Wednesday, February 17, 2016

Paintball, Syed & Apai - Republish

Assalamualaikum..

Entry ni i re-publish balik sempena reminiscing back my memory dengan budak-budak Wakdan main paintball back in 2011 dulu. It was fun and kelakar giler. I baca lagi sekali sampai sakit perut ketawa. Apai la bongok! Hahaha. Eh , Syed tak kawen lagi kan? Hahahahaha

Entry pasal Paintball ni, I dedikasikan untuk Apai. Pasal dia dah bising-bising. 'Maksu, bila nak masukkan entry yang kiter main paintball dekat Bukit Cerakah tu? Asyik-asyik keluar citer pasal makan jer. Menyampah pulak'. Lepas tu disambung pulak oleh Apis. 'Entah, mana la tak gemok'. Dan sebagainya lagilah kata-kata yang berunsurkan iri hati pada blog makan I ni.


Semuanya nak dengki dengan I. Dorang lain la. Semua pembuli tahap cencarut kuning/mengkarung oren. Jahat. Suka tau buli I ni. Insan gemok yang lemah. Nanti I citer. Semangat ni!Ni paintball ni dalam bulan lepas. Wana memula semangat waja la nak main, siap taknak tengok game bola WakDan hari Sabtu petang walaupun dia Asst. Manager pasal nak save energy untuk paintball hari Ahad. Sekali esoknya dia demam. Padan muka.


Padan muka jugak ditujukan untuk diri sendiri pasal the only teen ladies yang main dalam geng ni. Kitorang lawan dengan team Hijaz. Bukan Hijaz yang kumpulan nasyid tu. Tak. Dorang tak main paintball. Dorang nyanyi lagu nasyid. Yang ketua kumpulan nama Isman Isam tu, dia abang angkat I semenjak I umur 16 tahun. Eh. Tiba-tiba terperamah pulak. Pastu kan kan, ada sorang anggota dalam team tu, dia kan baca blog ni. Tapi bila I nak amek gambar dia, nak taruk dalam blog. Dia malu pulak. Pui!


Ni geng I. Apai yang paling kanan yang siap pakai one suit konon askar tu. Ha, tu la dia. Hensem kan? (Harap Apai belanja Maksu mask selepas puji-pujian ini). Yang sebelah dia Cipel, Apis, Nor, rumet I & Aserk. Kidd takdak dalam ni. Padan muka. Apa entah dia buat time ni. Konon bizi la nak lap senapang semua. Konon dia ketua la. Padahal dia taktau yang ketua sebenarnya Nor.


Saz dah macam rembo kan? Tidak. Anda jangan tersilap. Wajah rembo tidak beerti dia hebat di medan peperangan. Asyik-asyik mati je. I pulak yang teror tak mati-mati. Mana nak mati. Dari mula sampai habes game asyik duduk belakang pokok tembak angin. Bila peluru dah habes. I duduk diam-diam. Tak kacau orang pon. Tapi Apai dengki, bising-bising suruh reload la apa la. Macam la aku tembak kena pon. Haha.



Mana la team lawan nak takot dengan kiter kalau aku suruh buat muka ganas, Kidd buat muka mintak lempang ni. Dah. Maksu taknak dah geng nkorang lepas game ni. Asyik kalah je. Eh tak. Sebenarnya I bukan taknak geng dorang, dorang yang buat taktau dengan I. Bladihel.

Lepas first game yang 2 2 team pon tak dapat flag tu (kiranya takder saper yang menang la). Dorang semua diskus2 la untuk strategy next game. Sapa nak duduk depan, sapa nak ambush, sapa nak defend, sapa last man semua. Dorang boleh sebut nama semua dalam team kecuali I. Setan betul. Dah tu apa tujuan aku dalam team ni?

Pastu kata Apis, start je game nanti, dorang nak tolak I. Pastu biar I kena tembak bertalu-talu lepas tu baru la dorang move kedepan. Kira I ni macam umpan la. Jahat kan? Terus I nak geng dengan team Hijaz. Mintak maaf, I terpaksa berselingkuh. Padahal dah seminggu I nekad dalam hati, nanti nak tembak Hijaz. Tapi akhirnya I geng dorang pasal team I ada niat nak mempergunakan I.

