekat KK. Kedai makan yang lauknya macam kena selera dengan orang semenanjung. Masa dekat sini, selalu perasan foreigner and konon macham pelancong dari negara luar padahal Sabah jek pun! Haha. Ala. Kasik can la...
Lunch dekat KK. Kedai makan yang lauknya macam kena selera dengan orang semenanjung. Masa dekat sini, selalu perasan foreigner and konon macham pelancong dari negara luar padahal Sabah jek pun! Haha. Ala. Kasik can la...
Lepas makan, Anis (kawan kitorang budak Kajang yang kerja Navy dekat Sabah) bawak terus ke Kundasang. Perjalanan memakan masa lebih kurang dalam sejam lebih la. Kitorang naik Innova and dia satu kereta dengan tunang dia nama Mimi, Fatah & Julie naik satu kereta yang lain. Eh. gigih aku nak bagitau semua secara detail kan?
Berenti dulu dekat kaki bukit Kundasang layan perasaan excited pasal dah rasa sejuk gigil sipi-sipi dah masa kat sini. Best sangat! Nak pulak hujan renyai-renyai ayam. Lagi la feeling. Yes! Malam ni boleh buat baby. Haha. Kitorang berenti makan sup and nenas sabah yang manes nak mampos.
Perjalanan diteruskan ke puncak Kundasang dan kami semua menikmati keindahan alam semula jadi serta bukit bukau dikiri kanan jalan, ciptaan Yang Maha Esa dalam cuaca yang sejuk sambil menginsafi diri, betapa kerdilnya aku di bumi tuhan ini. (Poyo kan?)
Stay semalaman dekat Banglow TM Resort. Atas bukit. So, bila duduk dekat balconi, nampak gunung Kinabalu kabus-kabus jerk. Boleh la feeling-feeling konon macam dekat oversea pasal bila cakap, keluar asap dekat mulut. Best. Eh, saper yang sidai towel senget-senget tu? Ni mesti Intan ni.
Pemandangan dari balconi. Pagi tu, Saz dengan Apis bangun pukul 5.30am pasal nak tengok orang mendaki Gunung Kinabalu dari sini. Yang nampak sipi-sipi tu, tu la sebahagian dari Gunung Kinabalu. Camera canggih macam I punya ni, mana la boleh nak zoom-zoom sangat kan? Orang tu tak nampak la, tapi nampak cahaya lampu suluh yang dorang guna. I? Membuta lagi best. Dah la sejuk-sejuk ni.
Mini garden dekat depan banglo. Omel dan simple.
Lepas check in and cop bilik, kitorang bergerak ke kaki Gunung Kinabalu. Nama tempat tu, Kinabalu Park. Masa ni kabus memang tebal giler. Sejuk sangat. Tapi I selamba pakai short pants. Terima kasih kepada lemak-lemak dibadan untuk pemanasan yang optima.
Kalau rajin, boleh parking kereta dekat bawah, and jalan guna walkway untuk naik keatas. Dekat resort and restoran. Kitorang? Naik kereta jerk sampai ke atas. Dasar pemalas!
Mimi, Anis, Julie & Apis masa dekat Resort di kaki bukit. Kitorang tak naik sampai dekat starting point untuk panjat gunung pon. Esok jerk la. Kitorang lepak dekat bawah jerk. Pasal baru lepas hujan, jalan licin dan berkabus. Boleh membahayakan kesihatan. Ishk Ishk.
So, ber 'cam whore' la kitorang dekat sini. Memperkenalkan.. Jeng jeng jeng!!! Rakan sebilik I....!!! Ceh. Macam tak kenal jer kan?
Tinggi I? 162 cm. Berat? Rahsia. Tinggi suami? 5'10. Berat? 84kg.
Bila kabus dah makin teruk, lantas perut pon mula berasa lapar. So, Anis bawak kitorang makan dekat area-area sini jugak. Makan mee hoon sup! Eh. Mee dekat sini pelik la. Dia mee hoon, sepatutnya dia kurus-kurus, tapi disini, mee nya gemok-gemok pulak. Ni nak perli aku ker apa ni?
