Thursday, October 20, 2011

Wana, Wani & Bot Naga (3 in 1)

Sebenarnya kan kan kan? Malam ni I macam nak update Majlis Pertunangan Cipel & Wani dekat Kajang on 9.10 lepas. Tapi kan kan kan? Masa I nak ambik gambar dari FB Nayang I, tetiba I tak dapat jumpa nama dia.

Rupanya kan kan kan? Dia kan, dah deactivate FB dia.

Dia kata, dia busy (dia kata la). Dia nak prepare untuk meniaga esok sampai Ahad dekat Putrajaya (Malaysian International Dragon Boat Festival 2012).

**Iklan jap. Marilah datang beramai-ramai esok sampai Ahad ke Putrajaya untuk menyaksikan pertandingan bot naga terbesar di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan satu-satunya pasukan berani mati WakDan yang terdiri daripada Sazli, Kale, Khatiq, Fruz, Nor (sekadar menyebut beberapa nama) sebagai salah satu pasukan yang akan bersama-sama menyertai pertandingan tersebut. Dah tetiba ayat aku macam nak buat promosi jual tilam ni kenapa?

Eh, sebetulnya kan? I tak berapa paham macam mana la bebudak tu boleh masuk perandingan ni. Tak penah pulak nampak dorang mendayung sampan ker apa, tetiba kompiden nak masuk match. Yang paling taktahan, semua saiz taknak kalah kot? Cuba letak Nor dengan Saz dekat depan bot, pastu Khatiq dengan Sapek dekat belakang, kompem perahu terjogket. Kalau tak terjongket pon, mungkin karam. Haha.

Ah gasak la korang. Janji korang gembira. Jangan memalukan I dah. Kot nanti orang lain punya bot semua kedepan, yang bot dorang pusing-pusing dekat situ jugak. Haha. Memang ada yang pengsan gelak tepi tasik sebab tersimpul urat perut. Juara gelak tentulah Apai. Hahahaha. Dah. Aku yang gelak sampai nanges ni. Tak dapat nak bayangkan. HAHAHAHAHA.

Eh. Jangan lupa jugak datang kekedai bernumber 15 & 16 tau tau tau? Nayang I, Ema, Nor, Apai, Cipel ada bukak 2 booth. Satu kedai jual T-Shirt manakala satu kedai lagi jual sandwich and minuman (kot?). InsyaAllah I akan berada disana pada hari Ahad. Sajer nak sebok kacau dorang jual-jual. Lantakla.

I dah lantik diri I menjadik Pegawai Pemasaran untuk dorang. I lantik diri I sendiri jerk. Dorang tak cakap apa pon. Apa? Malu? Tak pon. Lalalalalalala *skipping dengan gembira.

Ok. Berbalik kepada tujuan asal kiter tadi. Oooo. Kata Nayang I, dia busy sebab ada kelas insurance, pastu nak exam, pastu ngan emerain lagi (emerain tu apa eh?) So dia agak bizi. Tu yang dia malas nak layan FB. Dah 3 hari dia deactivate FB dia. Fuh, kagum. 3 hari tu!! Satu jangka masa yang agak panjang.

Tapi kan? Bukan nak kata la. I saspek dia ada sebab lain. Sebab status dekat BBM lain macam jer. Macam jiwa kacau jer. Kejap kang 'still breathing', kejap kang 'Pedih.. Pedih.. Pedih'. Caneh tu?

Kompem ke sebab bizi tu? Bukan sebab lain ker Nayang?

Haha. Mati la kalau Wana baca ni. Mau dia rogol I nanti. Eh Wana megik ok? Dia kadang-kadang jadik Wana. Bila bulan mengambang dia jadik Daud. Itulah keistimewaan Nayang I :D

Eh, dah tersasar jauh dah tujuan entry ni nampaknya. Padahal tadi nak cerita pasal Wani & Cipel bertunang. Tetiba jadik cerita pasal Bot Naga, pastu cerita Wana pulak. Dah dah. Jom tengok gambar Wani jer. Kang lagi melalut sampai cerita 'Cinta ku berkubur di Ampang' - Nyanyian Wana Rasni. Okbye.


Terpaksa kidnap gambar Wani & Cipel bertunang ni dekat FB Wani. Ni Wana la punya pasal. Ngada nak deactivate FB la aper la. Apa entah hidden agenda dia tu. Bukan boleh caya sangat tu. Hik hik.

Terpaksa menggunakan gambar ulang tayang untuk membuktikan I berada di Kajang pada hari tersebut semasa Majlis Pertunangan Cipel & Wani. Kelihatan gembira di dalam gambar ialah Nayang I (Wana), Ema, I sendiri dan Yash. Yang depan tu Farrel. Farrel anak Yash. Dah besar nanti dia akan menjadik hensem seperti Fahrin Ahmad. Tolonglah percaya.

Sayaaaang Wana!

Nayang jangan marah eh? Tadi masa I suruh U activate FB U balik sebab I nak ambik gambar-gambar masa Wani bertunang U taknak. Pastu U suruh I buat entry lain dulu. So, entry ni khas untuk U. Haha.

Mati la aku kejap lagi kena bom dengan Wana.

Lari...!!!!

-EnD-

3 comments:

wana said...

Hoi! Status propa tu xyh nk tulis blh? "Still breathing" tu sbb aku msih brnfs even dh deactivate fb. Ha ni dh seminggu lebih still brnfs dgn jayanye. Xde la mati aku xde fb ni hahahha. "Pedih.. Pedih.. Pedih.." sbb kucing aku cakar aku la aritu. Adoiyaiiii hahahahaha.

Chooyaya! said...

oo yer ker? mana aku tau.. aku agak2 jer... hikhik... nayang jgn marah eh? i sayang u... mmuaaaah!!!!

wana said...

Mrajuksss. Banje sushi cpt! :P