Thursday, August 18, 2011

Girl just wanna have fun... Oooo girl just wanna have fun!

Pada satu hari yang gembira... Wana ajak I pergi makan Sushi. Dia mengajak I makan Sushi kerana dia seorang yang kaya lagi budiman. (Pasal dia yang belanja kan? Kena la bagi puji-pujian macam ni) Hahaha.

Tapi dia kata, 'Korang jangan makan banyak-banyak aku ada seratus jer' Alolololo, tak sampai hati pulak nak pau Wana. Tak sampai hati sekejap jer la tapi. Lepas tu I gembira jer. Gembira orang bekerja yang pau orang tak bekerja. Melampau kan? Jangan dicontohi sikap ini.

So, I Wana dan Mira yang masa itu dia kata ada 20 RM sahaja pun berdinner bersama-sama di Sushi King Ampang. Mula-mula Mira taknak pergi, kata dia 'Maksu, Mira ada RM20 jerk'. Pastu I kata, 'Takper Mira, Mira makan yang plate kaler hina macam kaler hijau jer... Jangan ambik plate merah'. Lepas tu Mira pon macam mengada-ngada tanak jugak. Lantas I berkata.

'Mira, this is not about money, this is friendship'. Pastu Mira pon ON. Tapi tak habes disitu yer? Mira kata, 'Maksu, apa kata kalau Maksu belanja Mira'. Pastu I balas, 'Ewah, gaji ko lagi banyak kot dari aku kot? (Mira PTD tau? Pegawai Takbir Diplomatik, pakai kereta swift biru, single, cantik dan availale' P/s:Yang bold tu, Mira yang suruh tulis. Haha.

Pastu Mira memulangkan paku buah keras, 'Maksu, this is not about salary, this is friendship'. Cis! Aku pulak yang terkena balik. Lawan tauke nampak Mira?

Kata Wana, 'Nayang, pakai cantik-cantik tau? Kiter deting'. Ye la. Nak cantik macam mana lagi dah mekalau muka macam ni? Kaki jugak kadang-kadang macam anak gajah. Baiklah. I pakai dress la jugak walaupun Sushi King Ampang ke rumah boleh jalan kaki jerk pun.

Mestila gembira bila makan sushi free kan?

Tengok depan Wana, meriah kan? Depan Mira ada kicap jer. Haha. Sian. Dah la Mira pon muka kesian jer. Macam nak lempang. Pandai sungguh berdrama ada RM20 jerk la yada yada padahal lepas tu belanja eskrem Tutti Fruiti sampai RM40. Hesh!

Tips membuat muka nampak kurus. Muncungkan mulut ketika amek gambar. Woof woof!

Wana & Mira. Kesayangan. 2 2 muka tak mandi. Mira kata dia mandi tapi?

Lepas makan, Wana ajak karaoke. Wah! Macam esok tak kerja pulak kan? Kitorang ON je. Pergi karaoke paling murah yang kitorang tau. Superstar Karaoke Wangsa Walk. Pon boleh! I tanya Mira, kompem ke murah pasal I nak belanja. (Tu pun berkira kan?) Mira kata murah. Sejam RM18.00, ok set! Sekali bila nak bayar kena RM48. Bladihel. Patut la dapat burger bagai. Haha.

The tembam's is back! Woot woot!

Muka Mira nampaknya bersungguh betul ya pada masa ni? Apa la yang penuh emosi sangat tu. Gaya ada, suara macam tak berapa keluar. Kuat lagi suara aku yang nyanyi tak pakai mic ni. Bak kata I, 'Mira time jadik emcee, time bercakap suara sedap giler, tapi time nyanyi buruk jugak Maksu dengar'. Mira balas, 'Tu la tu, aku pun tak paham kenapa'. Haha.

Owh. Btw, gambar ni diambil a moment after kena tegur dengan orang kerja karaoke tu. Dia tak kasik berdiri atas kerusi. Eleh. Kerek jerk. Dah la mahal. Dah la mic buruk wayar nak tercabut. Berdiri atas kerusi nak perasan buat konsert pun kena tegur. Ingat ni sekolah ker? Pui!

Aku tidak sudi melihat dia lagi... Walau dalam mimpi pun tidak kuingini... Ewah! Ni patah hati sungguh punya lagi ni. Ini lagu I tujukan khas untuk Khairul Fahmi Che Mat dengan kata-kata, 'Ku tunggu jandamu'. Eh?

Kata Mira, 'Maksu, kenapa muka Mira warna coklat sangat ni'. Lantas demi menjaga hati Mira I pon berkata, 'Mira, tu warna hot chocolate tu. Kan ke sedap?' Taktau la apa kena mengena dengan warna coklat dan jugak hot chocolate. It just came out from my mouth like, 'Puffff!!! Gandum bertukar menjadik coklat! **Dalam iklan choco crunch. Ha.....

Lepas karaoke, kitorang pergi makan Tutti Fruitti pulak. Yang gambar bawah ni, Mira la yang belanja. 2 tong kitorang ambik. Letak buah banyak-banyak supaya berat dan supaya Mira kena bayar sama banyak macam karaoke. Nak jugak tu busuk hati. Haha.

Dekat pukul 1.00am baru balik. Melampau jugak aku rasa. Macam tak payah nak kerja jerk esok. Sometime, unplanned thing macam ni la yang akan buat sesuatu perkara tu menjadik lebih gembira...

........................................................

Dah apa yang aku merepek ni saiton???

-EnD-

6 comments:

wana said...

Wah ayat sungguh budiman btul. Bajet aku nk banje lg ke? Hahahaha. Ha bilenye nk banje aku berbuka ni. Amboi amboi amboi.

Eh eh aku mcm knl je tajuk entry ni. Hehehe.

Dh pehal pepg aku bkk blog ko? Oh rindu rupenye. Ok bye.

ijan said...

Su..ting tong tak datang keje arini? ehehe..gila kentang balik umah 1am on working day! Dahsyaatt...hehe

btw, memang agreed. Unplanned things adalah paling gumbira!

Anonymous said...

aku available bukan availale. tu apekah? hahah

Chooyaya! said...

wana : takyah nak mengada belanja2 la wan.datang umah aku jerk. makan free. ni aku buat sardn air mata makan dengan cekodok, lagi best dari cekodok nailis. dah ko kenapa bangun awal sangat ni? hahahah. stalker aku ker? number dua lepas rish. hahahahah

jan : ha ah, selamba jer. dulu zaman muda remaja lagi rok, balik pkl 4 5 pagi. esok kerja. bebruih je kepala pasal ngantuk

mira / anon : ala, kata pandai. pandai2 la sendiri fikir apa availale tu. haha

qasihara said...

LOL........mcm mengong sbb bila bc kena tahan gelak sbb dalam majelis.....

Chooyaya! said...

Kak q : kakq baca entry ni dalam majlis mana..? jgn bgtau majlis yassin.. no no no kakq.. tamao tamao tamao. *ngada kan?