Makan mee hoon sup panas yang lazat, sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, nampak pulak Gunung Kinabalu. Pergh! Tanpa disedari habes 2 mangkok. Nikmatnya hidup... *ko kalau pasal makan, nikmat manjang!
Tebalnya kabus.... Sejuk jerk.. Yes! Alasan untuk taknak mandi nampaknya berjaya.
Semua ada, kecuali Saz. Dekat depan restoran mee hoon sup gemok tu.
Lepas makan, kitorang balik ke hotel. Aktiviti malam dekat Kundasang ni takder apapa pon. Facilities tidak la hebat macam dekat Cameron Highland. Tapi yang penting, dapat menikmati keindahan alam semula jadi (amek hati). I pulak, terpaksa buat summary board paper pasal kena email pada boss sebelum esok pagi. Bercuti tapi bekerja. Bladihel.
Guys keluar pasal nak carik makanan. Walaupun baru jer makan petang tadi, masih lagi lapar. bersahabat dengan Jin ker apa?
Esok pagi, lepas breakfast, kitorang melawat tempat jual sayur dekat sini. Wah. Melawat tu. Tak menahan. Macam YB plak rasa. Kata Apis, kedai jual sayur ni francais. Pasal semua kedai pon menjual sayur yang sama jerk.
Intan berkira-kira untuk membeli bunga. Yang akhirnya tak jadik. Pasal tak murah macam dekat Cameron Highland. Tanam sendiri la Intan kalo nak murah. Haha.
Ini budak tidak mandi pagi. Bangun tido. Sarapan. Pastu berjalan. Hesh! Tu la. Saper suruh Kundasang sejuk sangat kan? I takot kena kancing gigi (alasan)
Apa barang pegang sejambak bunga. Nah, ambek ni! Sebaldi lagi best!
Lepas mandi and check out dari banglo. Kitorang terus ke Kinabalu Park lagi sekali. Kali ni bawak kereta sampai ke starting point untuk panjat Gunung Kinabalu. Sumpah pemandangan dikiri kanan jalan memang cantik sangat. I rasa macam berada di hutan dalam filem Twilight jerk.
Anis dah balik semalam. Dia kata, suruh kirim salam dekat Puteri Gunung Kinabalu. Eh? Ada ker? Bukan Gunung Ledang jer ke yang ada Puteri? Jangan nak kasik aku kompius boleh tak?
Dari sini, kita boleh nampak orang mula start mendaki. Tupai pon ramai banyak sangat. Langsung tak takot dengan orang. Biadap pon ada jugak. Cekedis yang I standby di tangan untuk ngap pon, mereka berani merampas. Ini yang aku tak menyukainyer pun....!!
Lepas turun dari Kinabalu Park, kitorang terus ke Kota Kinabalu. Kitorang stay dekat King Park Hotel. Selesa dan murah. Lepas check in, kitorang makan dekat tepi laut. Nama tempat? Ntah. Lupa. Sebelum tu, I menyoping serba sedikit barang cenderamata untuk kengkawan dekat Pasar Filiphine. Takder la best sangat pon.
Tapi...!! Yang paling best dekat Sabah bagi I ialah ni ha. Sabah Veggie. Sedap nak mampos! Orang semenanjung panggil sayur ni, pucuk manis. Dekat Semenanjung, dorang makan daun yang dah tua. Tapi dekat Sabah ni, dorang ambik yang pucuk-pucuk muda. Sumpah sedap! (Pucuk muda mana yang tak sedap. hehe) Jangan lupa cuba sayur ni kalau berkunjung ke Sabah taw?
Kitorang jumpa dengan Zack masa dekat KK. Zack kerja Petronas dekat sini. Teruja pulak bila jumpa dengan kawan-kawan time keluar dari KL. Rasa macam serunut sangat. Eh. Behave Su.
