Sunday, September 18, 2011

Strawberry gemok & Nora Danish

Hello hello hello? Kopi ke milo? Pinjam ayat Fara each time dia jawab telefon. Mengada jer bunyik kan? Macam nak lempang!

So, dah berapa banyak dah open house yang korang dah pergi? Banyak tak lemak-lemak babat dah terkumpul dalam badan? Semalam jer I pegi 5 open houses. Satu kejayaan bila berjaya tak makan sebutir pun nasik. Yay!

Tapi

Tak berapa nak berjaya jugak la kan kalau each rumah yang I pergi makan satay, mee hoon, soto, laksa etc. Haha. Tak ok kot nak diet bila bulan raya ni. A lots of pretty food that we cant resist. Naseb baik tinggal next week je musim raya. Phewww.. *lap peluh dekat dahi. Kalau tak, mempersempahkan adik Shanie!

Eh Shanie pon dah lose weight since dia buat gastric bypass last time. Mati la. Lepas ni kalau dia kurus, dia kata nak pakai bikini dekat beach. Ko mampu?

Last Thursday, I pergi JJ Setiawangsa and look what I found! A strawberry gemok! Macam caption I dalam FB, Strawberry gemok dan manis. Pastu kan kan kan? Ada yang menyamakan strawberry tersebut dengan I. Cais! Ni memang betol carik pasal ni. Hehe.


Gemok kan? Sedap sangat. Manis. Feel dia macam makan jambu madu jer. Pasal size dia sama. Seriously manis. I ingatkan strawberry Australia tak manis. And ada jugak a few strawberry gemok yang tasteless. But not this one. I suka makan strawberry dengan double cream or plain yogurt + honey, but pasal dah tak mensabar-sabar, dalam kereta dah ngap. Dasar!

1 box ni harga dia RM10.50 kalau tak silap. Ada 5 bijik strawberry. 3 untuk I, 2 untuk Sara. Makan jer. Jangan banyak bunyik.

Yang ni Kiwi. Macam la orang taktau kan? Orang kata kalau nak yang manis, choose yang kaler kuning. Yang ni kaler hijau. Tapi manis jer pulak I rasa. Belah 2, scoop dengan sudu. Sedap! Pastu felling2 Mat Saleh pasal makan kiwi. Kalau makan pisang feeling Kampung dot com.

Yang ni cerita lain pulak. Hari Selasa haritu, I pergi beraya rumah Faiz+Farah. Dekat Jalan Ipoh (ker Jalan Pahang eh?) Cantik sangat rumah dia... Pandai dorang hias rumah, kaler dinding bewarna ceria. Macam rumah orang kawen jer. Eh. Memang la rumah orang kawen. Dah tu? Bodoh nih!

Tenkiu Fara sebab masakkan mee goreng yang sedap. Ayam goreng sedap. Air coke sedap dan air teh juga sedap. Sorry pasal bagi short notice. Bagi tau 2 jam sebelum datang dapat makan mee goreng, agak-agak kalau bagitau sehari awal mesti Fara masakkan nasik beriani gam. Kan kan?

Faiz kata rambut dia macam Nora Danish. Side fringe. Ko ada? *Tengah bayangkan Saz buat slide fringe. Pengsan aku. Bahaha.

Menyorok dibelakang Fara untuk menyorokkan sekali babat-babat terkumpul. Yes berjaya!

Lately ni banyak jugak makanan sedap-sedap yang I makan. Nanti-nanti I share yer? Sekarang ni I tersangat bizi memenuhi jemputan rumah terbuka. Jap lagi nak pergi rumah Huda. Katanya ada peminat blog yang excited nak jumpa. Wah, perasan artis!

*Pang! Hahaha.

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...