Sapa ada account Skype? I ada I ada!!! Sian kan? Orang lain dah berzaman ada Skype, I baru jer seminggu ni create account. Lepas tu kan? I paksa Sarah, Ira dengan Wan Skype dengan I bila sampai rumah nanti. Walaupun baru 3 jam tak jumpa. Pasal pasal pasal jakun. Memang kampung dot com.
Aritu masa nak pergi kerja, I dengar satu topik ni dekat Hot FM. Kalau kiter boleh pasang cctv, dekat siapa yang kiter nak pasang cctv tu? Majoriti ramai yang kata nak pasang dekat bf, gf, suami & isteri. Pasalnya nak check partner dorang ada flirt around ker tak bila time tak bersama-sama.
I kan, setakat ni tak pernah pulak rasa macam nak intip2 Saz or sebok-sebok nak tau pasal aktiviti dia dekat office. Buat apa nak jeles-jeles kan? Jujur tu ada dalam diri. Pucuk pangkal hati ni. *Sambil tunjuk jantung. I pun kan, kalau dengan Saz, memang sangat la tiada membincangkan secara detail hal-hal pejabat. Kalau bagitau kerja banyak tu ada la. Tapi kalau cerita harini gaduh ngan Minah A, Mamat B carik pasal, benci boss C and so on. Memang takder.
Saz pon pernah la cakap macam ni, 'I nak dengar cerita U yang happy-happy jer yer Bubu?'. And jugak, dia tiru Bapak (FIL). Bapak kata, a good boss takkan discuss hal politik office dekat partner pasal kadang-kadang boleh jadik bias dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan hal pejabat. Bapak memang tak cerita dekat Mak (MIL) pasal hal office. So, Saz dengan I mengambil pendekatan yang sama (walaupun kite dua bukan bos pon). Haha. Sian.
Hal office yang bersifat negatif simpan jer. Tak payah share. Kot nanti, bukan tak jumpa time Company Dinner or Family Day kan? Kata la dah berapi-rapi bercerita pasal kebencian dekat mana-mana individu, so nanti situasi akan jadik awkward. Paham tak apa aku kata ni? Wah tetiba malam ni entry serius jer kan? Mementang la ada Skype. Terus nak poyo. Eleh.
Bercakap pasal Skype & CCTV. Hurm... I rasa, kalau ada rezeki lebih.. I nak belikan Mak dekat Jengka laptop and pasangkan Skype dekat dia. So, I boleh tengok muka dia hari-hari. Bila dia bangun tidur, bila dia kemas umah, bila dia masak, makan, baring, tido... I nak tengok dia selalu... Kalau boleh nak pasang cctv dekat rumah barang 5. Dekat bilik, dekat hall, dekat dapur, dekat laman dengan dekat reban ayam dia. 5 tempat yang dia biasa lepak. Kang kalau mintak nak pasang dekat bilik air takot kena penampar jer.
Tapi kan? Jeng jeng jeng! Bila malam, tetiba cctv dekat reban ayam keluar gambar pocong. Ok. Tak lawak.
I call Mak, hari-hari. Hari hari semenjak duduk KL ni since 2003. I cuba untuk call dia walaupun sekejap. Dengar suara dia and berkongsi cerita. Entah eh? Bila cakap dengan Mak. Lapang la dada ni ha. I rasa, Mak dah jampi I kot? Ok. Ni lagi satu tak lawak jugak :| Gaduh? Sapa kata takder? Ada... Musti... Mak dengan Anak, sama naik kalau berdrama. Siap off handphone, cabut wayar telefon rumah. Haha. Macam bercinta! **Tutup muka.
Untung kan kalau sapa-sapa yang stay dengan Mak Ayah? Dapat tengok muka dorang hari-hari. Bahagia sangat rasa. **Sebak. Tu kadang-kadang I rasa tak paham bila ada anak yang memang tak berkomunikasi dengan Mak. Takat gitu-gitu jer. Rugi sangat rasa...
Naseb baik Sabtu ni balik Jengka lagi. Dapat jumpa Mak lagi. Yay!!! Tunggu yer Mak kepulangan anakanda. Jangan lupa janji-janji manismu untuk buat Ayam Masak Kicap yang extra suhun untuk anakanda.
Akhir kata, sambutlah salam sayang, peluk cium dari anakanda buat Mak disana. Ingat Mak. Jauh dimata, dekat di hati. I sayang U banyak banyak banyak macam seluruh dunia. Untuk Aiman, dengar ni. 'Tak payah nak berebut tido dengan Atok time Makcik balik kampung, kalau tak kalau tak kalau tak... Ahhh!! Takder kalau-kalau lagi. Perempuan tu, aku yang punya!' Haha.
Yang benar,
Kochip - anakmu.
-EnD-
**Dah tetiba ending macam surat tak rasmi ni kenapa? Padahal tadi cerita pasal Skpye kan? Bodoh ni!
Mak, janjimu jangan sesekali dilupakan. Makanan kegemaran anakmu yang berketurunan Jawa kacuk Scottish. Ayam Masak Kicap.
7 comments:
:)
Sedap ni ayam masak kical...favorite favorite...
adik : :) :)
hazmin : orang jawa jugak eh?
a'ah...jawa gak..mana tau ni? :)
dari nama tu dah dapat agak dah. hehe. iso ngomong jowo?
okeh nampak sedap ayam masak kicap tuh...isk isk isk *lap air liur* lokasi sushi king tuh cam kenal je kaksue! ;)
yer la... ayam masak kicap mmg la sedap... sushi king tu dkt jj au la! tmpt fav yana.... kan? :p
Post a Comment