Dah. Sekian cerita untuk Day 1 and Day 2. Nanti lain-lain masa, I update pulak aktiviti kitorang ke pulau. Ishk. Tertekan pulak rasa nak update-update entry jalan-jalan ni. Haha. Padan muka. Tu la. Saper suruh peramah sangat berjanji nak cerita kan?
Pastu, asyik-asyik gambar I dengan Intan. Macam I dengan Intan jer yang bercuti kat sini. Yang lain takder. Haha. Actually, gambar lain banyak pada Apis pasal dia bawak camera best. Tapi sampai sekarang pun tak masukkan lagi dalam FB. Sudahnya nampak macam I dengan Intan jer dekat sini pasal semua gambar ni dari camera cikai I and BB I.
Ah. Lantak la. Malas nak Fikir.
-EnD-
6 comments:
miamor, anda mmg seorg yang super gigih..sebab itu sy mmg menyukainya pun membaca belog ini..
uhuk..uhuk.. ni part 1 ni.. aku baca tak tinggal sebaris ayat pon! panjang woh!! gigih dirimu.
eh eh.. itu ari kan..(dah lama bebulan juga) nampak intan kat jj setiawangsa bersama seorang lelaki yg aku tak kenali (ala..macam la intan itu aku kenali pon).. nak ckp kat dia 'kirim salam kat chooyaya.." tapi aku khuatir dia pandang muka aku seraya berkata ' lu sapa?' teros aku malu!! tak jadik kem salam kat ko.
tiba2 ckp pasal intan..
ok..bye..
syira : miamor, ko pon tau kan yang aku mmg gigih walau dalam keadaan apa sekalipun kan? athoi !
fida : memang. gigih kan aku? simpati tak? ntah2 orang baca sebelah mata jerk. haha. jj setiawangsa? apa ko buat kat situ? tu tempat melepakkan diri aku waktu lunch. ko ada nampak tak lelaki tidak dikenali tu dalam ni? kalau takder, sah2 intan ni player. wah. sumpah aku tak puas hati. pehal plak blog aku yg tulis dia yg terkenal ni? intan siap kata, 'kaksu, intan dah jadik celebrity ker?' rasa mcm nak lempang. heh!
Fida Ghazi: saya tidak mengenali anda dan anda tidak mengenali saya..tetapi ada extra kat situ..anda mengenali saya melalui blog dia..wah..lets friends(berjabat tangan)...ngee ngee... Masa kak su tunjuk kat Intan pasal komen Fida tu terus intan malu malu...tak sangka di kenali.. credit tu Kak su kerana ada juga org kenal Intan...
Bye Fida..Bye kak su... Watdehel kan...rasa macam ada sumdemnnn...Fida ce sebut perkataan ni SUMDEMNNnnnn (n yang kecil tu haluskan...)
tq
su: weh..aku baca habis tau.. tekebil2 mata aku bacanya!
lelaki tu kan..aku tak cam muka..tapi dia macam kurus2 tinggi. walaupun masa tu diorang tgh duduk.. hehe.. tapi masa tu muka masing2 nampak serius..tu yg aku tumpang lalu sambil curi2 pandang je tuh.
jj setiawangsa tu.. hmm.. tempat aku main air pancut (fountain heh).. hehe.. kekadang lunch hour hari jumaat aku ke sana. umah metua aku blakang tu je.. (motip bgtao?) aaaa..nanti raya datanglah umah metua aku. haha.
intan,
mari..mari berjabat tangan.
cuba kira balik dah bape puluh gambo intan ada dlm blog kak su tu? sampai cam okeh!!
sumdemnnn.. sumdemnnn.. sumdemnnn..dah 6 kali sebut..tak tau betul ke tak kolkolah dan mahrajnya.
Fida: ohh kita org tgh serius sbb bincang pasal JJ Aeon ni, macam mana nak tambahkan air pancut yang tak berapa nak memancut tu.ngee ngee.. tapi Fida sumdeeemmnnn tu baru 3 kali..kata 6..haishhh.. sebut betol betol tau SAMMDEEEMMNNnn ( n yang kecil tu haluskan, kiranya n tu kat hujung lidah)
Post a Comment