Saz pon bukan main gembira la bila I masuk team satu lagi. Siot jer. Eleh. I sebenarnya bukan la nak sangat masuk team Hijaz. Tapi I nak team budak-budak anak orang kaya tu. Dorang punya barang semua complete. Senapang motar, bom semua ada (tipu je). Pastu siap dekat beg dia ada tiub tempat minum! I selalu duduk dekat dengan sorang budak tu, dengan harapan dia kasik la air dia sikit. Tapi pelawa pon tak.

Eleh. Tak heran. Aku boleh beli sendirik la!


Tu nampak tak air dalam botol mineral tu. Itu sebenarnya bukan air mineral. Itu air untuk lap senapang. Apa eh bahasa dalam Paintball? Marker ke apa entah. I selamba je minum pasal dahaga. Pasal I dahaga ialah, Saz dengan Apis buli I suruh ambik air dekat atas sana tu. Dekat tempat register. Dah tu suruh ambik ulang-ulang hantar dekat khemah kitorang yang agak jauh lepas tu kena naik turun bukit semua. ITU PASAL LA AKU TAK SUKA KALAU AKU SORANG JE PEMPUAN NANTI KENA BULI.

Dorang kan? Masa waktu lunch selepas second game tu, dorang suruh I duduk khemah jaga beg. Nanti barang hilang. Pastu dorang bersenang lenang makan-makan, berbual-bual dan mengusha aweks dekat cafe sambil berketawa ria bertepuk tampar semua. I kena jaga beg ok? JAGA BEG SORANG-SORANG. Giler la I kena buli. Naseb baik lepas lunch, Wana datang.

Tapi bila Wana datang, I masih kena ambik air, jaga beg ect pasal dorang kata. WANA TIME MAIN PAINTBALL JADIK DAUD. JADIK DIA CONSIDER LELAKI. I SORANG JERK PEREMPUAN KIRANYA. mailto:grrMkhsdfloe@#%21@$%&!!


So, I decide, 3rd game I taknak main. I bagi semua barang-barang I pada Wana. Eh. Daud. Jangan keliru. Wana ialah kadang-kadang menjadik Daud. Buat apa pon I main? I macam hampir tiada fungsi kepada mana-mana kumpulan. Tetapi lebih pada aksesori atau untuk kasik meriah dan bahan ketawa orang sahaja. Pffttt. Tapi gaya tak nak kalah! Tengok la gambar ni!


Naseb baik masa lapang I diisi dengan mengekori marshal yang kacak ni. Syed nama dia. Naseb baik Marshal kacak. Langsung Mira dengan Wani pon sebok-sebok jugak nak ikut masuk hutan. Padahal pakai heels. Ni gambar ni semua Mira yang ambik. Pastu dalam entry ni, satu pon takde muka dia. Haha.

Ah. Lantak la. Mira bukan penting pon. Yang penting marshal. Haha. Tadi dapat ambik gambar dari belakang je. Takper. I tetap posing jugak. Kerana Syed, walaupun dalam gambar ni I nampak macam dulang. I masih mahu juga meletak.

Mira pura-pura baik nak ambik gambar I dengan Wani, padahal fokus dia pada Syed. Tu yang pakai jacket oren dekat belakang tu kan Syed? Mira memang tau? Ada udang disebalik batu. Bukan boleh percaya sangat.

Lepas tu, masa mira diisi dengan ambik gambar Syed secara curi-curi.

Lepas dah habes semua 5 game, time orang tengah kemas-kemas, si Syed datang la berbual-bual dengan budak-budak ni. Pastu kebetulan dia kenal dengan one of kawan Apai/Nor/Wana. Budak Sport Science dekat UitM Shah Alam. I dah lupa la sapa nama budak tu. Let say, nama dia Remy Ishak.

Apai : Oo.. awak ni budak sport science eh? Skali dengan Remy Ishak la?

Syed : Ha ah. Awak kenal ke Remy Ishak?
Apai : Eh, kenal la.. Tu member baik tu
Syed : Kalau kenal Remy Ishak, mesti kenal Syed

(Masa tu kitorang semua taktau nama marshal tu Syed)

Apai : Eh... Apa pulak tak kenal? Saya kenal baik sangat dengan Syed tu.
Syed : Oooo. So kenal la saya?
Apai : ....................
Syed : Saya la Syed
Apai : Oooo bukan. Ni Syed lain.

Hahahahah. Bodoh Apai! Kan dah kantoi. Masa ni semua orang dah pandang masing-masing. Lepas Syed blah, aper lagi... Apai kena bahan la pulak. Padan muka kan? Dari tadi asyik buli aku jer.


