Thursday, October 13, 2011

Salmon Hanget yang Vangga

Ada satu malam, Saz mintak I masak 'yang sama macam tu' lepas tengok Top Chef dengan I.

Errrk. Tu la. Fadan muka, sape pulak yang ajar dia tengok cerita masak-masak setiap masa kalau bukan I? Sekali dia mintak. Ko nak kata apa?

Berbekalkan semangat waja yang bersungguh-sungguh serta kasih sayang yang tidak berbelah bagi pada suami (ewah), esoknya I terus google resepi nak buat Grilled Salmon and cara menghidang serta apa side vegie yang dia guna.

Ok. Dah ada idea. I ingat nak buat Teriyaki Salmon la... Ada rasa manis-manis sikit dekat ikan tu nanti. Errr... Sebenarnya nak jugak kan rasa jepun-jepun dalam masakan. Dasar!

So. Terus ke Jaya Jusco beli Salmon 2 ketul. Amek sekelar jer salmon. Pastu rasa macam teringin nak makan jugak, tapi nak avoid dinner pasal takot gemok so ambik lagi sekelar. Pastu letak balik, ambik letak ambik letak dalam 8 kali, pastu terus ambik, pejam mata dan bayar. Haha.

Syaitan gemok dah menang. Berjaya hasut I untuk makan. Caisss !!

Balik jer rumah, terus I basuh ikan ni and perap dengan bahan yang I sesuka-suki nak letak berdasarkan kepada pemerhatian dan kekretifan diri sendiri, maka terhasillah... Jeng jeng jeng!!!



Teriyaki Salmon Steak With French Beans and Patato. Wah. Nama memang taknak kalah la kan. French Beans bagai. Padahal kacang buncis jer pun.

Ni first time I buat grilled salmon. Walaupun nampak macam hanget-hanget sikit, tapi kata Saz sedap. Sampai begenang-genang la mata dia. Biasa la laki aku, drama mau lebih.

I dah tau dah, kalau any food yang kiter grilled akan nampak hitam sikit kalau campur madu. But its ok. janji rasa sedap.

Pastu kan.... Biasa la I. Bila dah masak tu, bangga la dengan diri sendiri lantas upload dalam FB. Pastu entah ada mamat mana ntah. Bukan dalam friend list I pon. Tetiba nak komen macam ni. 'Ikan tu betul ker salmon? Nampak sedap tapi maybe overcook'. **Salmon la tu bodoh!

Pastu agaknya tak puas hati kot? Lantas komen kali kedua. 'Lain kali bakar dulu kejap and nak dekat masak baru letak honey, so takder la nampak overcook' **Suka hati aku la.. Nenenenene.


Pastu dia tak puas hati lagi and komen kali ketiga 'Salmon tak perlu masak lama untuk kekalkan moisture dia'. **Hati ko retak ke kalau aku masak lama?


And, I reply simple jer. 'I cook the way I like, as long as my husband happy. Bukan nak masuk masterchef or nak impress sapa-sapa'


Lepas tu takder pulak dah dia reply.


Tak hangen pulak I? Hek eleh. Lu sapa nak komen macam-macam masakan gua? Bertalu-talu pulak tu. Suka hati gua la nak masak macam mana. Lu sebok apa? Dah la entah sapa-sapa. Ni FB la punya pasal ni. Orang yang tak friend, yang subscribe kiter dah boleh tengok profile and gambar-gambar kiter semua. Macam mana eh nak kasik subscriber tak boleh subscribe kiter? Tolong ajar plissss *sambil mata kedip-kedip.


Kidd ajar I. Salmon tak perlu nak marinate dengan apa-apa. Cukup dengan salt and pepper pasal salmon dah ada 'rasa' dia sendiri. So, kalau kiter marinate, kiter akan kacau rasa salmon tu nanti. Oooo... Baru la I tau. So, next time, I akan buat macam tu, and teriyaki sos I akan asingkan and curah je atas salmon tu as a gravy. Thanx Kidd for the tips!


Kayang I makan sungguh-sungguh taw? Siap makan atas sofa. Nak marah kang derhaka pulak. Caneh?



I masak salmon tu, 4 minit setiap side. Tak payah paling-paling, nanti hancur. Resepi? Takper la.. I dah majuk. Jangan mintak resepi.. Jangan mintak, jangan mintak! *silang tangan tutup muka sambil jalan tunduk seret kaki.


Okla. Bye. Nak lunch! See u in a bit!


-EnD-

3 comments:

Naddy said...

like like like =)

rina mazlan said...

weh nmpak menarik.. sesuai tuk aku yg tgh diet nih.. potato n sayur tu ko goreng cam biasa la eh?

Chooyaya! said...

naddy : tq tq tq

rina : potato jj mari. timbang kati. balik panaskan jer. haha. sayur tu aku tumis bawang putih cincang, masukkan teriyaki sos n masukkan kacang. setel. **sambil lap2 tgn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...