Thursday, November 24, 2011

Family Day Office - Part I

Sabtu Ahad baru-baru ni, Pejabat I (wah, berbunyik hebat sungguh instead of office) buat Family Day untuk tahun 2011 dekat Grand Lexis PD. I enjoy it very much! Saz pon ada! Seronok sungguh I tengok dia join each activity yang ada. Belebey-lebey dari I tu yang paling tatahan. Punctual habes. Aku baru nak ikat rambut, dia dah ada dekat tempat game.

Masa sampai je, after check in, kiter semua ada game bola sepak pantai. Semua kena pakai kain batik/pelikat. Dah la mokcik tak pandai pakai kain batik, lantas mengikat seperti nenet-nenet. Ikat simpol. Hehe. Gambar nanti later I letak. Siap video bagi boleh la semua ketawa bergembira bersama-sama menyaksikan wanita bermain bola sepak macam piranha kejar mangsa. Jenis takder der nak main defend striker. Nampak bola, serbuuuuuuu!!!

I saspek, I ada la temakan 2 sudu pasir sebab sepanjang game mulut sebok becok nak bercakap. Taktau pulak yang pempuan kalau sepak bola, sepak sekali dengan pasir. Harap-harap dekat pasir tu takder yaik kucen. Kalau tak, selamat.

Yang ni time sukaneka. Ada lari dalam guni, imbang buku atas kepala, tarik tali dan macam-macam lagi jenis sukaneka yang membuatkan kiter kelihatan bongok. Mas paling tak menahan. Taknak kalah tu! Orang besukan, dia nak belawa-lawa pakai cekak ada reben. Haha.

Kalau suami semangat jadik first man untuk each game.

Isteri pon sama naik.

Oh, lupa nak kasik tau... Yours truly ialah juara keseluruhan untuk team perempuan. Team Sazli pulak dapat number 3. Tu nampak muka bangga tu. Berbaloi-baloi la makan pasir 2 sudu pendek kata.

Grand Lexis PD punya bilik water chalet, ada pool each room. Tapi kecit jer kolam dia, memang tak dapat la nak berenang ker apa. Setakat berendam boleh la. Kedalaman 4 kaki jer. Ada pelampong siap kalau tak pandai nak berenang. Tapi kalau berdiri kepala pon tak tenggelam, tak kelakar kot nak mandi guna pelampong.

Lagi tak kelakar kalau kolam 4 kaki pon boleh lemas. Haha. Apa pandang-pandang? Tampar kang!


Nanti next entry I bubuh lagi gambar lain masa malam persembahan Bollywood kitorang. Kalau mood baik, I akan upload video menari jugak. I ingat nak edit waktu I tersalah step. Orang tak pusing, aku pusing. Orang gelek aku lompat. Memang terbaik.


-EnD-


5 comments:

Anonymous said...

su...love ramlah ram tu yg akak tak tahan...kakmasyp

Chooyaya! said...

oooo yg gambar lep tu ker? hikhik. naseb baik takder lampu lip lap.

wana said...

Woi bestnye ade pool each room. Nk ajak suami la blh berendam sesame. Eh aku blm kawin la. Ok berangan je.

Chooyaya! said...

dah la nayang, jom la kiter mandi 2 orang. bogel. nak?

wana said...

*malu*