Tak payah nak buat muka macho sangat la Apai. Dah la kantoi tadi.



Ni la bebudak anak orang kaya tu. Muka melayu. Tapi cakap omputih berhabuk shreng shreng shreng. Yang tengah tu nama Johan Chia ke apa ntah. Esok dah besar mesti kacak. Mira, Maksu cop dulu. Haha.


Sian Cipel kena tembak dengan Hijaz. Pengajaran. Lepas ni kalau nak main Paintball, pakai baju lengan panjang. Tak payah nak kental sangat pakai short sleeve.


Wana aka Daud. Dapat main paintball dan tengok Syed, terus je Wana sihat sejahtera Malaysia. Siap masa dekat fast ball tu, Wana dapat ambik flag. Yang aku tak puas hati, Si Syed pulak eksaited lebih. Dah Wana. Syed Maksu Mira yang punya. Haha.

Seronok sangat main paintball ni. Sebenarnya apa-apa pun aktiviti yang I buat dengan budak-budak ni semua akan jadik fun. Seronok sangat pasal semua bangang sekor-sekor. What a beautiful friendship we got. Mari semua kiter group hug.

Maksu love u all. *Gaya mak ayam

P/s: Nak tau tak? Nor kan? Dia dah add Syed dalam FB. DAH SEKARANG NI NOR PON NAK BERSAING DENGAN PEREMPUAN-PEREMPUAN UNTUK MENGORAT SYED KAH? Hahahahah.

Nanti lepas raya kitorang nak main paintball lagi. Budak-budak ni semua dah gila beli mask, marker semua. Si Fairuz pon nampaknya eksaited nak join. Tapi kitorang nak main dekat Bukit Cerakah, dia nak main dekat Bukit Jalil. Bahahaha.

-eNd-

8 comments:

Anonymous said...

hahahahaha...peh cite pasal aku buat2 kenal pun kuar..hahahaha...klu syed baca blog ni malu aku..mana nk letak muke klu g bukit cerakah..hahaha...aii cite pasal air liur terjun x cite ke..hahaha..

yg benar,
Apai

Anonymous said...

Haha... Nampak sgt die berdendam ngan ko pai... Cite air terjun kalau kuar, mau tutup blog die nie.. Haha.. Muke dah macam sg.gabai dah.. Maksu, sile kuarkan cite pasal daud bangang.. Haha

Yg benar,
Apis

Ps:bukan fast ball tapi speedball la.. Mesti buat muke xpuas ati tu

qasihara said...

Huahgh hilang mengantuk kak q bc entri ni.....laparrrr nk mkn pavlova.....

Chooyaya! said...

apai : maksu kalau nak boleh je letak nama betol syed tu. biar dia baca and apai kantoi. tp maksu ada belas kasihan. apa air terjun? maksu tak ingat apapa pon pasal air terjun tu semua.

apis : air terjun apa korang ni? hahahah. naseb baik takde yg rakam adegan air terjun. kalau tak, jatuh la reputasi maksu sebagai blogger makanan popular. *perasan. citer pasal daud tu nanti masku masukkan.

apis!!! SPEED BALL KER? ah mampos la. speed ball ke, fast ball ker.. janji kiter sama2 paham. okbye!

Kak Q : Kak Q, kata Huda, Kak Q sangat gorjes... hikhik.

wana said...

Hoiiiiiii! X baik tau mendajali aku. Langsung x mengasihani akunye ponnnnnn. Pommmm! Pommmmmm! Pommmmmm!

Eh asal dialog apai & syed mcm dh berubah? Sesuke je director blog ni wt skrip. Pstu dh knp kengkonon aku x g game WakDan sbb aku simpan energy? Aku mmg demam hoccaayyyyyy???

First time komen pjg2. Dh si Apai ngn Apis pun pjg melaut komen diorg.

Yg benar,
Wana aka Daud.

Chooyaya! said...

wana. kalau nak masukkan semua kisah benar, aku tak boleh la nak carik makan. nampak semua aku yg selenge jer. hahahahha.

P/s: tetiba rasa baru ada org baca blog ni. kalau tak, pasal korang sorang pon takde komen tau?

hana said...

kluar topik jap.sis ni adik bradik ngan irin bersamamu tu ke ape?muke samerrr..hehe

Chooyaya! said...

nur farhana : ni mmg nak kasik kaksu perasan secara maksimum ke apa ni?