Hoi! Buat apakah anda disana? Kiter disini tengah panas hati bai. Malaysia baru kalah dengan Jepun 2-0. Semput senak dada I tengok. Malaysia memang main clear bola je eh? Memang tak payah pas bola atau menjaringkan gol eh? Memang walaupun muka KFCM macam orang Jepun la yang menjadikkan dia hebat di atas padang macam orang Jepun jugak eh?
Memang memang memang! Bensi la macam ni. Takmo dah bawak kereta Honda, tamao tengok tv Samsung lagi, tamao makan Sushi lagi tanda protes kepada negara Jepun kerana sapa suruh dia menang? Ni ni ni. Hati I yang dah terluka ni... Sapa nak ubat? *Sambil tunjal-tunjal dada sendiri.
Dah la rambut I sekarang macam adik Giant. Ni memang betul negara Jepun nak carik pasal dengan I ni!
Dah. Malas nak fikir. Sekarang mari menyaksikan variasi gambar-gambar hari Isnin kelmarin masa Majlis Jamuan Hari Raya office I. Maafkan diri ini kerana bersikap diskriminasi terhadap petugas-petugas yang dah 'dewasa atau otai' sebab kerana nak menampakkan office I konon cool dan penuh dengan orang muda, maka gambar 'kami-kami' sahaja yang I letak dekat sini. Jahat kan? Huahuahuahua.





Seronok sangat open house tahun ni pasal ada a lotsa delicious foods and cakes! Wah.. senang je I nak inter-prate satu-satu majlis tu best. Bubuh je makanan sedap-sedap dah cukup. Crowd tak cool pon takpe je. Haha. Ada soto, satay, lemang, nasik impit, nasik goreng kampung and banyak lagi la.
Cambiaso, lepas dah makan semua, dah kenyang baru nak menyesal. Tak guna betul. :|
-EnD-
1 comment:
Tonggek padu aihh
Post a Comment